Teh ais dan rakyat Malaysia bagai isi dan kuku. Minuman ini sering menjadi pilihan tidak kiralah sama ada di restoran mahal mahupun gerai tepi jalan.
Dapat minum yang kaw, dan sejuk memang nikmat terutama bila cuaca panas. Kadang-kadang kat rumah pun boleh teringin nak minum teh ais macam ni. Tak perlu susah keluar atau order online, kita buat saja sendiri teh ais kaw!
Untuk peminat teh ais! Cara membuatnya untuk satu gelas saiz ini.
1. Masukkan 2-3 sudu teh serbuh teh (saya guna teh Barra, teh dari Kedah bukan teh merah Thailand ya). Klik SINI untuk beli di Shopee.
2. Rendam dengan air yang betul-betul panas (saya guna air Cuckoo saja). Nak lagi kaw boleh masak teh ini dalam periuk sampai menggelegak
3. Biarkan rendam serbuk teh tapi sampai suam. Kemudian tapis.
4. Selepas itu boleh tambah susu pekat ikut kemanisan yang disukai.
5. Kemudian tambah 2-3 sudu susu cair untuk rasa lemak! Jangan tambah air lagi selepas bancuh, nanti cair.
6. Tambahkan ketulan ais, siap untuk diminum. Jika nak buat satu jag boleh gandakan bahan-bahan.
Senang je nak buat teh ais ni kan. Selamat mencuba!
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Sumber: Miz Juejue.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.