Percaya atau tidak seorang lelaki atau wanita berkerjaya dalam bidang profesional atau separa profesional sebahagian besarnya menggunkan komputer riba atau laptop. Pergerakan yang lebih mobil menjadikan laptop kini menjadi peranti yang cukup penting dalam kelancaran urusan kerja.
Dan untuk memudahkan mereka membawa komputer riba pastinya juga memerlukan backpack atau beg galas yang baik. Dalam pemilihan backpack pastinya beberapa faktor penting perlu diberi perhatian. Jenama pengeluar beg terkenal, Targus memperkenalkan satu rekaan backpack yang cukup menarik.
Targus Newport Ultra Slim Backpack merupakan salah satu daripada koleksi terbaru Newport diperkenalkan oleh Targus untuk pasaran. Menariknya, setiap rekaan yang ditonjokan mendapat inspirasi dari ciri gaya dan fungsi sempurna. Sebanyak enam jenis beg diserlahkan seperti beg galas, sleeves dan tote – termasuklah Newport Ultra Slim Backpack ini.
Jelas Targus, tidak berkompromi dari aspek kualitinya. Koleksi ini menampilkan penggunakan material yang baik iaitu dari segi pemilihan fabrik nilon kalis air dan tenunan material kulit yang berkualiti tinggi. Ini menyerlahkan lagi penampilan koleksi ini dan bukan sahaja tampak elegan dari aspek rupanya tetapi juga tahan lasak dan mudah dijaga.
MASKULIN bertuah kerana diberi kesempatan untuk memcuba sendiri menggunakan beg diberi nama Targus Newport Ultra Slim Backpack. Jadi apakah kesitimewaan yang dibawa oleh backpack dari Targus telah kami dapati? Anda boeh ikuti sedikit review kami dengan lebih terperinci di bawah.
Mungkin bagi sesetengah orang lagi besar itu lebih baik. Namun sebenarnya ia tidak seharusnya seperti itu sepanjang masa.
Kebanyakan peranti seperti komputer riba kini pula direka dalam bentuk yang kompak dan slim. Sesuai dengan itu, Newport Ultra Slim hadir dengan saiz yang sangat sesuai untuk komputer riba bersaiz 15 inci ke bawah.
Malah bagi pengguna Macbook Pro 16″ juga tidak perlu risau kerana saiznya memang cukup sesuai. Dengan saiznya yang slim dan tidak terlalu besar, kita dapat membawa beg ini dengan mudah serta tidak terlalu membebankan.
Buat seorang yang sentiasa bergerak dalam kerja seharian, penulis merasakan saiz beg ini sangat menepati kehendak serta cukup selesa digunakan sepanjang hari.
Apa gunanya kalau beg bersaiz besar tetapi tidak mempunyai compartment atau ruang simpanan yang sedikit. Oleh sebab itu jangan terpedaya dengan saiz Newport Ultra Slim yang nampak kompak.
Selain komputrer riba antara peranti atau peralatan eksktronik yang kita biasa bawa bersama ialah tetikus, power bank dan juga earphone. Setiap satunya boleh disimpan dengan baik di alam backpak ini dengan poket di dalam serta diluar beg.
Pada bahagian hadapan terdapat ruang simpanan yang cukup besar berzip terletak di bawah logo ‘Targus’. Ini ruangan yang cukup besar bagi simpanan pelbagai jenis barang serta dokumen.
Di bahagian belakang yang terletak di pinggang ketika beg di galas pula terdapat satu ruangan simpanan yang bersaiz sederhana atau poket panel sesuai untuk menyimpan dompet atau pun telefon pintar. Malah ia cukup mudah dicapaioleh tangan ketika beg ini digalas.
Manakala pada bahagian dalamnya pula terdapat ruang khas komputer riba, ruangan simpanan berzip, dua poket bersaiz kecil yang sesuai untuk diletakkan kad dan juga dua ruang meletak pen. Kesemua ruangan simpan dan poket ini direka letak dengan penggunaan yang cukup optimum.
Jadi tiada istilah tidak cukup ruang untuk meletakkan peranti serta barangan yang perlu anda bawa.
Di antara ciri-ciri unik yang terdapat pada Newport Ultra Slim Backpak ini ialah talinya yang bersifat mudah alih. Jika dilihat pada bahagian belakang beg, talinya terletak di dalam ruang yang mampu menyembunyikan atau menyimpannya ketika tidak digunakan.
Malah ruang simpanan tali beg ini juga terdapat magnet yang berfungsi untuk mengelakkannya daripada terbuka. Dan jika ingin menggunakan tali untuk digalas, hanya bawanya keluar dan sambungkan ke bahagian penyangkut di bahagian bawah.
Talinya juga diperbuat daripada material yang sangat tahan lasak. Manakala pemegang begnya pula mempuyai karakteristik yang selesa dan juga tahan lasak.
Tinggal di sebuah negara bercuaca tropika yang sering hujan seperti di Malaysia menuntut kita menggunakan beg yang mempunyai ciri-ciri kalis air. Seperti kebanyakan beg berkualiti tinggi yang lain di pasaran Newport Ultra Slim Backpack juga dilengkapi dengan fabrik kalis air.
Hadir dengan fabrik nilon yang nipis tetapi berkualiti tinggi menjadikan ia sebagai beg galas yang paling simpanan komputer riba khususnya buat penulis yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Menurut Targus, fabrik nilon kalis air yang digunakan untuk beg galas ini dihasilkan dari proses tenunan material kulit berkualiti tinggi.
Ia kini boleh dapati di pasaran dengan dua varian warna iaitu hitam dan tan. Pada setiap bahagian zip pula ia itampilkan dengan perincian metalik yang nampak lebih premium serta berkualiti.
Newport Ultra Slim Backpack kini boleh didapati di pasaran pada harga RM499. Secara keseluruhan MASKULIN mendapati beg galas ini yang hadir dengan saiz kompak tidak mengecewakan. Dengan ruang simpanannya yang banyak serta strategik serta pametial fabrik berkualiti tinggi, ini merupakan antara beg galas terbaik di pasaran buat masa sekarang.
Selain itu, Targus turut memperkenalkan beberapa jenis beg menerusi koleksi ini seperti Newport Backpack, Newport Convertible Tote/Backpack, Newport Crossbody Pouch, Newport North-South Tote dan Newport Sleeve.
Kesemua koleksi ini boleh didapati di platform outlet sepert Harvey Norman, AEON. Isetan, SOGO dan Parkson Store. Manaka untuk secara di atas talian pula menerusi platform Shopee, Lazada, Bluelogic dan Zalora.
Untuk maklumat lanjut tentang backpack ini anda boleh ikutinya di sini.
Rating MASKULIN: 4/5