Anda perlu meletakkan 100% komitmen untuk kurus dalam masa 75 hari. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana ramai yang berjaya membuktikannya.
Cuma kesungguhan masa yang menentukan hasilnya yang anda perolehi. Anda yang boleh turunkan berat badan dalam masa sebulan, dua bulan, tiga bulan maha enam bulan pun ada.
Sudah berapa banyak tip yang anda baca? Dan sudah berapa kali anda mulakan misi untuk kuruskan badan?
Jika anda masih selesa dengan cara yang lama, ayuh bangkit kali ini untuk teguhkan niat mahu kurus dalam masa 60 hari.
Bukannya hendak kurus kerana mahu kelihatan kacak semata-mata malah apa yang Maskulin ingin tekankan kepada anda adalah betapa pentingnya menjaga kesihatan diri.
1. Set minda untuk kurus
Kalau anda buat keputusan untuk mahu kurus, lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau hari ini kata nak kurus, pastikan hari ini juga anda sudah nekad mahu melakukannya. Bukannya esok, lusa atau minggu hadapan.
Tetapi biasanya selepas bulan Ramadan, ada yang berkata, “Takkan tak nak makan juadah hari raya, setahun sekali kot.” Maka dengan ini, anda memang sukar untuk kurus sampai bila-bila.
2. Pelajari ilmu tentang kalori
Kalori sebenarnya lebih banyak terbakar semasa anda tidur. Mesti ramai yang tak tahu tentang fakta ini kan? Sebenarnya kalau nak kurus, memang mudah sahaja. Caranya, ambil kalori yang diperlukan sahaja untuk setiap hari.
Ads
Misalnya anda perlukan 1300 kcal sehari, pastikan jangan makan sehingga lebih 2500 kcal untuk hari tersebut. Kalau kurang daripada 1000 kcal pula, anda akan jadi lapar dan tidak bertenaga. Apa-apa pun, pengambilannya adalah bergantung kepada tubuh badan seseorang.
3. Makan dalam kuantiti yang kecil
Makan dalam kuantiti yang kecil untuk mengelakkan perut anda terkejut. Tetapi yang untungnya, anda boleh makan sikit-sikit tetapi banyak kali. Bukannya makan sekali hadap satu pinggan yang penuh dengan makanan.
Anda boleh simpan biskut di tempat yang mudah anda capai jika perlu namun perlu dipastikan biskut itu mempunyai kandungan fiber yang tinggi.
4. Elakkan makan pada waktu malam
Pernah tengok bila waktu keluarga Cina makan malam? Biasanya, kalau selalu ke pusat membeli belah, mereka akan penuhi tempat makan seawal jam 6.30 petang. Sebenarnya, ini ialah waktu yang cukup ideal.
Seeloknya, makan sebelum/selepas Maghrib. Ini kerana badan kita memerlukan 4 jam untuk menghadamkan makanan. Bayangkan makan pukul 10 malam, anda kena berjaga sehingga pukul 2 pagi. Kalau terus tidur pukul 12 malam, alamatnya jadi lemak.
Ads
5. Elakkan makanan dan minuman yang bergula
Tak semestinya anda perlu menunggu waktu tua dan menghidap kencing manis atau diabetes, baru anda nak elakkan makanan dan minuman yang bergula. Kesedaran ini sebenarnya penting untuk semua peringkat umur.
Jadi, jauhi minuman yang bersoda seperti Coke, Pepsi, F&N dan lain-lain secara kerap. Minum air masak itu adalah lebih baik. Air masak tak sedap? Cubalah minum air bergula, pasti anda tidak akan kurus sampai bila-bila. Tabiat itu wajib dibuang!
6. Tukar makanan kepada yang rendah lemak
Kalau pergi Giant atau Tesco, selepas ini tolong lihat apa kandungan makanan tersebut pada bungkusan. Kalau anda seseorang yang teliti, anda pasti akan menyedari berapa banyak kalori atau lemak yang dipamerkan pada pek tersebut.
Berbalik pada ilmu asas, pelajari tentang pengambilan kalori. Begitu juga dengan pengambilan lemak. Pastikan selepas ini anda lebih berjaga-jaga. Kalau terbiasa makan nasi penuh, kali ini paksa diri untuk makan nasi separuh pula.
7. Banyakkan makan buah
Ads
Jangan kata Malaysia tiada buah-buahan yang lazat dan berkhasiat. Tahukah anda, buah-buah tropikal ini harganya sangat mahal di negara asing. Berbalik kepada cara untuk kurus secara efektif, makanlah buah-buahan tempatan.
Bukan epal atau blueberry sahaja, buah-buahan seperti pisang misalnya ada banyak khasiat. Selain nutrien, buah-buahan juga membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.
8. Banyakkan minum air masak
Malu nak bawa botol air besar ke pejabat? Takut orang ejek? Kalau malu, sampai bila tidak akan kurus. Ini kerana badan memerlukan banyak air. Air ialah sumber semulajadi yang penting untuk kurus. Setidak-tidaknya, minum 8 gelas air sehari.
Toksin dalam badan menyebabkan lemak sukar dibuang. Jadi untuk membuang toksin keluar melalui air kencing, minum sahaja air masak. Mudah dan murah cara kuruskan badan dengan minum air bukan?
9. Banyakkan berjalan dan berjoging
Kalau tak sempat pergi ke gym pun tak mengapa. Yang penting, anda kena selalu bergerak. Kalau selalu berjoging, lagi bagus. Sesekali kalau asyik naik lif sahaja, apa kata tukar rutin kepada naik tangga pula?
Lebih menyihatkan badan dan boleh mengeluarkan peluh. Sebaik-baiknya, buat senaman 30-40 minit setiap hari. Ia bukan sahaja dapat membantu memperbaiki peredaran darah malah dapat membuang lemak dan menaikkan stamina.
10. Beri komitmen 100% tujuan asal mahu kurus
Kembali ke tip yang pertama iaitu set minda. Tiada gunanya selepas anda set minda untuk kurus tetapi anda abaikan sahaja kerana rasa malas. Rasa malas itu sakit penyakit. Anda kena paksa diri anda untuk konsisten dalam melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri.
Memandangkan ini cara kuruskan badan yang terakhir, anda perlu ingat tak ada gunanya kalau anda ‘exercise’ selama seminggu tetapi selepas itu kembali malas dan duduk-duduk sahaja selama sebulan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pola pemakanan yang tidak betul adalah punca utama berlakunya pertambahan ukur lilit perut. Kurang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh dan pengambilan makanan melebihi jumlah yang diperlukan akan lebihan kalori disimpan sebagai lemak dalam sel-sel lemak. Lemak yang bertimbun-timbun di seluruh tubuh termasuk perut akan meningkat seiring pertambahan berat badan dan gaya hidup tidak sihat. Kalori berlebihan ini banyak terdapat dalam makanan kurang serat atau pun tinggi lemak tepu. Makanan diproses seperti daging, beberapa jenis marjerin, makanan bergoreng terutama yang menggunakan minyak goreng yang digunakan berulangkali, beberapa jenis kuih dan daging merah adalah antara sumber penyumbang utama.
Usia
Secara semulajadi, aktiviti seseorang akan berkurangan seiring dengan pertambahan usianya. Bahkan jisim otot akan turut berkurangan disebabkan aktiviti yang semakin berkurangan. Ini menjurus kepada penambahan berat badan dan ukur lilit perut. Sekiranya aktiviti yang berkurangan tersebut tidak diimbangi dengan pengurangan pengambilan kalori, akibatnya semakin meningkat usia, perut akan semakin membuncit.
Keturunan
Ada sesetengah pendapat mengatakan sekiranya ibu bapa mempunyai ukur lilit perut yang besar, maka anak juga berpotensi memiliki perut yang besar. Kebanyakan lelaki cenderung menyimpan lemak di perut atas menyebabkan mereka berpotensi mempunyai perut buncit.
Sebahagian besar wanita sebelum menopaus cenderung menyimpan lemak di bawah perut, sisi peha dan pinggul. Selepas menopaus, lemak lebih banyak tersimpan di perut sebelah atas.
Alkohol
Kajian membuktikan pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan tubuh kurang efisien dalam membakar lemak. Lemak semakin banyak dalam tubuh seiringan dengan kebiasaan pengambilan alkohol.
Hormon
Peningkatan stres dalam kehidupan seharian seperti kurang tidur juga boleh menyebabkan lemak perut bertambah. Tabiat kurang tidur akan meningkatkan produksi hormon kortisol dalam otak dan sekaligus meningkatkan penimbunan lemak perut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai orang selalu terlupa nak buat workout di bahagian bawah badan iaitu paha dan betis hingga membentuk badan seakan-akan kon aiskrim. Atas tegap, tapi bahagian bawah keding!
So, MASKULIN nak share tip workout bahagian paha dan betis untuk pastikan resultnya mantap sepertimana yang telah anda lakukan pada bahagian atas badan. Ia juga boleh dilakukan tanpa menggunakan dumbbell.
Anda dinasihatkan untuk melakukan workout ini sebanyak 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang diimpikan.
1. Menjengket
Cari permukaan yang tingginya 4 inci dari tanah. Letakkan bahagian hadapan kaki dan tinggalkan separuh di bahagian belakang sedikit. Tekan tumit kaki ke bawah sebanyak 15-20 kali untuk lengkapkan 1 set. Ulangi sekurang-kurangnya 2 set.
Berdiri tegak dan majukan kaki kiri ke hadapan. Gunakan berat badan sebagai beban untuk menekan bahagian betis. Lakukan rutin ini sebanyak 15 kali untuk 1 set. Pastikan kaki anda turun 90 darjah untuk mendapatkan kesan yang mantap.
3. Senaman Daki Bukit
Mula-mula, turunkan badan kepada posisi workout out push up. Naikkan kaki kanan ke dalam secara 90 darjah. Selepas itu tukar kepada kaki kiri. Ulangi step ini dalam masa seminit dan kelajuannya mengikut kemampuan anda.
Senaman ini memfokuskan otot pada bahagian betis. Namun tanpa kita sedar, ia boleh membuatkan kita berpeluh seperti tengah melakukan workout kardiovaskular. Sebagai permulaan, anda boleh set kepada 1 minit seberapa banyak yang anda boleh lakukan. Cuba tingkatkan jumlah masa untuk hasil yang lebih memberangsangkan.
Perasan tak workout betis rasanya seperti anda sedang berlari? Untuk menutup sesi workout bahagian betis ini, anda mesti melakukan regangan bahagian bawah untuk meredakan semula otot yang sudah dilenjan sebelum ini. Ia juga penting untuk melindungi otot anda daripada kecederaan yang tidak diingini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Struktur tubuhnya sangat konkrit untuk dilabelkan sempurna, begitu menjaga rutin pemakanan dan kecergasan sebagai tunjang utama, jejaka ini punya visi untuk memastikan penampilan dirinya kekal dan menjadi contoh dan inspirasi untuk semua lelaki di luar sana. Fizikal yang menarik melambangkan kesihatan dalaman kita.
Kenapa memilih bidang kecergasan? Saya memilih untuk serius di dalam bidang kecergasan ini adalah untuk memperoleh ilmu yang lebih mendalam untuk bidang kesihatan dan kecergasan di samping mendapatkan sijil sebagai jurulatih khusus dalam sains senaman. Ini penting bagi mendapatkan kepercayaan client terhadap keupayaan saya dalam membimbing demi mencapai target. Saya juga kerap membuat bacaan serta kajian di samping mencuba terlebih dahulu setiap gerakan sebelum diajar kepada client.
2.Latihan yang sering dilakukan?
Setiap latihan mengambil masa dari satu minggu ke setahun untuk belajar. Ia bergantung pada fizikal individual dari segi tinggi, berat, umur dan jantina. Latihan yang diamalkan adalah single muscle group or goal. Tetapkan satu matlamat dan kerjakan dalam satu sesi.
3.Diet yang diamalkan? Paleo diet untuk sepanjang tahun.
4.Bagaimana anda menguruskan client dan cabaran terbesar? Banyak meluangkan masa untuk kenali setiap individual, masalah yang dihadapi dan selalu sampaikan motivasi yang sangat tinggi. Paling sukar dalam kerjaya saya apabila client tidak sampaikan masalah yang dihadapi.
5.Kepentingan nutrisi dalam setiap latihan? Kualiti adalah kualiti. Kita sepatutnya makan demi kekuatan fizikal dan mental.
Tiga latihan yang anda cadangkan setiap hari?
Compound exercises, isolation exercises, core and cardiovascular.
7.Quotes You are what you eat.
8.Cara motivasi Progress dan results. Mengambil gambaran perubahan setiap sesi dan sentiasa mencatat record client untuk rujukan yang akan menambah motivasi mereka. Selain itu jangan asyik memberi alasan. Saya sebagai jurulatih atau idola, saya perlu sentiasa menunjukkan minat dan konsisten mengamalkan aktiviti bersenam.
9.Pencapaian terbaik anda One and only IFBB Amateur Men’s Physique Athlete dari Malaysia dan 6th place at Arnold Classic Africa Africa.
10.Goal Sentiasa dapat mengamalkan gaya hidup sihat sehingga akhir hayat.
11.Nasihat? Jangan menipu dalam dunia kesihatan. Tiada jalan pintas dan mempunyai minda yang positif because if you think you don’t have time, you don’t. Fitness adalah perjalanan yang sangat panjang, bukan hasil yang boleh dicapai dalam satu hari. Cipta badan demi kekuatan fizikal dan mental. Sentiasa memberi inspirasi dan motivasi antara satu sama lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.