Tidak dinafikan rata-rata pengeluar telefon pintar kini terutamanya dalam kategori flagship atau premium pasti akan memasarkan sebaik mungkin sokongan rangkaian 5G. Di dalam industri ini sendiri pemain-pemain utamanya sering melaungkan bahawa ‘5G adalah masa hadapan’.
Akan tapi satu perkara yang kita harus akui bahawa kebanyakan lokasi di negara kita dan sekitar Asia Tenggara masih lagi beroperasi menggunakan rangkaian 4G. Perkembangan meluaskan rangkaian 5G kini dilihat giat dijalankan dan dijangkakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang kita bakal menikmatinya dengan lebih meluas.
Di antara jenama yang mengeluarkan peranti sokongan 5G pada harga berpatutan ialah vivo. Menerusi telefon pintarnya terbaru vivo V20 Pro ia dipakejkan dalam nilai estetika yang sangat menarik dengan sarat pelbagai ciri-ciri pintar terkini.
Semakin hari semakin ramai pengguna memilih untuk menggunakan telefon pintar yang mempunyai sokongan rangkaian 5G. Mungkin anda yang sudah memilikinya tertanya-tanya apakah kelebihan dan apakah yang oleh dilakukan oleh telefon pintar 5G?
Ikuti perkongsian menarik di bawah.
Ads
PANGGILAN VIDEO SANGAT JELAS
Pernahkan anda membuat panggilan video di mana pihak lain cuma nampak seperti tompok kabur? Dengan 5G yang hampir sifar jeda dan data berkelajuan tinggi, panggilan video berkualiti rendah tidak lagi menjadi isu – kerana memiliki telefon 5G bermakna kini anda boleh membuat panggilan tanpa gangguan.
Digandingkan dengan 44MP Eye Autofocus Dual Front Camera vivo V20 Pro, anda pasti dapat menikmati panggilan video yang cukup jelas dengan ciri 4K Selfie Video bersama rakan-rakan dan keluarga, sepanjang hari dan di mana sahaja.
PERKONGSIAN DATA ‘SUPER’ PANTAS
Kelewatan dalam proses penghantaran emel dengan fail bersaiz besar atau teks pesanan yang disertai video berat adalah perkara biasa yang disebabkan pendaman atau jeda masa yang diambil untuk memindahkan data. Akibatnya, pengguna biasanya rasa kecewa sementara menunggu emel atau teks pesanan mereka ‘lepas’ dan berjaya dihantar.
Setelah teknologi 5G dilaksanakan, pengguna akan menikmati kekuatannya dalam kelajuan dan tempoh pendaman yang rendah dan apabila ia diterapkan pada telefon 5G, pengguna akan dapat menghantar atau menerima emel, teks pesanan dan memuat turun fail besar tanpa halangan.
Ads
TIADA MASALAH DI LOKASI SESAK
Pernahkah anda berdepan dengan masalah untuk melakukan mengemas kini saluran Instagram anda kala berada dalam kereta api atau bilik yang sesak? Ini kerana terdapat terlalu banyak peranti yang cuba untuk disambungkan ke rangkaian yang sama, maka lebih keraplah pengguna melihat skrin telefon mereka dalam proses pemuatan, berbanding mengakses kandungan sebenar.
Kapasiti lebar jalur 5G dijangka akan jauh lebih besar daripada rangkaian 4G, paparan skrin muat naik yang perlahan tidak lagi akan menjadi isu kepada pengguna dan skrin paparan pantas bakal menjadi fenomena.
Pengguna juga boleh menjangkakan untuk menikmati kelajuan yang lebih pantas dan menyiarkan kemas kini status atau melihat Instagram Story rakan-rakan mereka dengan lancar, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
TONTONAN VIDEO LEBIH LANCAR
Kelajuan adalah antara elemen terbesar dan paling dinanti-nantikan dalam teknologi 5G. Walaupun kelajuan rangkaian 4G sekarang sudah pantas, namun kelajuan 5G dijangka akan 100 kali lebih pantas1, yang membolehkan kita untuk memuat turun atau menyiarkan video dalam beberapa saat sahaja.
Ads
Melalui keupayaan teknologi 5G, telefon pintar akan membolehkan pengguna untuk menyiarkan video dengan lancar tanpa waktu menunggu. .
GAMES AR RESOLUSI TINGGI
Permainan di telefon juga akan menerima peningkatan yang besar. Buat masa ini, permainan mudah alih yang memaparkan realiti berperantara bergantung kepada sambungan data telefon untuk mencipta elemen maya sekeliling kita (seperti Pokemon Go). Dan dengan sambungan 5G yang lebih pantas, pengguna boleh menikmati pengalaman bermain dengan lebih meriah dan mengasyikkan.
Lebih daripada itu, inovasi baru dalam permainan seperti permainan masa nyata akan memberi manfaat kepada pemain di seluruh dunia, kerana dengan menggunakan peranti bersambung internet tanpa wayar membolehkan mereka bermain permainan yang sama, pada waktu yang sama.
Jangan lupa untuk ikuti & subscribe channel YouTube MASKULIN untuk video menarik tentang gaya hidup lelaki terkini.
Kredit: vivo Malaysia
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti ramai di antara kamu yang susah untuk bangun pagi. Walaupun dah set alarm dan sudah bunyi banyak kali, tapi masih lagi sukar untuk bangun. Jom ikut langkah-langkah ini, lepas ni kamu sudah tidak ada masalah masuk kerja lambat!
1. Buatlah rutin malam hari sebagai persediaan untuk keesokannya. Setengah dari pertarungan untuk bangun pagi adalah tidur pada jam yang sesuai. Mulakanlah rutin malam hari dengan menyiapkan tubuh anda untuk santai dan menempatkan anda dalam gerakan rutin setidaknya 7-8 jam sebelum anda bangun pada keesokan paginya. Ini mampu diamalkan dengan mandi air suam, minum secawan teh chamomile, ambil nafas dalam atau meringkuk di atas katil, berselimut dan membaca atau menulis catatan anda. Ciptakan sebuah ritual yang benar-benar akan membuat anda dapat tidur dengan lena dan menyambut waktu bangun pagi dengan hati terbuka.
2. Matikan televisyen dan komputer pada jam sewajarnya. Televisyen dan internet terlalu menstimulasi prilaku sebelum waktu tidur. Jangan menonton televisyen di tempat tidur dan berhentilah melayari internet lama sebelum rutin tidur anda.
3. Jauhi kafein. 19 cawan kopi sepanjang hari mungkin yang membuat anda menjadi seekor burung hantu malam. Ganti dengan decaf sedikitnya jam 4 petang, lebih baik jika lebih awal.
4. Makan malam ringan. Makan malam yang berat sebelum waktu tidur dapat mengganggu tidur anda dan membuat anda lebih susah untuk bangun di pagi hari. Tetaplah dengan makan malam yang lebih ringan untuk sementara, seperti sup, sayur-sayuran rebus, dan salad makan malam yang menyihatkan jantung. Seeloknya makan malam pada awal waktu, misalnya sekitar pukul 7 atau 8 malam. Jangan sekali-kali makan pada lewat malam.
5. Buka langsir bilik dan tingkap di bilik. Biarkan udara pagi mengalir masuk ke dalam bilik anda. Lihatlah matahari yang mula menampakkan dirinya dan mula menyinari bilik anda.
6. Mengetahui motivasi anda. Jika anda ingin bangun pagi hanya kerana anda merasa seperti anda seorang yang kecundang jika anda tetap tidur, itu bukanlah benar-benar apa yang para pakar psikologi sebut motivator positif. Anda perlukan satu alasan untuk melakukan sesuatu agar berhasil, tidak hanya alasan untuk tidak melakukan sesuatu yang lain. Apakah anda ingin pergi kerja sebelum bos anda sehingga beliau dapat melihat anda kelihatan produktif sebaik saja ia melangkah masuk pejabat? Apakah anda ingin memiliki waktu untuk menulis di pagi hari sebelum anak-anak bangun? Fikirkan apa yang terlebih dulu memotivasi anda untuk bangun pagi-pagi dan tulis semua alasan-alasan itu. Letakkan tulisan-tulisan motivasi anda di depan meja sisi katil anda sebagai peringatan untuk anda lebih “motivated” untuk bangun pagi.
