Tegangkan kulit selepas berat badan turun
Bagi anda yang bertubuh gemuk dan telah mengalami penurunan berat badan, pasti menyebabkan kulit menggeleber. Jangan panik!. Kulit anda akan perlahan-lahan kembali pada bentuk asal menjadi lebih fit. Memandangkan ia mengambil masa yang agak lama, berikut beberapa langkah perlu anda buat untuk menganjalkan kembali kulit dengan lebih cepat.
1-Jangan lakukan penurunan berat badan secara mendadak. Sasarkan untuk hilangkan lemak hanya 1 hingga 2 pounds seminggu. Lakukan juga weight lifting supaya otot tidak turun hilang atau turun.
2-Kekal hidrat. Air merupakan komponen penting untuk mengekalkan keanjalan kulit. Anda perlu mengambil air sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Boleh diperoleh daripada makanan mahu pun minuman.
3-Dua kandungan penting untuk mengekalkan kulit menjadi anjal adalah kolegen dan elastin. Kedua-dua kandungan ini terdapat banyak di dalam makanan berprotein seperti keju, susu, tofu, kekacang, ikan dan apa sahaja makanan yang mengandungi komponen.
4-Jaga kulit anda dengan menggunakan produk sesuai untuk kulit. Mandi dengan air panas bersama garam laut dan mineral akan meningkatkan ton kulit. Produk menganjalkan kulit yang mengandungi formula herba dapat kekalkan kulit hidrat dan tingkatkan formasi kolegen serta elastin dalam kulit.
Kaitan gen dan berat badan anda
Adakah anda pernah berfikir mengapa sesetengah orang begitu menjadi dan berkesan melakukan program diet serta senaman menurunkan berat badan. Sementara yang lain gagal walaupun melakukan program yang sama. Anda perlu ingat bahawa setiap orang mempunyai jenis tubuh unik dan bentuk tersendiri yang akan bertindak balas secara berbeza dengan program senaman atau nutrisi.
Satu kajian melaporkan bahawa bagaimana cara gen anda berekspresi (atau juga dikenali sebagai epigenetics) akan mengandaikan sama ada diet atau rejim senaman tertentu akan berkesan pada tubuh anda atau tidak. Ia sesuatu yang menarik kerana pada masa depan, ujian air liur mungkin boleh menyatakan apa jenis program turunkan berat atau tingkatkan otot bersesuaian dengan anda.
Adakah perlu ambil testosteron untuk kekal fit?
Testosteron bukan hanya sesuatu yang diambil oleh kebanyakan pemain bola sepak, ahli bina badan atau ahli sukan lain untuk meningkatkan prestasi mereka, lelaki yang rendah testosteron boleh mengalami masalah berat badan, rendah motivasi untuk bersenam, fungsi seksual semakin merudum malah ada kaitannya dengan diabetes jenis 2 dan kawalan gula dalam darah yang lemah.
Jadi, adakah testosteron baik untuk kekalkan tubuh sihat? Ya, ia baik untuk tubuh kekal sihat dan cergas, namun perlu mengambil dalam kadar yang betul serta testosteron yang dibenarkan. Selain meningkatkan sel otot, ia juga baik bagi membuatkan anda bertenaga dan aktif, meningkatkan libido, meningkatkan fokus mental dan juga menstabilkan emosi.