Automotif

Tayar Kereta Tersangkut Dalam Lumpur. Ini Tip Dan Teknik Kena Lakukan!

Share

Tayar kereta tersangkut atau tersekat dalam lumpur sering kali terjadi, terutama ketika anda memandu di jalan dan kawasan yang  berlumpur selepas hujan.

Bagi yang tidak berpengalaman, keadaan ini boleh mencetuskan panik. Namun, jangan risau! Terdapat beberapa teknik mudah yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini tanpa memerlukan bantuan yang besar. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ambil!

kereta tersangkut dalam lumpur.

Jika kereta tersangkut dalam lumpur

Kebiasaanya bila dah perasan tayar kereta tersangkut atau masuk dalam kawasan berlumpur kita akan terus tekan minyak dan pandu ke depan.

Lumpur

Cara ini salah ya. Jika dilakukan banyak kali ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Tayar mungkin akan tenggelam lebih dalam dan menyukarkan lagi untuk keluar.

Jadi apa yang perlu dilakukan. Menurut James Alatin bila tayar kereta termasuk dalam lumpur begini apa yang perlu dilakukan adalah bertenang.

Cara Betul Reverse Ketika Tayar Kereta Tersangkut Dalam Lumpur

Cara betul untuk mengeluarkan tayar kereta dari lumpur ini adalah dengan menukar gear reverse dan tekan minyak secara perlahan-lahan. Cara ini barulah senang nak keluar.

@james_alatin Kereta Tersangkut Dalam Lumpur#james_alatin #Alatin #carmalaysia #cermingelap #windowfilm #tinted #tahukahanda #tiktokmalaysia #education #fypシ ♬ original sound James_Alatin

Boleh guna kayu atau batu juga

Lagi satu cara yang boleh digunakan jika, cara di atas tidak berjaya adalah dengan menggunakan kayu atau batu untuk membantu meningkatkan cengkaman. Caranya dengan meletakkan kayu atau batu tadi pada tayar sebagai landasan.

Semoga bermanfaat.

BACA LAGI : Tukar Warna Kereta, Ini Cara Kemaskini Maklumat Di JPJ. Sangat Mudah!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Sumber: James Alatin

Published by
Nana