Tekan Tubi Teknik Close Grip, Teknik Mantapkan Otot Dada & Lengan

Share

PKP sudah dilanjutkan lagi. Nampaknya lebih banyak masa kita akan luangkan di rumah. Bagi penggemar workout inilah masa sesuai untuk mantapkan otot badan terutamanya di bahagian lengan, dada dan abdomen. Pastinya teknik yang popular tidak lain tidak bukan tekan tubi atau push-up.

Tapi tahukah anda terdapat banyak variasi teknik dan cara tekan tubi yang boleh dilakukan. Antara yang paling efisien untuk membentuk otot dada yang mantap ialah teknik close-grip push up.

Buat pengetahuan anda teknik push up ini sangat penting dalam rutin latihan anda kerana ia mampu membantu untuk ‘pump’ bahagian lengan. Adakah teknik anda lakukan selama ini dengan betul?

KEDUDUKAN POSTUR BADAN

Sebelum mula melakukan senaman anda perlu tahu bahawa setiap pergerakan memainkan peranan sangat penting. Melakukan push up dalam postur badan yang betul merupakan aspek yang perlu anda beri perhatian. Ini kerana ia mampu membuatkan senaman anda jauh lebih efektif.

Jadi ikuti teknik yang betul dengan beberapa langkah seperti berikut:

1. Kedudukan Badan

Untuk melakukan tekan tubi yang baik anda pertama sekali perlu pastikan badan dalam plank form yang baik. Lebih lurus badan anda lebih banyak beban yang perlu diangkat. Jadi mulakan dengan kedudukan badan atau plank lebih lurus, ketatkan bahagian perut dan pastikan ia kekal sepanjang senaman,

BACA: Buat Larian 10 Minit Sehari Mampu Jauhi Risiko Penyakit Kronik

2. Diamond Bukanlah Segalanya

Ramai orang suka melakukan push up dengan merapatkan kedua-dua belah tangan bersama dan melakukan bentuk ‘diamond’. Jangan lakukan perkara seperti ini. Otot trisep anda bertanggungjawab meregangkan tangan hingga ke bahagian siku.

Jadi apa yang perlu anda titik beratkan ialah memastikan kedudukan siku tidak terlalu rapat dengan bahagian dada. Set tangan anda sedikit rapat berbanding lebar bahu.

3. Rapatkan Siku

Elemen paling penting dalam melakukan push up close grip yang berkesan ialah apa yang anda lakukan dengan bahagian siku. Untuk memastikan trisep melakukan press up dengan betul, anda perlu pastikan bahagian dada tidak terlalu terdedah dengan tekanan.

Ia boleh dilakukan dengan memastikan bahagian siku anda terletak rapat ke bahagian torso semasa merendahkan badan ketika melakukannya.

Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk ikuti video workout menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim