Bagi anda yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa pengenalan pelbagai telefon pintar di pasaran pasti perasan akan trend telefon pintar boleh lipat atau foldable yang diketengahkan. Boleh dikatakan setiap jenama pengeluar pasti berasa cukup gah dan berbangga dengan peranti foldable yang diperkenalkan mereka.

Apa tidaknya ia membuka jendela baharu bukan sahaja dari segi bagaimana pengguna mengaplikasikan penggunaan telefon pintar malah membukan pelbagai kemungkinan evolusi teknologi di masa akan datang. Salah satu jenama yang sentiasa melaungkan kehebatan teknologi foldable ialah Samsung.

Telefon Pintar ‘Foldable’ Dijangka Menjadi Penanda Aras Evolusi Pasaran Mobil Global
Presiden dan Ketua Perniagaan Samsung Electronics MX (Mobile Expereince), TM Roh

Ketika lawatannya ke Indonesia baru-baru ini, Presiden dan Ketua Perniagaan Samsung Electronics MX (Mobile Expereince), TM Roh turut menyatakan keyakinannya tentang populariti segmen foldable dalam dunia telefon pintar di peringkat global.

STANDARD BAHARU

Jelasnya lagi, telefon foldable Samsung sebagai contohnya akan terus menampilkan teknologi terkini dan berusaha menjadi penanda aras standard dalam teknologi mobil.

“Foldable telah berjaya melakukan transformasi dan melakar semula pasaran telefon pintar. Sebagai pengeraju utama kategori telefon pintar ini, Samsung memberi fokus dan berjanji memberikan pengalaman terhebat kepada pengguna foldables.

Ads

“Kami juga akan terus memajukan dan mencipta pelbagai teknologi inovasi seperti penyediaan skrin yang lebih besar dengan menggunakan peranti kompak dan tahan lasak.

“Mengambil foto dan merakamkan video juga akan menjadi lebih senang dengan mode Flex, multitasking skrin berbeza dan juga penggunaan S Pen yang memberikan pengalaman lebih menarik,” tambahnya lagi.

Telefon Pintar ‘Foldable’ Dijangka Menjadi Penanda Aras Evolusi Pasaran Mobil Global

Ads

Populariti telefon pintar boleh lipat juga dijangka akan terus meningkat. Pada tahun 2021, jumlah jualan global bagi segmen ini telah meningkat sebanyak empat kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Ia melebihi jangkaan ramai sebanyak tiga kali ganda.

Kejayaan siri Samsung Galaxy Z juga dilihat memenuhi selera pelanggan menerusi dua model terkininya iaitu Galaxy Z Fold3 5G dan Z Flip3 5G dengan jualan pasarannya berada di luar jangkaan mereka sendiri.

PERANAN SERANTAU

Kira-kira sedekad lamanya Samsung telah memainkan peranan cukup penting dalam memberikan asas kepada generasi baharu dengan teknologi 5G menerusi kerjasama bersama penggubal dasar dan juga penyedia rangkaian di selurh Asia Tenggara.

Ads

Walaupun 5G belum lagi dapat diakses dan dinikmati secara sepenuhnya di rantau ini namun lebih ramai pengguna dapat merasai kehebatan sambungan yang cukup laju tersebut. Malah Samsung juga cukup yakin mereka akan menjadi pilihan utama pengguna di rantau Asai Tenggara dan juga Oceania serta global.

“Dengan memahami kehendak pengguna, kami mampu menyediakan peranti yang bukan sahaja mampu milik malah menyediakan pengalaman penggunaan peranti pintar terbaik. Disebabkan itulah kami akan meneruskan kepada fokus menambah baik dari aspek asas seperti ketahanan bateri, memori, prestasi dan juga kemampuan 5G,” jelas TM Roh lagi.

Samsung juga sedang giat melakukan kerjasama bersama komuniti inovatif seperti Generation17 dalam memperkasakan teknologi yang mampu membantu golongan muda untuk menyerlahkan kemampuan mereka.

Jangan lupa subscribe YouTube Maskulin!

https://www.youtube.com/watch?v=_QPRJfLAhkk&t=35s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI