Teknik Foto Ini Mampu Buat Anda Lebih Menarik Di Media Sosial

Share

Dalam dunia sekarang boleh dikatakan majoriti manusia memiliki laman media sosial. Paling kurang pun salah satu platform pasti jadi pilihan. Jadi untuk nampak menarik di laman media sosial tidak kurang pentingnya. Jadi teknik foto itu penting!

Laman media sosial kini telah menjadi medium pengenalan kepada kita. Di itulah pelbagai aktiviti, minat, hobi serta momen kehidupan diabadikan.

Sama seperti perkenalan, ‘first impression’ itu sangat penting. Ia memberikan gambaran serta personaliti kita dalam dunia digital. Jadi pastinya anda mahu kelihatan lebih menarik di dalam foto.

Mendapatkan foto yang menarik sebenarnya tidaklah susah. Namun ia tidak juga semudah yang disangka. Terdapat beberapa faktor boleh menentukan sama ada foto anda menarik atau tidak.

Kali ini MASKULIN ingin kongsikan beberapa tip bergambar untuk nampak lebih menarik di laman media sosial.

SUDUT BAIK

Buat apa kalau handsome tapi gambar tak menarik. Antara faktor utama untuk nampak lebih mengancam dalam gambar ialah dengan mengambilnya pada sudut yang baik. Sebagai contoh jika anda ingin kelihatan lebih tinggi ambillah dari sudut bawah. Anda dan tukang ambil gambar haruslah sentiasa berkomunikasi dengan baik juga.

FAKTOR CAHAYA

Pada masa kini kamera telefon pintar sudah menghampiri kualiti kamera digital yang berharga mahal. Jadi masalah pengcahayaan itu tidak lagi menjadi masalah sebenarnya. Namun jika anda tak menggunakan teknik pengcahayaan dengan baik pasti gambar tidak akan nampak menarik. Sebagai contoh elakkan ambil gambar membelkangkan sumber cahaya seperti sinaran matahari.

LATAR BELAKANG

Mengapa orang yang pergi melancong beriya-iya ambil gambar terutamanya berhampiran monumen terkena. Ya, tak lain tak bukan sebab ingin latar belakang yang menarik. Selain latar belakang popular antara teknik foto yang baik ialah menggunakan latar belakang kemas yang bercorak, bergeometri dan berwarna-warni.

GUNA PROP

Selain itu anda juga boleh meningkatkan keunikan foto dengan menggunakan prop. Penggunaaan prop membuatkan foto nampak lebih menarik. Antara prop penting ialah makanan, hiasan meja, beg tangan juga boleh dijadikan prop dalam foto OOTD anda. Tapi janganlah pula anda guna objek sensitif seperti minuman keras, rokok dan barang-barang berbahaya dilarang undang-undang!

TIRU MAJALAH

Jika anda kering idea nak pose, usah gundah-gulana. Ambil idea yang ditonjolkan dalam majalah fesyen atau gaya hidup seperti MASKULIN. Tiru sahaja pose yang diketengahkan dalam ruangan fesyen atau personaliti. Pasti anda sendiri pun nampak pose macam model!

Jika anda ingin mencari kamera digital dan aksesori fotografi untuk telefon pintar, boleh dapatkan di sini!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim