Cabaran laman media sosial kini sudah menjadi trend yang sudah sebati dan sentiasa kita lihat berlegar di susur garis masa.
Ada sahaja idea baharu yang diperkenalkan bagi menonjolkan kreativiti sama ada tarian, nyanyian atau sketsa drama yang rata-rata cukup digemari.
Terbaru muncul pula #LathiChallenge yang berupa sebuah cabaran berbentuk tarian dan juga solekan yang unik. Namun seperti biasa setiap kali trend cabaran laman media sosial ini timbul pasti akan ada reaksi daripada warganet.
Salah seorang yang memberi komen tentang cabaran ini ialah Da’i Wan Dazrin yang memohon warganet menghentikan daripada melakukan cabaran ini kerana menanggap ia bahaya dianggap sebagai hiburan.
Komen tersebut dimuat naik menerusi laman Twitter kendaliannya.
Menurut Dazrin , cabaran tarian seperti itu sangat menakutkan kerana katanya ia mempunyai unsur syirik dan khurafat yang wujud dalam budaya Jawa.
“Hentikan ‘#LathiChallenge‘ sekarang juga.
“Sesungguhnya tarian2 yg kalian lakukan itu sgt merbahaya utk dijadikan hiburan. Ketahuilah kalian tarian itu wujud dari sesetengah budaya Jawa yg syirik & khurafat. Seperti memanggil Kuntilanak serta Roh Kuda Kepang.
Tolong hentikannya!”
Jelasnya lagi, dia risau kerana hiburan seperti ini boleh mengancam jati diri seorang Muslim dengan bahayanya syirik dan khurafat yang wujud darikepercayaan tradisi sesetengah budaya Jawa yang kuat kepercayaan kepada bomoh dan ilmu hitam.
“Apa2 shj hiburan yg melalaikan kita, yg blh mmpengaruhi perasaan & diri kita. Ulama’ menghukumkan ‘Makruh’.
Makruh itu tanda perbuatan tersebut patut dielakkan.”
Ternyata cabaran ini cukup kontroversi. Sebelum ini PU Syed Bakri juga menegur sikap segelintir warganet yang masih melakukan Lathi Challenge.