tekan turun naik kereta tingkap
Foto: Car and Driver

Bayangkan anda dalam perjalanan menuju ke tempat kerja atau ingin pulang ke rumah. Kemudian singgah sebentar di kedai nasi lemak kegemaran isteri tercinta untuk dibungkus bawa pulang. Buka tingkap kereta untuk hirup udara segar kemudian hujan lebat turun tidak semena-mena. Tekan butang tingkap tak tak mahu naik!

Memang haru biru dibuatnya. Tidak pasal kereta habis dimasuki air hujan. Ketahuilah bahawa kerosakan tingkap kereta automatik yang tidak dapat naik atau turun merupakan perkara lumrah memiliki kereta.

Apatah lagi jika kereta sudah berusia 5 tahun ke atas. Sebelum membawanya ke bengkel pasti anda terfikir dan tertanya-tanya apakah punca yang menyebabkan ia rosak.

Kebiasaannya punca kerosakan disebabkan komponen dalaman sudah haus atau uzur. Masalah biasa yang akan berlaku adalah ia tidak dapat turun atau naik apabila diperlukan. Selain itu apabila rosak, ia akan tersekat di tengah bingkai pintu dan fungsinya tidak lancar seperti selalu.

BACA: Tayar Botak Punca Kemalangan, Ini Beberapa Sebab Kenapa Ia Berlaku

MASKULIN ingin kongsi dan tunjukkan tiga komponen atau bahagian yang harus anda periksa untuk ketahui masalahnya.

Ads

MASALAH FIUS

Tekan Tak Naik Atau Turun, Masalah Tingkap Kereta Datang Dari Tiga Punca Ini

Pertama sekali periksa bahagian fius. Jika ia bermasalah gantikan fius yang lama dengan yang baharu.  Namun jika ia masih lagi bermasalah, cuba periksa bahagian lain. Antara kemungkinan lain yang berlaku adalah litar pintas.

Peranan utama fius adalah untuk memutuskan arus elektrik untuk mengelakkan kesan litar pintas ataupun terbakar. Jika ia rosak, seluruh tingkap kuasa tidak dapat berfungsi.

Ads

VOLTAN ELEKTRIK & SUIS TINGKAP 

Tekan Tak Naik Atau Turun, Masalah Tingkap Kereta Datang Dari Tiga Punca Ini
Foto: aleksandarlittlewolf – www.freepik.com

Jika fius sudah ditukar yang baharu, namun tingkap kereta anda masih tidak boleh berfungsi, cuba periksa bahagian sistem elektrik tingkap kuasa.

Jika arusnya tidak normal, tetapi voltan bateri dalam keadaan elok, terdapat kemungkinan bahawa suis tersebut mesti diganti baru. Mungkin kerosakan suis berlaku disebabkan litar pintas yang membuatkan suis tingkap kereta terbakar.

MOTOR & REGULATOR 

Tekan Tak Naik Atau Turun, Masalah Tingkap Kereta Datang Dari Tiga Punca Ini
Foto: Amazon

Jika sudah memeriksa arus elektrik dan suis tetapi masih lagi ada masalah, besar kemungkinan ia berpunca daripada motor atau regulator tingkap kereta anda. Antara faktor lain adalah disebabkan alat tersebut mengalami masalah kehausan dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Ads

Alat yang lemah mesti diganti baharu. Regulator berfungsi untuk menggerakkan cermin tingkap yang dihubungkan menerusi motor tingkap kuasa. Masa yang sama, gigi regulator yang haus membuatkan tingkap kuasa tidak dapat dinaik atau diturunkan dengan sempurna.

Akhir sekali, andai kata tekan suis tingkap tapi masih tak jadi apa-apa, bawalah kereta ke bengkel untuk diperiksa oleh mekanik dengan lebih terperinci lagi!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI