Pernah tak anda lihat bentuk badan seorang perenang? Lihat sahaja bahu dan otot belakang mereka. Bentuknya yang menjadi idaman setiap lelaki. Buat anda yang ingin memiliki bahu yang lebih lebar, besar dan ‘berkepak’ seperti mereka usah risau. Apa teknik senaman mereka?
Bentuk badan yang jika dilihat seakan berbentuk ‘V’ dai abdomen hingga ke atas. Inilah bentuk badan yang cukup maskulin serta nampak semula jadi tegap.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa teknik senaman yang mampu merealisasikan impian anda.
Untuk senaman ini anda memerlukan bantuan palang. Kedua-dua tangan memegang palang namun tidak lebar daripada kedudukan bahu. Pastikan kedudukan siku anda dalam kadaan vertikal. Kaki pula perlulah sedikit lebar daripada kedudukan bahu. Mulakan lakukan pressing ke atas hingga kepala melepasi palang. Ulang sebanyak beberapa kali.
Bagi senaman ini pula anda memerlukan kerusi dan barbell. Mulakan posisi dengan posisi duduk di atas kerusi yang mempunyai sokongan belakang. Dengan kedudukan tangan berada di depan, pegang barbell dalam beberapa inci lebih lebar daripada bahu.
Tolak barbell dan regangkan lengan dn siku ke kedudukan overhead. Teruskan dengan mengangkatnya ke bahagian atas kepala pula. Lakukan sebanyak 3 hingga 5 set dengan 6 hingga 10 reps.
Seterusnya lakukan senaman dalam kedudukan duduk yang sama dengan menggunakan dumbbell. Gunakan dua dumbbell utnuk tangan kiri dan kanan. Mulakan dalam kedudukan locked-out di atas kepala dengan bahagian dalam tangan menghadap luar.
Perlahan-lahan angkat satu tangan secara bergilir-gilir. Lakukan press ke atas dengan angkatan dumbbell. Pastikan tangan tidak dipusing bagi mengelakkan kecederaan. Ulang proses ini sebanyak 4 set dengan 6 hingga 8 reps setiap belah tangan.
BACA: Naik Turun Tangga, Senaman Terbaik Buat Warga Tinggal Di Flat & Apartmen
Senaman ini pula dilakukan secara berdiri dengan menggunakan barbell. Dalam posisi berdiri, pastikan anda memegang barbell dalam kedudukan sama lurus dengan bahu. Gunakan otot belakang dan gerakkan bilah bahu. Posisilan kedudukan barbell sedikit jauh dari badan.
Angkat barbell dalam arc motion dengan memastikan tangan sentiasa lurud. Elakkan daripada melakukan hayunan untuk kesan lebih maksima.
Dengan menggunakan dumbbell, pastikan anda dala kedudukan berdiri dengan kaki dilebarkan selari bahu. Gunakan dua dumbbell untuk tangan kanan dan kiri. Pegang dumbbeel dalam kedudukan 5 inci daripada paha. Angkat tangan ke hadapan dengan membengkokkan sedikit siku.
Apabila dumbbell dalam kedudukan sama tinggi dengan bahu, berhenti seketika. Perlahan-lahan bawanya semula ke bawah dalam kedudukan asal. Lakukan sebanyak 3 ke 5 set dalam 10 reps untuk setiap belah tangan.
Diharapkan perkongsian ini mampu membantu anda mendapatkan rutin senaman yang lebih mantap! Ikuti YouTube MASKULIN untuk video teknik workout seperti di bawah.