People photo created by prostooleh - www.freepik.com

Sama ada anda bersedia atau tidak akan tiba satu hari nanti dalam hidup anda di mana rambut mula berguguran, beruban dan juga rosak. Peningkatan usia memang akan menjadi faktor utama perubahan pada tahap kesihatan rambut.

Namun itu tidak bermakna anda harus pasrah dan menerima apa adanya yang berlaku. Sebagai lelaki anda juga boleh melakukan dan mengamalkan beberapa teknik dan tip penjagaan rambut yang dipercayai mampu melindunginya dengan baik.

Teknik cucian sebagai contohnya perlu dilakukan dengan baik dan betul. Jika anda sering mengabaikan cara basuh rambut, tak mustahil lama-kelamaan rambut anda akan cepat gugur, rosak dan berbau.

Untuk memastikan rambut anda berada dalam keadaan yang baik dan sihat, penting untuk anda tahu cara untuk membasuh rambut dengan betul. Janganlah disebabkan mahu mementingkan imej, cara basuh rambut diabaikan.

Sebenarnya rutin membasuh rambut lelaki sama pentingnya dengan rutin membasuh rambut wanita. Jika anda inginkan rambut yang sihat, kuat dan berbau wangi, pastikan anda basuh rambut mengikut tujuh cara ini.

HANYA BEBERAPA KALI SEMINGGU

Selalunya setiap kali mandi, lelaki akan mencuci rambut. Tahukah anda, amalan mencuci rambut setiap hari adalah salah. Sebaiknya basuhlah rambut anda dua atau tiga kali seminggu. Selang-selikan penggunaan syampu yang anda biasa pakai dengan perapi untuk melebatkan rambut bagi tujuan mengekalkan minyak semula jadi pada rambut anda.

Ads
Teknik Penjagaan Rambut Agar Tak Mudah Gugur, Salah Satunya Tidak Kerap Bertukar Jenama Syampu
Man photo created by drobotdean – www.freepik.com

JAUHI MITOS MENGARUT

Anda pasti pernah dengar mitos mengatakan rambut akan lebih bersih jika disyampu dua kali. Jangan tertipu dengan mitos yang menyuruhkan rambut dicuci, dibilas dan diulangi sekali lagi. Mencuci rambut sekali sahaja sudah mencukupi. Yang penting, gunakan syampu dan perapi yang sesuaian dengan jenis rambut anda.

KUANTITI YANG SESUAI

Tidak perlulah anda gunakan syampu yang banyak ketika mencuci rambut, cukup hanya menuang syampu di tapak tangan dalam kuantiti yang sesuai dengan kepanjangan rambut. Paling penting, tumpukan pada bahagian akar rambut.

Urut secara lembut menggunakan hujung jari sehingga berbuih dan gunakan air untuk meratakannya. Ini bagi memastikan akar rambut anda bersih daripada kekotoran. Biarkan seminit dua agar syampu meresap di dalam rambut. Kemudian, cucilah rambut dengan air bersuhu suam.

Ads

GUNA AIR SUAM ATAU BERSUHU BILIK

Teknik Penjagaan Rambut Agar Tak Mudah Gugur, Salah Satunya Tidak Kerap Bertukar Jenama Syampu
Water photo created by freepik – www.freepik.com

Elak mencuci rambut dengan air yang terlalu panas kerana akar rambut akan mudah terbuka sehingga menyebabkan rambut bercabang, mudah gugur, kering dan rosak.

Sebaiknya gunakan air bersuhu suam untuk membasuh dan merapikan rambut. Kemudian, basuhkan dengan air bersuhu rendah untuk menutup folikel rambut anda dan memberikannya sinar.

GOSOK DENGAN LEMBUT

Rambut yang basah masih lagi lemah dan terdedah kepada kerosakan. Gara-gara nak cepat kering, anda selalu menggosok rambut dengan tuala secara kasar. Elak buat perkara macam tu kerana ia akan merosakkan rambut. Sebaiknya gunakan tuala daripada kain kapas. Tekapkan rambut yang basah secara perlahan-lahan bagi mengelakkan tekanan pada kulit kepala.

Ads

TIDAK KERAP TUKAR SYAMPU

Teknik Penjagaan Rambut Agar Tak Mudah Gugur, Salah Satunya Tidak Kerap Bertukar Jenama Syampu
Hair photo created by mrsiraphol – www.freepik.com

Setelah habis syampu, gunakan semula syampu daripada jenama yang sama. Jika anda asyik bertukar syampu, rambut anda tidak akan konsisten dan mudah rosak.

GUNA MASKER

Bagi menggantikan peranan perapi rambut, anda juga boleh gunakan ‘masker rambut’ untuk perlindungan dan hidrasi. Jika anda miliki rambut kasar, ratakannya ke seluruh bahagian kepala. Namun jika rambut anda lembut, tumpukan hanya pada bahagian hujung rambut saja.

Semoga perkongsian ini memberikan anda manfaat dalam penjagaan rambut. Jom subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update paling terkini!

https://www.youtube.com/watch?v=AQkEQvs2p7g

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI