MASKULIN tertarik dengan perkongsian Public Health Malaysia tentang teknik yang mereka kongsikan untuk mengendurkan otot-otot yang sekali gus mengurangkan stres.
Ikuti perkongsian mereka di bawah:
PROGRESSIVE MUSCLE RELAXATION
Progressive Muscle Relaxation (PMR) mengajar anda untuk mengendurkan otot-otot anda melalui proses yang melibatkan 2 langkah.
Pertama, anda akan menegangkan otot tertentu seperti leher dan bahu anda. Kemudian, anda akan melepaskan ketegangan itu supaya otot anda kendur dan hasilnya, anda akan berasa relaks.
Latihan ini dapat membantu anda mengurangkan ketegangan serta tahap stres secara am, di samping membantu anda relaks apabila anda berasa gelisah.
Latihan ini juga dapat membantu anda mengurangkan masalah-masalah fizikal seperti sakit perut dan sakit kepala, di samping meningkatkan kualiti tidur anda.
Jom follow Instagram MASKULIN untuk update terkini gaya hidup lelaki sensasi!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Sebab Kenapa Lelaki Memiliki ‘Dad Bod’ Atau Sedikit Boroi Sangat Menarik

Sebut sahaja tentang ‘dad bod’ mungkin ramai yang terus bayangkan seorang lelaki yang berusia 30-an atau pertengahan umur yang badannya sudah sedikit boroi.
Senario seperti ini sudah menjadi satu perkara normal terutamanya di kalangan lelaki yang sudah berkahwin dan memiliki anak kecil.
MASKULIN yakin ramai di antara anda di luar sana yang mungkin boleh ‘relate’ dengan perkara ini. Iyalah usia makin meningkat badan pun mula naik. Hati pun sudah lebih bahagia.
Tapi apa itu sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘dad bod’?
Secara kasarnya, ia membawa maksud jenis bentuk badan lelaki yang disifatkan ‘lebih bulat’ atau dalam bahasa pasarnya, boroi. Teori ‘dad bod’ ini muncul selepas seorang lelaki sudah ‘sttle down’ dengan pasangan dan memiliki anak. Lalu masalah untuk jaga berat badan bukan lagi perkara utama baginya.
Dari faktor kesihatan mungkin ia tidak baik jika berat badan dengan BMI yang berlebihan. Namun jika hanya setakat bertambah isipadu di bahagian perut ia tidaklah menjadi masalah.
Kali ini MASKULIN ingink kongsikan sedikit sudut positif buat lelaki yang memepunyai bendtuk badan seperti ini.
MASIH KUAT SEPERTI DULU
Tak perlu risau dengan kemampuan diri. Memiliki ‘dad bod’ tidak bermakna anda lemah atau tidak sihat. Anda masih mempuyai kekuatan dan kehebatan seperti dulu. Malah mungkin lebih hebat lagi.
Berdepan dengan pelbagai tugas di pejabat, di rumah dan sebagai bapa mampu menjadikan anda seorang yang sangat aktif bergerak. Lebih seronok lagi anda juga boleh saja melakukan senaman ringan seperti biasa. Boroi sedikit tak mengapa janji tidak mencapai tahap obese.
PENTINGKAN KELUARGA
Seorang lelaki ‘dad bod’ sangat pentingkan keluarganya. Mungkin sebelum kahwin atau memiliki anak dia lebih mementingkan untuk jaga diri sendiri sahaja. Namun dengan tanggungjawab besar yang datang anda akan lebih pentingkan kebajikan dan kebahagiaan mereka.
MASIH BOLEH AMAL DIET SEIMBANG
Buat anda yang memiliki ‘dad bod’ usahlah risau dan gusar. Pertama sekali anda masih boleh mendapatkan kualiti kesihatan yang baik walaupun sedikit boroi. Paling penting cuba kurangkan makanan segera, banyak gula dan juga berminyak.
Tapi dalam masa yang sama usahlah terlalu tegas dan jumud dalam mengawal diet. Sekali-sekala apa salahnya belanja anak dan isteri makan piza atau burger.

DIANGGAP SEKSI
Ini perkara yang ramai sebenarnya lelaki tak tahu. Ya, anda yang memiliki ‘dad bod’ cukup seksi di mata kebanyakan wanita. Mungkin anda bertanya kenapa?
Lelaki ‘dad bod’ dikatakan memiliki ciri-ciri lelaki yang menarik dan seksi. Lebih-lebih ciri-ciri kepimpinan sebagai seorang suami dan ayah.
Artikel Berkaitan: Jumping Jack Mampu Kuatkan Jantung & Otot Anda!
REALISITK
Pendek kata lelaki ‘dad bod’ merupakan satu perkara normal dan realistik. Tidak semua orang mampu mengekalkan bentuk badan ‘sado’ sampai ke usia lanjut. Dan tidak semua orang boleh hadap dengan diet yang sangat ketat.
Apa yang penting janganlah sampai berat badan terlalu berlebihan hingga anda tergolong dalam mereka yang obese. Jika sudah sampai tahap itu maka perlulah perubahan yang drastik.
Ingat ya, ‘dad bod’ is awesome!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
4 Simptom Ini Tanda Produk Kecantikan Tidak Sesuai Dengan Kulit

Normal lah manusia tak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang kita dah ada kan. Masa kini bukan perempuan je yang gila bab kecantikkan ni, lelaki juga tidak berkecuali. Lambakan produk kecantikan di pasaran adakalanya menimbulkan persoalan, apakah produk itu selamat digunakan?
Tambahan pula dengan momokan testimoni dengan kesan penggunaan boleh nampak seawal 3 hari! Amboi, memang tak menang tangan rasa nak prepare skin care routine dengan produk baru.
Tapi kena ingat , bahana produk timbang kilo dan cepat berkesan punya akibat merbahaya dalam jangka masa yang panjang. Nah reaksi kulit anda dari kesan penggunaan produk yang tidak sesuai dan merisikokan kesihatan kulit anda.
1. Kulit terasa panas
Lapisan kulit mula terasa panas dan kemudian mengalami pedih-pedih. Ini biasa terjadi apabila produk yang anda gunakan tidak ‘bekerja’ pada muka anda. Rasa panas boleh menimbulkan iritasi lagi berisiko dan menimbulkan radang (kemerah-merahan). Jangan abaikan dan hentikan pemakaian produk serta dapatkan nasihat doktor.
2. Kering dan kusam
Ada beberapa produk penjagaan kulit seperti losyen badan dikatakan baik untuk melembab tapi hasilnya kulit jadi semakin kering dan menggerutu. Sama juga dengan sabun mandi yang menyebabkan kulit kering akibat dari bahan sodium hidroikda yang banyak.
3. Kulit jadi lebih sensitif
Tidak sampai beberapa minit berada diluar, kulit anda sudah bertukar seperti warna kulit udang. Ianya berkemungkinan dari produk skin care yang mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A). Hati-hati produk yang mengandungi retinoic acid akan menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila terkena pancaran matahari.
4. Menggelupas
Ramai yang kata kulit menggelupas tandanya kulit nak tumbuh yang baru atau bersalin kulit. Wait a minute! Tahukah anda lapisan kulit yang pertama (epidermis) amat penting bagi melindungi kulit dari terkena sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Bayangkan kulit menggelupas apa jadi seterusnya? Hmmm..
Jadi berhati-hati lah sebelum membeli dan memakai sesuatu produk itu.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tidak Sempat Makan Sebelum Bersenam? Ini Makanan Untuk Tenaga Segera

Pentingnya makan sebelum bersenam tidak boleh diabaikan. Makanan yang betul sebelum sesi latihan dapat memberikan tenaga ekstra dan membantu anda mencapai prestasi yang lebih baik. Dalam artikel ini, kami akan meneroka beberapa pilihan makanan cepat yang mampu memberikan tenaga segera sebelum bersenam.
1. Pisang

Pisang adalah sumber tenaga semulajadi yang sangat baik. Makan sebiji pisang sebelum bersenam akan memberikan anda karbohidrat yang diperlukan untuk tenaga serta potassium yang membantu mencegah kekejangan otot. Pisang mudah dibawa dan dimakan di mana-mana sahaja, menjadikannya makanan yang sempurna untuk menambah tenaga sebelum bersenam.
2. Yogurt Greek

Yogurt Greek adalah makanan yang kaya dengan protein dan rendah lemak. Ia mempunyai tekstur yang pekat dan kaya rasa, menjadikannya pilihan yang lazat dan memuaskan. Protein dalam yoghurt Greek membantu memperbaiki tisu otot dan memberikan tenaga yang diperlukan untuk latihan intensif.
3. Oat

Oat adalah makanan sarapan yang sangat sihat, dan ia juga boleh menjadi makanan ringan sebelum bersenam. Karbohidrat kompleks dalam oat memberikan tenaga yang berkekalan, menjadikannya pilihan yang ideal untuk latihan yang lebih lama. Anda boleh memakannya dengan menambah madu, buah-buahan, atau biji chia untuk rasa yang lebih menarik.
Hidangan overnight oats merupakan yang paling mudah kerana tidak perlu dimasak. Campurkan sahaja oats, susu serta bahan lain pilihan anda ke dalam balang bertutup, kemudian simpan semalaman di dalam peti sejuk. Ianya siap untuk dimakan sebelum anda ingin pergi bersenam pada keesokannya.
4. Kacang Badam

Kacang badam mengandungi lemak sihat, protein, dan serat, menjadikannya makanan yang sangat bertenaga. Segenggam kacang badam sebelum bersenam akan memberikan tenaga dan membantu anda merasa kenyang lebih lama. Pastikan anda mengambil kacang yang tidak diproses dengan garam berlebihan.
5. Telur

Telur adalah sumber protein yang hebat. Makan telur rebus sebelum bersenam memberikan tenaga dan membantu membaiki otot. Telur juga mengandungi pelbagai nutrien penting, termasuk vitamin B, selenium, dan kolin.
6. Kurma

Kurma adalah sumber karbohidrat semula jadi yang cepat memberikan tenaga. Makan beberapa kurma sebelum bersenam akan memberikan gula semulajadi yang akan memberi tenaga segera.
Ingatlah untuk memilih makanan yang tidak terlalu berat sebelum bersenam, kerana makanan berat boleh menyebabkan ketidakselesaan perut semasa bersenam. Selalu berikan masa yang mencukupi antara makan dan bersenam, kira-kira satu hingga dua jam sebelum anda memulakan latihan.
Dengan memilih makanan yang betul sebelum bersenam, anda akan dapat memaksimumkan prestasi anda dan mencapai hasil yang lebih baik dalam setiap latihan. Jadi, sentiasa perhatikan pemakanan anda dan nikmatilah latihan anda dengan penuh tenaga!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI