Cukup menyayat hati apabila melihat foto serta video perkongsian di laman media sosial tentang bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Lembah Klang.
Selain kehilangan nyawa, ramai penduduk yang di kawasan terjejas turut mengalami kerugian berpuluh ribu ringgit apabIla rumah dan kenderaan mereka ditenggelami banjir.
Foto-foto menampilkan deretan kenderaan yang tenggelam sahaja sudah cukup membayangkan kesukaran yang bakal mereka hadapi walaupun selepas banjir surut nanti.
Sebagai jenama automotif yang sentiasa peka dengan keadaan semasa BMW Group Malayia telah mengumumkan inisiatif yang cukup baik buat pengguna kenderaan mereka yang terjejas.
Ads
Pengeluar kenderaan premium berkomitmen untuk memberi sokongan kepada para pelanggan BMW, MINI dan BMW Motorrad ketika detik yang mencabar ini.
BMW Group Malaysia hari ini telah mengumumkan penurunan kos sebanyak 20% bagi pembaikan komponen jentera pemilik BMW, MINI dan BMW Motorrad yang terkesan dengan bencana banjir yang terjadi baru-baru ini.
Pusat pengedaran bertauliah juga akan menawarkan rebat bernilai RM300 bagi kos tunda buat para pemilik yang terjejas.
Ads
Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Susulan kes banjir yang dilaporkan di beberapa negeri di dalam negara, kami kekal komited untuk memudahkan pengalaman pemilikan para pelanggan kami, termasuk ketika detik yang mencabar ini.
Ads
“Oleh itu, BMW Group Malaysia dan jaringan wakil pengedar kami bersedia untuk menawarkan pelanggan kami sokongan yang mereka perlukan melibatkan kenderaan mereka.”
Para pemilik digalakkan untuk menghubungi pusat pengedaran bertauliah pilihan masing-masing atau menghubungi BMW Roadside Assistance untuk maklumat lanjut.
Sebagai alternatif, mereka juga boleh menghubungi Pusat Interaksi Pelanggan (Customer Interaction Centre) di talian 1 800 88 3000. Penurunan kos dan rebat ini sah sehingga 31 Januari 2022.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Putus cinta bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi bagi lelaki yang sering memendam perasaan.
Berbanding wanita yang cenderung meluahkan emosi kepada rakan atau keluarga, ramai lelaki memilih untuk berdiam diri dan berlagak seperti semuanya baik-baik saja.
Namun, kesedihan yang dipendam terlalu lama boleh memberi kesan kepada mental dan emosi.
Hentikan Semua Bentuk ‘Stalking’
Salah satu kesilapan terbesar selepas putus cinta ialah masih mengikuti perkembangan bekas pasangan di media sosial.
Melihat gambar, status atau aktiviti mereka hanya akan membuatkan anda lebih sukar untuk melupakan dan terus terperangkap dalam emosi sedih.
Jika perlu, jangan ragu-ragu untuk unfollow, mute atau block akaun mereka bukan kerana membenci, tetapi demi menjaga kestabilan emosi anda sendiri.
Tukar Playlist Anda
Muzik memainkan peranan besar dalam mengawal emosi seseorang.
Jika anda terus mendengar lagu-lagu sedih yang mengingatkan kepada bekas pasangan, perasaan kecewa itu akan semakin mendalam.
Otak manusia menyimpan ‘memori emosi’ yang berkait rapat dengan muzik, dan setiap bait lirik yang menyentuh hati boleh membawa anda kembali kepada kenangan lama.
Jika muzik masih terlalu menyentuh perasaan, cuba beralih kepada podcast atau audiobook yang memberi inspirasi dan motivasi untuk anda meneruskan kehidupan.
Sibukkan Diri Dengan Aktiviti Baru
Lelaki biasanya lebih mudah move on apabila mereka sibuk dengan perkara lain.
Jika anda hanya duduk termenung dan mengenang masa lalu, luka itu akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh.
Cari hobi baru atau kembalikan minat lama yang pernah anda tinggalkan.
Contohnya, sertai kelas sukan, pelajari alat muzik atau habiskan masa dengan aktiviti luar seperti hiking dan berkhemah.
Foto : Kompas Lifestyle
Keluar Dan Bersosial
Jangan biarkan diri anda terperangkap dalam kesunyian selepas putus cinta.
Walaupun bersendirian boleh memberikan ruang untuk refleksi diri, tetapi terlalu lama mengasingkan diri boleh menyebabkan kesedihan menjadi lebih mendalam.
Sebaliknya, luangkan masa dengan rakan-rakan dan keluarga yang sentiasa menyokong anda.
BELUM LAGI BERKAHWIN ATAU BERTUNANG TAPI HIDUP BAGAIKAN DI DALAM PENJARA DIKAWAL SETIAP MASA. JIKA KELUAR DENGAN EMAK ATAU ADIK-BERADIK JUGA PERLU DIBERITAHU KEPADANYA.
MEMANG SATU MASALAH BESAR JUGA KALAU SECARA TIBA-TIBA TELEFON KEHABISAN BATERI ATAU TERTINGGAL DI RUMAH. BILA PULANG KE RUMAH DAN MENELITI TELEFON BIMBIT, HAMPIR 100 PANGGILAN MASUK TERPAMPANG. PEREMPUAN HARUS MENYEDARI BAHAWA TIDAK SEMUA LELAKI MAHU DIKAWAL. MEREKA PUNYA KEINGINAN SENDIRI UNTUK MELUANGKAN MASA BERSAMA TEMAN LAIN DENGAN AKTIVITI TERTENTU, BUKANNYA MENGHABISKAN MASA YANG ADA DENGAN SI ‘QUEEN CONTROL’ SAJA.
5 perkara lelaki ingin di sisi wanita
Terima seadanya. Perkara yang paling penting adalah anda mengetahui mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki menjadi orang lain. Jika seseorang perempuan itu mengubah personaliti teman lelaki, berkemungkinan lelaki itu tidak menyukai perempuan itu. Terima lelaki seadanya seperti mereka sudi menerima anda.
Memahami sikap lelaki. Cuba memahami sikap dan tingkah laku lelaki. Kemudian menyesuaikan sikap itu dengan diri anda. Adalah lebih baik cuba mengubahnya dengan sesuatu yang tidak sesuai dengan diri anda. Asalkan tidak bertentangan dengan agama dan budaya.
Cuba memujuk. Siapalah anda untuk mengubah seseorang itu melainkan dengan kerelaan hatinya sendiri tanpa ada sebarang paksaan dan desakan daripada orang lain. Cuba dulu pada diri sendiri dengan berubah ke arah yang lebih baik lalu mengajaknya pula untuk memperbaiki diri. Saling mempercayai. Jika anda tidak mempercayai lelaki, jangan harap lelaki akan mempercayai diri anda. Untuk membuatkan diri tidak dipercayai bukannya payah dan untuk membuatkan orang percaya kepada anda bukan mudah.
Jangan merendahkan martabat lelaki. Apabila berkahwin, lelaki adalah ketua dalam rumah tangga. Maka perempuan jangan sesekali mengecilkan hati seorang lelaki dan membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Kemudian membuatkan lelaki berdiam diri dan tertekan dengan sikap anda itu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
ORANG KATA MAKAN NASI PUTIH NI BOLEH MEMBUATKAN KITA MENDAPAT PENYAKIT KENCING MANIS ATAUPUN DIABETIS. ADA JUGA YANG CAKAP, MAKAN NASI BOLEH BUAT KITA CEPAT GEMUK. BETUL KE?
Jawapannya Ya betul! tetapi hanya jika diambil dengan kuantiti yang berlebihan sahaja. Sebenarnya, jika diambil dengan cara yang betul dan sihat ianya sangat bermanfaat kepada kesihatan kita tau.
MAKLUMLAH KITA ORANG MALAYSIA KAN MEMANG TAK BOLEH LARI DENGAN NASI. PALING KURANG BOLEH TAHAN 3 HARI JE LEPAS TU MENGAMUK CARI NASI. OKAY DAH JANGAN RISAU, JOM CHECK IT OUT APA KOMBINASI TERBAIK ANTARA NASI PUTIH DENGAN BAHAN LAIN YANG SANGAT BERMANFAAT UNTUK KESIHATAN.
Minyak Kelapa
Kanji yang terkandung dalam nasi putih itu lah yang akan berubah menjadi gula dalam badan kita sekali gus boleh menyebabkan penyakit diabetes. Oleh itu, campurkan satu atau dua sudu minyak kelapa sebelum menanak nasi. Dengan cara ini kanji yang terdapat dalam beras tersebut akan dineutralkan.
Stok Ayam/Sayuran Asli
Dengan menambahkan stok ayam atau sayuran asli dalam beras bukan sahaja boleh menambah rasa pada nasi, ia juga akan memberikan zat yang baik pada anda.
Halia
Masak nasi bersama hirisan halia sangat baik untuk kesihatan jantung. Campurkan juga satu atau dua sudu minyak kelapa ke dalam beras sebelum menanak nasi tadi. Ternyata nasi akan menjadi lebih wangi, sedap dan juga berkhasiat.
Antioksidan
Buah-buahan yang mengandungi antioksidan seperti sayuran, cendawan dan juga bawang putih juga boleh dicampurkan ke dalam nasi. Ramai yang tidak tahu bahawa kombinasi antara nasi dengan bawang putih akan membuatkan ia bertambah sedap malah menyihatkan juga.
INI PULA BEBERAPA JENIS MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN KITA GEMUK!
Nasi Lemak
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang-kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa-rasa menggemukkan tak?
Roti Canai
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? BAYANGKAN KALAU BERLARI DI TREADMILL ATAU JOGGING, KENALAH BERLARI DALAM 90MIN BARULAH BAKAR 600 KALORI.
Nasi Goreng
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.
Ais krim
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori.
Burger
Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang-kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?
Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.
Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng menggunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)
Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
http://utaranews.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.