Luar Negara

Taufik Batisah Laung Azan Bantu Hidupkan “Geng Subuh Macam Jumaat” Di Singapura

Share

Bukan sahaja di dalam negara, fenomena kempen solat subuh berjemaah di masjid yang dicetuskan selebriti Alif Satar turut menular ke luar negara.

Kempen Geng Subuh Macam Jumaat itu turut disambut baik oleh Singapura selaku negara jiran menerusi usaha sebuah syarikat yang dikenali sebagai Al Fajr.

Menerusi perkongsian video di laman Instagram Don Jany, seorang pempengaruh Singapura, ribuan anak muda negara itu membanjiri program itu yang julung kali dianjurkan di Masjid Mujahidin, Singapura.

Malah, selebriti terkenal negara itu, Taufik Batisah turut hadir bersama-sama mengimarahkan program itu.

Penyanyi yang dikenali dengan lagu “Awak Kat Mana” itu dilihat turut melaungkan azan subuh di masjid berkenaan, sekaligus menarik perhatian warga maya.

Warga maya kagum dengan kemerduan suara Taufik melaungkan azan di video yang telah pun meraih lebih 578,000 tontonan dan lebih 39,000 tanda suka di laman Instagram.

“Jom Buat Lagi” – Taufik Batisah

Foto: Tangkap layar komen Alif Satar dan Taufik Batisah di perkongsian video Don Jany.

Menjengah ke ruangan komen, Taufik meninggalkan komen menyeru agar program itu dijalankan lagi, malah Alif Satar selaku pencetus fenomena itu turut meninggalkan satu komen memaklumkan akan menyertai Geng Subuh Macam Jumaat di negara tersebut kelak.

Published by
Ruszaini Ruslan