7. Buat perjanjian di pagi hari. Jadualkan pertemuan di awal pagi, sesi olahraga di tempat kerja dengan teman dan pembersihan gigi. Buat kewajiban anda untuk bangun pagi-pagi tidak hanya untuk diri anda sendiri tetapi juga untuk orang lain. Anda akan lebih bertanggungjawab jika anda tahu ada sesuatu yang menanti anda untuk dilakukan.
8. Berikan diri anda sebuah penghargaan. Jika anda adalah jenis yang menginginkan penghargaan untuk sebuah pekerjaan yang telah dilakukan dengan baik, maka petunjuk ini istimewa pentingnya. Hanya secawan kopi di kafe kesukaan anda atau 15 minit membaca blog sebelum anda melompat ke bilik mandi, tetapi sekali anda telah menyelesaikan kerja keras anda untuk keluar dari tempat tidur anda yang besar dan nyaman, berikan diri anda sendiri sedikit hadiah.
Diharap cara dan langkah-langkah di atas mampu memotivasikan nada untuk bangun pagi se awal mungkin. Apatah lagi jika anda seorang yang beragama Islam yang mana anda disarankan untuk bangun awal pagi untuk menunaikan ibadat wajib sebelum apa-apa kerja yang lainnya.
sumber: panduanpercuma.info
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
1) Selepas makan di restoran / gerai makan, tinggalkan sahaja duit baki seringgit dua/sen tu sebagai tips kepada orang yang serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.
2) Semasa isi minyak kereta, lepas attendan pam tolong kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang untuk buat camtu
3) Jika kita singgah solat di mana-mana surau atau masjid, jangan lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR untuk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yang betul-betul kaya mampu berbuat demikian.
4) Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar sepertiTesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sangat mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.
5) Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.
6) Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat untuk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi dan jadi penumpang.
7) Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak-budak merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.
8) Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yang singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.
9) Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yang mana yang patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.
10) Jika ada peluang pergi melawat orang sakit di wad, time nak belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan kesejahteraan mereka. Besar nilainya bagi orang yang tengah sakit dapat ingatan sebegitu. Orang kenamaan sahaja biasanya ada peluang buat camtu.
Kredit : lelakisihat
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahniah atas kejayaan program BDB Rafting Kulim 2017, program terakhir untuk siri kedua Triple Challenge 2017. Dua acara sebelum ini ialah Climb & Run Langkawi dan Extreme Jitra 2017 turut menempa kejayaan yang sama.
Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff, berkata acara kali ini lebih mencabar apabila kesemua 25 pasukan yang bertanding terpaksa menempuh arus deras sejauh 600 meter di Sungai Sedim Kulim Kedah.
Katanya, penganjuran sukan air ini adalah yang pertama kali diadakan dan ia dilihat sangat menarik dan ekstrem. Peserta dibahagikan kepada dua pasukan iaitu pasukan yang terdiri sepenuhnya ahli lelaki dan satu pasukan terdiri dari pasukan campuran lelaki dan wanita.
Acara sukan lasak ini turut dirasai sendiri rakan media juga para petugas BDB sendiri sebelum hari pertandingan berlangsung, kesemuanya rasa sangat teruja apatah lagi buat mereka yang baru pertama kali melakukan sukan air ini.
Juara pertandingan bagi kategori lelaki dimenangi oleh pasukan One Trilion dan bagi kategori campuran pula dimenangi oleh pasukan Radak Adventure. Masing-masing membawa hadiah berupa wang tunai bernilai RM1000.
Senarai pemenang
Pasukan Lelaki
1.One Trilion
2.JPS
3. Libang @ Huru Hara
4. Budak Guides
5. Kembara Murni
Pasukan Campuran
1.Radak Adventure
2.BGA
3. KSRS
4.Nomad Adventure
5.Tembuakar Borneo
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.