Foto: cookie_studio - www.freepik.com

Mungkin bagi ramai orang melakukan larian bukanlah perkara sukar. Tapi pernahkah anda sendiri berasa tercungap-cungap ketika melakukannya.

Dan pernahkah anda tertanya-tanya mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan aktiviti larian dilakukan secara rutin?

Sebenarnya antara salah satu faktor penting mendapatkan larian yang selesa, berkualiti dan lebih jauh serta pantas adalah dengan menggunakan teknik pernafasan yang betul.

Teknik Bernafas Dengan Betul, Buat Larian Lebih Selesa & Lambat ‘Pancit’
Foto: master1305 – www.freepik.com

Perlu ingat juga melakukan larian tidak seharusnya memberi terlalu banyak tekanan kepada kadar denyutan jantung. Disebabkan itulah MASKULIN menyarankan anda melakukan larian menggunakan latihan MAF. Anda boleh ikutinya menerusi artikel MASKULIN di sini.

BACA: Jenis Kesilapan Biasa Yang Ramai Orang Lakukan Ketika Melakukan Larian

Berbalik kepada topik, bernafas dengan betul ketika melakukan larian memainkan peranan penting untuk elak anda daripada sesak nafas atau terasa mengah. Usah risau, ikuti teknik bernafas ketika melakukan larian di bawah. Ada 7 perkara paling penting yang harus anda lakukan.

IKLAN

TEKNIK BERNAFAS DENGAN BETUL

1. Gunakan teknik bernafas dengan menarik udara secara dalam, bukannya dengan nafas pendek.

2. Bernafas sampai ke perut, bukan setakat dada. Bila bernafas sampai ke perut itu maksudnya lebih banyak udara ada di dada.

3. Postur badan jangan bongkok. Ini kerana jika anda membongkok dada akan menjadi kecil. Jadi semasa berlari badan kena tegak dan sentiasa buka dada.

IKLAN
Teknik Bernafas Dengan Betul, Buat Larian Lebih Selesa & Lambat ‘Pancit’
Foto: Racool_studio – www.freepik.com

4. Bernafas dengan relaks, bukan laju-laju.

5. Bernafas sedut ikut hidung dan hembus ikut mulut.

6. Setiap 3 tapak diam bil sedut nafas, 2 tapak hembus nafas.

IKLAN

7. Kalau dah tercungap-cungap tak cukup nafas, slowkan pace dan cuba ambil nafas dengan tenang.

Semoga dengan perkongsian ini anda dapat melakukan larian dengan lebih baik di masa akan datang.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI