Teknik Lakukan Cukuran Sendiri, Hasilnya Kulit Licin & Tiada Kesan Luka

Share

Sebenarnya masih ramai lelaki yang tak pandai bercukur dan menggunakan teknik yang betul.

Oleh sebab itulah wajah pun ada banyak kesan luka. Dan hasilnya tidak selicin seperti yang dibayangkan. Ini semua dapat dielak jika anda bercukur dengan menggunakan teknik teknik yang betul.

BERSIHKAN WAJAH

 

Sebelum memulakan proses mencukur jambang, janggut atau misai ada beberapa langkah awal yang perlu anda lakukan. Jika anda ingin bercukur pada sebelah pagi pastikan selang masa sekurang-kurangnya 10 selepas bangun tidur. Ini bagi membantu kulit wajah berehat dahulu. Cuci wajah dengan pencuci muka pilihan untuk menghilangkan sel kulit mati dan membuka liang roma serta melembutkan kulit di bahagian misan dan janggut.

GUNA AIR SUAM

Satu perkara lagi yang perlu anda lakukan sebelum mula bercukur ialah dengan melekapkan wajah dengan tuala basah dengan air suam. Anda perlu melakukan proses ini sejurus selesai mencuci wajah. Ia membantu pori-pori terbuka dan memudahkan proses mencukur nanti.

KRIM PENCUKUR

Kira-kira 3 minit selepas itu, anda boleh mula sapukan krim pencukur. Sapukan dengan berus dengan gerakan berputar. Berus yang dipilih haruslah mempunyai bulu yang halus dan lembut agar kulit wajah anda lebih selesa dan boleh elak wajah tercalar. Pilihlah krim pencukur yang mengandungi minyak dan kandungan formulasi sesuai dengan kukit wajah sekali gus mengelak iritasi.

BACA: 10 Trik Nak Wajah Muda Dari Usia Sebenar, Antaranya Kena Kerap Berjalan Kaki!

MULA MENCUKUR

Bahagian yang perlu anda fokuskan terlebih dahulu semasa bercukur ialah rahang, leher dan pipi. Ia perlu dilakukan di bahagian ini dahulu kerana ia mengikut lengkungan wajah dan mengelakkan daripada kulit wajah alami luka. Bahagian misai dan janggut pula perlu diberikan perhatian khusus kerana ia lebih banyak rambut. Cukur janggut pada satu arah sahaja iaitu mengikut tumbuhnya anak rambut. Gerakkan pisau dengan jalur searah agar tak cedera.

PENGGUNAAN GUNTING

Jika anda ingin menyimpan janggut atau misai pastikan pola bentuk seperti yang anda mahu tidak terjejas. Untuk mendapatkan hasil yang kemas anda perlu menggunakan gunting kecil yang khas. Untuk hasil yang lebih detail, anda perlu guna hair-clipper. Apa yang penting anda harus gunting terlebih dahulu bahagian tepi misai dan janggut yang ingin disimpan.

BILAS WAJAH SELEPAS SELESAI

Selepas anda selesai bercukur dan kemaskan apa yang patut, bersihkan wajah dengan menggunakan tuala. Bilaskan wajah dengan menggunakan air sejuk. Untuk mengembalikan kesegaran kulit wajah adan boleh sapukan krim pelembat atau penyegar. Set pencukur yang telah digunakan pulaperlulah direndam seketika dalam air suam sebelum dicuci.

MASKULIN yakin dengan menggunakan tip di atas anda boleh bercukur dengan selesa dan lebih baik. Dengan menggunakan teknik yang betul anda tak perlu lagi takut untuk berdepan dengan kecederaan wajah yang tak sepatutnya berlaku.

Salah satu perkara yang menakutkan lelaki ialah rasa rendah diri yang membungkam hati yang lara, Ini terjadi

Published by
Farizul Izwany Ibrahim