
Teh ais dan rakyat Malaysia bagai isi dan kuku. Minuman ini sering menjadi pilihan tidak kiralah sama ada di restoran mahal mahupun gerai tepi jalan.
Dapat minum yang kaw, dan sejuk memang nikmat terutama bila cuaca panas. Kadang-kadang kat rumah pun boleh teringin nak minum teh ais macam ni. Tak perlu susah keluar atau order online, kita buat saja sendiri teh ais kaw!
Buat sendiri teh ais kaw, manis berlemak
Untuk peminat teh ais! Cara membuatnya untuk satu gelas saiz ini.
1. Masukkan 2-3 sudu teh serbuh teh (saya guna teh Barra, teh dari Kedah bukan teh merah Thailand ya). Klik SINI untuk beli di Shopee.
2. Rendam dengan air yang betul-betul panas (saya guna air Cuckoo saja). Nak lagi kaw boleh masak teh ini dalam periuk sampai menggelegak
3. Biarkan rendam serbuk teh tapi sampai suam. Kemudian tapis.
4. Selepas itu boleh tambah susu pekat ikut kemanisan yang disukai.
5. Kemudian tambah 2-3 sudu susu cair untuk rasa lemak! Jangan tambah air lagi selepas bancuh, nanti cair.
6. Tambahkan ketulan ais, siap untuk diminum. Jika nak buat satu jag boleh gandakan bahan-bahan.
Senang je nak buat teh ais ni kan. Selamat mencuba!
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Sumber: Miz Juejue.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jenis-Jenis Minuman Boleh Hilangkan Dahaga Cepat Ketika Berbuka Puasa

Salah satu cabaran paling besar untuk kita semua sepanjang Ramadan sebenarnya bukan menahan lapar. Tetapi lebih kepada menahan rasa dahaga. Apatah lagi negara kita merupakan beriklim tropika yang sering panas.
Disebabkan itulah bila masuk sahaja waktu berbuka ramai yang akan capai gelas untuk terus hilangkan dahaga. Di bulan mulia ini pelbagai jenis aneka minuman dijual untuk berbuka puasa. Tapi apakah minuman yang boleh menghilangkan rasa haus dan dahaga? Dan yang paling menyihatkan untuk kita minum semasa berbuka puasa?
Ingat kalau tersilap minum nanti anda boleh sakit perut dan berulang-alik masuk tanda. Lalu menjejaskan aktiviti ibadah anda pada waktu malam. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 7 jenis minuman terbaik untuk anda berbuka puasa.
AIR PUTIH
Mudah dan ringkas. Ini kerana air putih mempunyai sifat neutral dan mampu menghidrasi tubuh seketika. Apatah lagi kalau bukan bulan puasa pun kita harus minum sebanyak 8 gelas sehari.
AIR KELAPA

Antara minuman yang paling popular sepanjang bulan puasa. Ia kaya dengan zat elektrolit dan mapmu menghilangkan rasa dahaga dengan cepat. Malah ia boleh menggantikan elektrolit badan yang hilang selepas lebih 12 ham berpuasa. Ia juga mengandungi serat, vitamin C, magnesium dan pelbagai lagi
AIR BARLI
Mengandungi kandungan probiotik dan bakteria baik bagi membantu kesihatan pencernaan anda. Ia juga membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh dan mengembalikan tenaga dengan segera.
JUS TEMBIKAI

Tembikai merupakan antara buah yang terbaik dijadikan jus untuk berbuka puasa. Secara semula jadi ia mempunyai kandungan air yang sangat tinggi. Lantas mampu membantu mengembalikan tahap hidrasi badan. Ia juga kaya dengan lycopene, sejenis zat yang berperanan sebagai antioksidan yang kuat.
SUSU KURMA
Jika anda teringin untuk minum susu semasa berbuka puasa, apa kata campurkan dengan kurma untuk hasil yang lebih menakjubkan. Caranya dengan merebus susu bersama buah kurma. Atau anda boleh blend buah kurma dan campurkan dengan susu. Ia boleh mengembalikan tenaga serfta kadar gula dalam badan dengan baik selepas seharian berpuasa.
TEH
Untuk dapatkan kesan yang baik cuba minum teh tanpa gula atau dengan hanya sedikit sahaja gula. Sebahagian orang tak mendapatkan hasil maksima kerana meminum teh dengan cara yang salah.
MINUMAN DETOKS
Bagi anda yang benar-benar ingin buang toksin dalam badan mungkin boleh minum infused water. Dengan potongan buah dan sayuran, air putih akan lebih bernutrisi. Ia juga membantu badan mengembalikan kadar hidrasi.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Cabaran Kurangkan Gula Selama 30 Hari, Transformasi Anda Boleh Di Sini!

Dari definisinya, gula bermaksud sejenis karbohidrat putih, kristal yang menmounyai rasa manis.
Ia merupakan disakarida yang terdiri daripada dua jenis gula, glukosa dan fruktosa, terikat bersama. Gula juga dikenali sebagai sukrosa atau sakarosa.
Gula terdapat dalam semua tumbuhan hijau, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, bijirin, dan tenusu.
Ia juga dihasilkan secara komersial daripada tebu dan bit gula. Ia sering digunakan sebagai pemanis atau pengawet dalam makanan dan minuman. Ia juga digunakan oleh organisma sebagai sumber tenaga metabolik.

Jadi tidak hairanlah megapa gula seakan-akan menjadi bahan perasa yang tidak dapat kita elakkan dalam kehidupan seharian.
Namun kita sering lupa bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh memberi impak buruk kepada kesihatan kita, termasuk risiko diabetes, obesiti dan masalah kesihatan yang lain.
MASKULIN ingin mengajak anda mengikuti cabaran kurangkan pengambilan gula selama 30 hari.
Ini bukan sahaja satu langkah ke arah kehidupan yang lebih sihat, tetapi juga satu peluang untuk menyedari sejauh mana gula telah memasuki pemakanan harian kita. Ikuti panduan ini untuk memastikan kejayaan cabaran anda!
Langkah 1: Kenali Sumber Gula dalam Pemakanan Anda
Sebelum bermula, ketahui sumber-sumber gula yang ada dalam pemakanan harian anda. Bukan hanya gula yang diletakkan dalam secawan kopi anda, tetapi juga gula tersembunyi dalam makanan yang mungkin tidak disedari.
Periksa label makanan dan ketahui istilah-istilah yang mungkin merujuk kepada gula, seperti sukrosa, glukosa, atau sirap jagung tinggi fruktosa.
Langkah 2: Rancang Menu Yang Sihat dan Menyeronokkan
Rancang menu harian anda dengan penuh kreativiti. Gantilah snek manis dengan buah-buahan segar atau yogurt tanpa gula tambahan.
Libatkan diri anda dalam dunia masakan yang sihat dan nikmati pelbagai jenis hidangan yang bebas gula. Ini bukan hanya mencipta peluang untuk mengekalkan cabaran, tetapi juga memberikan variasi kepada pemakanan harian anda.
Langkah 3: Perlahankan Proses Pembiasaan
Jangan terlalu tergesa-gesa dalam mengurangkan pengambilan gula anda. Perlahankan proses pembiasaan dan berikan masa kepada diri anda untuk menyesuaikan diri dengan perubahan ini.
Mungkin anda boleh mula dengan mengurangkan separuh gula dalam minuman atau menggantikan gula dengan pengganti gula yang semula jadi.
Langkah 4: Dapatkan Sokongan Komuniti
Dekati dan berkenalan dengan komuniti yang mengambil cabaran serupa. Mendapatkan sokongan dari orang lain yang berkongsi matlamat yang sama dapat memberikan motivasi dan inspirasi.
Bertukar pengalaman, resipi dan tips bersama-sama dapat menjadikan cabaran ini lebih menyeronokkan.
Langkah 5: Sentiasa Sedia Mencuba Alternatif Gula
Ketahui alternatif gula yang boleh digunakan sebagai pengganti gula biasa. Stevia, madu, dan sirap maple adalah antara pilihan yang lebih sihat. Mencuba pelbagai alternatif akan membantu anda menemui yang paling sesuai dengan selera dan keperluan pemakanan anda.
Langkah 6: Pantau Kemajuan Anda
Buat catatan harian mengenai pemakanan anda dan bagaimana anda menguruskan cabaran makan kurang gula ini.
Pantau tahap tenaga, perubahan berat badan, dan kesihatan secara keseluruhan. Ini bukan sahaja membantu anda mengukur kejayaan cabaran ini, tetapi juga memberi gambaran kesihatan anda secara umum.
Langkah 7: Rayakan Kejayaan Anda
Setiap langkah kecil adalah satu kejayaan. Rayakan pencapaian anda pada setiap minggu atau akhir cabaran 30 hari ini. Ini dapat memberikan ganjaran positif dan memotivasikan anda untuk meneruskan gaya hidup sihat anda.
Makan kurang gula bukanlah satu cabaran yang mustahil. Dengan langkah-langkah yang tepat dan sokongan yang mencukupi, anda mampu merasai perubahan positif dalam kesihatan dan keadaan fizikal anda.
Jadi, mari bersama-sama menjadikan cabaran makan kurang gula selama 30 hari ini sebagai titik permulaan menuju kehidupan yang lebih sihat dan bertenaga!
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan Instagram MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Makanan Karbohidrat Baik Selain Nasi Untuk Tenaga, Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD

Tidak dinafikan nasi merupakan salah satu sumber makanan karbohidrat utama di kalangan rakyat Malaysia. Namun tahukah anda selain nasi roti mentega juga boleh memberikan khasiat yang tidak kurang hebatnya?
Dalam usaha untuk menambah variasi dan kenikmatan dalam hidangan harian, ada pilihan lain yang tidak kurang hebatnya. Salah satu produk yang kini menjadi perhatian ialah dari SHUNSHINE iaitu Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD.
Produk berinovatif ini menggabungkan kelembutan dan kegebuan tekstur roti Shokupan Jepun dengan kelazatan mentega roti Brioche Perancis. Lantas menjadikan roti harian anda lebih istimewa dengan rasa yang serba mewah.
Shokupan, roti popular dari Jepun, terkenal dengan teksturnya yang lembut dan gebu, sementara Brioche, roti klasik Perancis, digemari kerana rasa menteganya yang kaya dan tidak terlalu manis.

Gabungan kedua-dua gaya unik ini menghasilkan Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD, yang meraikan ketelitian seni masakan Jepun dan kehalusan seni pembuatan roti Perancis.
Sumber Karbohidrat dan Tenaga
Bagi lelaki yang menjalani gaya hidup aktif, Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD bukan sahaja menawarkan karbohidrat kompleks yang diperlukan untuk bekalan tenaga yang berterusan.
Ia juga mampu menjadi sumber lemak yang baik dari mentega berkualiti tinggi. Karbohidrat dalam roti ini membantu memastikan tahap tenaga yang stabil sepanjang hari.
Manakala lemak dari mentega membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak yang penting untuk kesihatan keseluruhan.
Sebagai pengeluar, Sunshine Bakeries mengatakan pihaknya memahami keperluan rakyat Malaysia yang menghargai kemewahan rasa dan kemudahan.
Lalu terhasillah Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD untuk memenuhi kedua-dua keperluan ini.
Setiap keping roti dihiris lebih tebal, dengan rasa mentega yang enak dan tekstur yang lembut, membolehkan anda menikmatinya terus dari bungkusan tanpa perlu menambah apa-apa lagi.
Ini menjadikannya pilihan yang sempurna untuk lelaki yang sentiasa sibuk tetapi tetap ingin menikmati hidangan yang berkualiti dan mewah.
Dengan menggunakan ramuan premium dan berkualiti tinggi, roti ini bukan sahaja memenuhi keperluan tenaga anda, tetapi juga memberikan kepuasan rasa yang luar biasa dalam setiap suapan.
BACA: 10 Minyak Wangi Lelaki Paling Mendapat Pujian Dari Wanita
Jika anda sedang mencari alternatif yang hebat kepada nasi, yang tidak hanya memberikan tenaga tetapi juga memanjakan deria rasa anda roti mentega boleh menjadi pilihan yang ideal.
Kombinasi unik Shokupan Jepun dan Brioche Perancis dalam roti ini menjadikannya lebih daripada sekadar makanan. Ia adalah pengalaman mewah yang dapat dinikmati dalam setiap hari anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI