Teknik Gunakan Gear Dengan Betul, Pandai Guna Boleh Elak Enjin Auto Cepat Meragam

Share

Bayangkan di saat anda terperangkap di dalam kesesakan trafik. Pada masa dan ketika itulah anda menadah tangan kesyukuran kerana memilih kereta auto. Namun begitu tahukah anda penjagaan kereta menggunakan enjin auto juga sangat penting untuk diberikan perhatian khusus.

Jika kotak gear, gear atau transmisi kereta rosak memang boleh menelan belanja yang mahal untuk membaikinya.

Sebagai pemilik kereta dan pemandu, tentunya anda ingin lakukan yang terbaik untuk melindungi bahagian kereta daripada rosak. Ia sekali gus mengelakkan anda daripada terpaksa mengorbankan wang ringgit dan berbelanja besar untuk membaikinya.

Terdapat beberapa tabiat yang boleh anda elak untuk pastikan gear kereta auto anda sentiasa dalam keadaan baik.

JAGA MINYAK HITAM

Minyak AUTO dan AUTO Filter hendaklah ditukarkan setiap 30,000 km atau 6 bulan (yang mana dulu). Ini amat penting dilakukan mengikut jadual. Sebenarnya kalau nak diikutkan AUTO filter perlu ditukar apabila 2 kali tukar minyak AUTO.

Tetapi lebih baik ditukar setiap kali anda menukar minyak AUTO, kerana mekanik akan buka semua takung minyak AUTO dan bersihkannya. Elakkan tukar minyak AUTO tanpa membuka takung minyak AUTO. Ini kerana hendak mengelak adanya air dalam takung minyak AUTO, jika dibiarkan terlalu lama ia boleh memudaratkan kotak gear.

Pastikan minyak AUTO dan filter yang digunakan tulen dan ianya menepati spesifikasi kenderaan anda. Elakkan mengguna barang tiruan kerana ia memberi kesan yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.

Image by standret on Freepik

STEP GEAR DENGAN BETUL

Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Sewaktu hendak menghidupkan enjin selepas dimatikan lebih enam jam,

a) On suis dahulu (jangan hidupkan) pastikan semua lampu panduan di meter menyala. Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.

b) Kemudian gerakan gear setiap step bermula daripada paling atas hingga ke paling bawah.

c) Setiap step perlu berhenti selama dua saat.

d) Kemudian daripada paling bawah naik kan ke “N”, (pastikan brek tangan ditarik sekuat-kuatnya) dan hidupkan enjin. Biarkan gear di “N” sahaja sehingga anda menggerakkan kenderaan. Biarkan selama 5 minit jika 6 jam dan 10 minit jika 7 jam ke atas.

TEKNIK ‘STEP 2’

Sewaktu hendak memulakan perjalanan, selepas anda berhenti di mana-mana sekalipun, mulakan dengan step “2” atau step kedua selepas “N”.

Selepas bacaan meter RPM mencecah 2000-2500 tukar kembali kepada “D” atau satu step di bawah “N”. Bila anda memulakan dengan 2 step kereta anda dapat bergerak dengan “sukarela dan penuh semangat. Bila kereta anda mulakan pergerakan dalam keadaan “terpaksa” lama kelamaan ianya akan memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear dan enjin.

ELAK JALAN BERMASALAH

Elakkan melalui jalan yang ada air bertakung terlalu tinggi atau meredah banjir. Jika terpaksa melalui juga pastikan dalam keadaan lancar atau “satu nafas” sahaja.

Jangan sesekali berhenti dalam air bertakung yang tinggi yang boleh terkena bahagian bawah enjin. Ini boleh menyebabkan pintu kotak gear anda dimasuki air dan seterusnya boleh menyebabkan minyak AUTO anda bercampur dengan air serta boleh menyebabkan ‘clutch plate’ anda terbakar.

JAUHI BUKIT

Elakkan daripada selalu mendaki bukit-bukit yang tinggi terlalu kerap (contoh: Genting Highland). Pastikan step-step gear yang ada digunakan dengan baik sewaktu menaiki bukit, sesuai dengan bacaan RPM kereta anda. Jangan paksa kereta anda mendaki bukit menggunakan step “D”.

Gunakan sepenuhnya dua step lagi yang ada di bawah step D, sesuai dengan ketinggian bukit tersebut atau bacaan RPM anda.

GEAR REVERSE

Elakkan guna gear reversed kereta anda dalam keadaan laju, jarak yang jauh atau terlalu kerap sangat. Gunakannya seminimum yang boleh. Penggunaan gear ‘reversed’ yang tidak betul boleh menyebabkan kotak gear anda cepat rosak.

JANGAN TERLALU KASAR

Jangan terlalu agresif sewaktu hendak memulakan perjalanan kenderaan anda. Mulakan dengan perlahan-perlahan dan tambah kelajuan berperingkat-peringkat.

Jika anda mula dengan agresif bukan sahaja memberi kesan yang tidak baik kepada kotak gear malah juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada ‘timing belt’, Inilah salah satu punca ‘timing belt’ putus sebelum sampai waktu penukaran yang akan datang.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim