Mungkin anda sudah sedia maklum sepasang seluar jean yang berkualiti dijual dengan harga yang cukup mahal. Sebab itulah amat penting untuk kita tahu teknik mencuci seluar jean dengan baik.

Berbeza dengan seluar jean yang diperbuat daripada material ditiru menyerupai denim, seluar jean berkualiti ini mempunyai ketahanan sangat tinggi dan mempu bertahan dipakai selama sekurang-kurangnya sehingga 10 tahun.

Pernahkah anda dengar tentang teori seluar jean yang mahal tak perlu dibasuh untuk menjaga kualitinya, kecuali bila sudah betul-betul kotor. Sama ada teori itu betul atau tidak ia bergantung kepada terjemahan anda sendiri. Bagi MASKULIN sepasang seluar jean yang mahal perlu dijaga sebaiknya bersesuaian dengan harga perlaburan yang telah dikeluarkan.

Tapi bagaimana jika anda harus mencucinya? Ya, pastinya anda risau ia akan rosak dan turun warna. Maklumlah material denim memang akan semula jadi akan turun warna bila dibasuh. Cuma ia bergantung kepada teknik cucian untuk mengurangkannya

IKLAN

HARUS TERBALIKKAN

Salah satu cara untuk menjaga kualiti denim semasa mencucinya ialah dengan menterbalikkan seluar. Pastikan bahagian dalam berada di luar ketika ia dicuci.

Kaedah ini mampu membantu mengekalkan warna asal seluar tersebut dan mengurangkan warna luntur dengan teruk. Anda juga perlu pastikan agar semua zip dan butang semua terpasang sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh.

Teknik Cuci Seluar Jean Agar Warna Tidak Mudah Lusuh 

IKLAN

JANGAN CAMPUR PAKAIAN

Seboleh-bolehnya usahlah cuci seluar jean menggunakan mesin basuh dengan mencampurinya dengan segala macam pakaian lain bersama. Lebih banyak pakaian yang disumbat bersama lebih sukarlah cucian ke atas seluar jean dilakukan.

Malah warna yang turun daripada seluar jean juga oleh merosakkan pakaian anda yang lain terutamanya berwarna putih. Jika mesin terlalu penuh zip seluar jean akan jadi rosak dan jahitan benang juga mudah tertanggal. Teknik mencuci yang baik itu penting!

IKLAN

Teknik Cuci Seluar Jean Agar Warna Tidak Mudah Lusuh 

JANGAN GUNA PENGERING

Pengguna mesin basuh menggunakan syiling biasanya suka mengeringkan pakaian menggunakan pengering. Ini teknik mencuci atau lebih tepat teknik mengeringkan yang boleh mendedahkan kerosakan kepada seluar jean. Selepas basuh jemur sahaja di bawah pancaran matahari dan biarkan ia kering secara semula jadi. Namun janganlah ditinggalkan terlalu lama kerana ia boleh merosakkan material denim.

TIP JEANS TAHAN LAMA

  • Cuci dengan tangan bukannya mesin basuh
  • Guna air sejuk dan rendam tidak lebih 30 minit
  • Jemur dalam kondisi seluar diterbalikkan
  • Paling minima cuci hanya selepas lebih 10 kali digunakan

Dapatkan seluar jean berkualiti pada harga berpatutan dengan pelbagai rekaan di sini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI