teknik iron baju
Foto: Freepik

Jika anda seseorang yang selalu seterika atau ‘iron’ baju sendiri itu bermakna anda seorang lelaki yang hebat. Apatah lagi jika anda melakukannya dengan teknik yang betul dan baik.

Suatu ketika dahulu menyeterika baju merupakan perkara rutin yang perlu dilakukan setiap hari terutamanya di kalangan lelaki yang bekerja dalam bidang profesional atau eksekutif.

Rutin harian itu kini seakan hilang dengan munculnya baju kemeja dan pakaian yang diperbuat daripada kain tidak kedut seperti polyester.

Teknik ‘Iron’ Baju Kemeja Dengan Betul & Cepat
Foto: Freepik

Namun sejak kebelakangan ini penggunaan fabrik tradisional menjadi trend dan semakin digemari. Selain faktor penampilannya yang lebih menarik ia juga selesa dipakai. Cuma ia perlu diseterika dengan baik sebelum dipakai.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi cara menyeterika baju kemeja dengan cara terbaik dan cepat. Ikuti beberapa langkah mudah di bawah.

Ads

PAPAN SETERIKA

MemiliH papan seterika atau iron board yang sesuai memainkan peranan penting bagi memastikan proses menyeterika dilakukan dengan baik. Namun ada satu perkara anda harus sentiasa ingat, jangan sesekali tinggalkan seterika di atasnya dalam masa yang lama. Ini dikhuatiri anda terlupa mematikan suis seterika.

SEMBURAN AIR

Gunakan botol semburan yang boleh dibeli di kedai serbaneka. Lakukan semburan di atas baju dan biarkan selama seminit. Untuk kedut yang lebih degil anda oleh lakukan semburan tambahan. Sesetengah seterika dilengkapi sistem steam namun bagi seterika tradisional anda perlu lakukan sendiri.

Ads
Teknik ‘Iron’ Baju Kemeja Dengan Betul & Cepat
Foto: Designed by pressfoto / Freepik

LENGAN DAN KOLAR BAJU

Sebelum menyeterika bahagian lengan baju pastikan butang dibuka terlebih dahulu. Ia perlu diseterika tanpa terkena bahagian butang yang kebanyakannya diperbuat daripada material tidak tahan haba panas. Untuk menggosok bahagian butang ini terbalikkan baju di dalam. Di bahagian kolar perlu seterika bahagian dalam terlebih dahulu.

SETERIKA BAHAGIAN ‘YOKE’

‘Yoke’ merupakan bahagian yang terletak di atas bahu yang membentuk seperti segi tiga. Pastikan ia digosok dengan baik. Untuk lebih senang gosoknya di bahagian paling tirus papan seterika.

Ads

BUKA SEMUA BUTANG

Untuk menyeterika bahagian utama baju pastikan anda membuka semua butang terlebih dahulu. Letakkan baju dengan bahagian butang di bahagian atas. Gosok dari atas ke bawah dan gerakkan seterika melalui kawasan butang. Tapi elakkan ia daripada terkena bahagian butang.

BAHAGIAN BELAKANG

Habiskan proses menyeterika baju anda dengan bahagian belakang. Hilangkan segala kesan kedut dengan melakukan gosokann dari atas ke bawah. Jika perlu, lakukan semburan air tambahan untuk membantu anda mendapatkan hasil lebih memuaskan.

Selamat mencuba teknik menyeterika baju yang kami kongsi kali ini!

Jika anda ingin mencari seterika hebat pada harga yang menarik boleh dapatkannya di sini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI