Good morning! Pastinya selepas bangun tidur badan rasa sangat ‘lemau’bukan? Sebab itulah kita akan lebih gemar untuk menggeliat bagi memberikan kesegaran pantas terhadap tubuh badan dan otot-otot.
Atau mungkin mencapai telefon pintar untuk memeriksa notifikasi terkini di laman media sosial?
Apa kata kita sama-sama ubah tabiat baru dan melakukan senamam ringkas selama 5 minit yang bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal dan tetapi juga mental.
Malah dengan senaman ringkas ini anda boleh dapatkan badan yang lebih segar secara serta-merta!
Sebelum bangkit dari katil anda boleh mulakan regangan ini dahulu. Lunjurkan tangan ke atas kepala dan regangkan kaki ke bawah. Rasakan regangan tangan dan kaki kemudian tarik nafas sebanyak tiga atau empat kali.
Angkat kaki dan pegang bahagian lutut ke dada. Pastikan kaki bengkok secara semulaj adi dan tidak menyakitkan. Jangan angkat angkat kepala kerana ia boleh membuatkan leher kejang. Tarik nafas beberapa kali dan ulang dengan kaki sebelah lagi.
Pegang sebelah kaki dan angkat ke atas. Kemudian cuba luruskan kaki setegak yang munkin. Ingat jangan paksa diri hingga ia mengakibatkan kecederaan. Tarik nafas beberapa kali dan rasakan regangan yang terjadi di bahagian kaki. Ulang kaki sebelah lagi.
Tarik kedua-dua belah lutut ke dada dan perlahan-lahan pegang kaki ke bawah. Sekali lagi diingatkan jangan naikkan kepala. Tarik nafas beberapa kali.
Lakukan senaman ini dengan perlahan. Gerakkan kedua-dua lutut ke kiri dan ke kanan. Pastikan badan dan abhu tidak berganjak. Ulang selama beberapa kali.
Okay, sekarang anda boleh angkat badan dalam posisi duduk, Pusing badan ke kiri dan kanan secara bergilir-gilir. Pastikan anda berasa selesa apabila melakukan pusingan badan begini.
Tolak bahu ke belakang sejauh yang mungkin dengan kedua-dua belah tangan di bahagian pinggang. Otot bahagian bahu pasti merasa regangan ini.
Genggam kedua-dua belah tangan dan lunjurkan tangan ke depan.Tundukkan kepada ke bawah dan regangkan tangan.
Luruskan kedua-dua belah kaki. Perlahan-lahan bengkokkan badan ke bawah dengan tangan ke arah kaki. Lakukannya selama beberapa kali diselang dengan menarik nafas.
Semoga senamam 5 minit ini memberi manfaat sangat berguna untuk anda semua. Mulakan hari dengan badan yang lebih segar dan sihat!