Tak dinafikan, Henry Cavill yang terkenal melakonkan watak sebagai Superman merupakan seorang aktor memiliki fizikal yang cukup tegap dan berotot.

Seperti mana yang anda semua tahu, demi melakonkan watak sebagai Superman dia telah melalui pelbagai rejim senaman, diet dan corak latihan yang cukup konsisten serta pada tahap tertinggi.

Pasti anda juga teringin mempunyai otot badan sepertinya. Antara bahagian badan Superman ini yang sering mendapat perhatian ialah otot belakangnya.

Teknik Senaman Mudah Untuk Dapat Otot Belakang Hebat Macam Superman!

Ads

Ia murupakan kawasan otot yang cukup penting untuk membina badan yang tegap dan ‘sado’ ialah otot belakang.

Jika anda amalkan senaman yang salah, mungkin otot bahagian belakang tidak akan terbentuk dengan baik. Lebih teruk jika hanya menumpukan senaman di bahagian yang lain sahaja berkemungkinan anda boleh tercedera kerana berlakunya ketidakseimbangan dalam senaman.

Ads

Kestabilan seluruh otot badan juga sebenarnya sedikit sebanyak bergantung kepada otot bahagian belakang badan. Jadi inilah empat jenis senaman yang anda boleh lakukan ketika berada di gym.

LANGKAH 1 : Front Chin Up

  • Mula bergayut pada batang bar sambil kaki dalam posisi bengkokkan 45 darjah.
  • Seperti biasa , tarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa sesi.
  • Semasa mengangkat bebanan, harus menghembus nafas dan sebaliknya.
  • Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama, 12 kali ulangan bagi set kedua dan menurun kepada 10 kali ulangan pada set ketiga.

BACA: Bina Otot ‘Sdo’ Dengan Mudah Dengan Siri Senaman Crossfit Mudah!

Ads

LANGKAH 2 : Bent Over-Row

Teknik Senaman Mudah Untuk Dapat Otot Belakang Hebat Macam Superman!

  • Bongkok 45 darjah, muka memandang hadapan, kedua tangan sedia menggenggam.
  • Kemudian tarik nafas dan angkat bebanan sehingga ke paras pusat, posisi kaki masih dalam kondisi 45 darjah. Hembus nafas ketika menurunkan bebanan.
  • Lakukan di hadapan cermin. Pastikan posisi kaki kekal sepanjang sesi.
  • Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.

LANGKAH 3 : Seated Row

Teknik Senaman Mudah Untuk Dapat Otot Belakang Hebat Macam Superman!

  • Sebelum menarik kabel, pastikan kedudukan kaki dan pinggang anda selesa.
  • Tarik kabel sehingga badan melentik sedikit ke belakang, ketika ini hembus nafas.
  • Lepas kabel sehingga badan membongkok sedikit ke hadapan, ketika ini tarik nafas.
  • Rasakan kontraksi otot bahagian belakang sepanjang sesi.
  • Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama, 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.

LANGKAH 4 : Lat Pulldown (Front)

Teknik Senaman Mudah Untuk Dapat Otot Belakang Hebat Macam Superman!

  • Selesakan kedudukan, lentikkan badan terlebih dahulu sambil muka memandang atas.
  • Pegang batang di tahap paling maksimum atau paling hujung.
  • Kepakkan belakang badan.
  • Sama seperti sesi terdahulu, hembus nafas ketika menarik bebanan dan tarik nafas ketika melepaskan bebanan. Rasakan kontraksi di setiap tarikan kabel.

Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama; 12 kali ulangan bagi set kedua; 10 kali ulangan pada set ketiga.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI