Percaya atau tidak seorang lelaki atau wanita berkerjaya dalam bidang profesional atau separa profesional sebahagian besarnya menggunkan komputer riba atau laptop. Pergerakan yang lebih mobil menjadikan laptop kini menjadi peranti yang cukup penting dalam kelancaran urusan kerja.
Dan untuk memudahkan mereka membawa komputer riba pastinya juga memerlukan backpack atau beg galas yang baik. Dalam pemilihan backpack pastinya beberapa faktor penting perlu diberi perhatian. Jenama pengeluar beg terkenal, Targus memperkenalkan satu rekaan backpack yang cukup menarik.
Targus Newport Ultra Slim Backpack merupakan salah satu daripada koleksi terbaru Newport diperkenalkan oleh Targus untuk pasaran. Menariknya, setiap rekaan yang ditonjokan mendapat inspirasi dari ciri gaya dan fungsi sempurna. Sebanyak enam jenis beg diserlahkan seperti beg galas, sleeves dan tote – termasuklah Newport Ultra Slim Backpack ini.
Jelas Targus, tidak berkompromi dari aspek kualitinya. Koleksi ini menampilkan penggunakan material yang baik iaitu dari segi pemilihan fabrik nilon kalis air dan tenunan material kulit yang berkualiti tinggi. Ini menyerlahkan lagi penampilan koleksi ini dan bukan sahaja tampak elegan dari aspek rupanya tetapi juga tahan lasak dan mudah dijaga.
MASKULIN bertuah kerana diberi kesempatan untuk memcuba sendiri menggunakan beg diberi nama Targus Newport Ultra Slim Backpack. Jadi apakah kesitimewaan yang dibawa oleh backpack dari Targus telah kami dapati? Anda boeh ikuti sedikit review kami dengan lebih terperinci di bawah.
SLIM TAPI MEMUASKAN
Mungkin bagi sesetengah orang lagi besar itu lebih baik. Namun sebenarnya ia tidak seharusnya seperti itu sepanjang masa.
Kebanyakan peranti seperti komputer riba kini pula direka dalam bentuk yang kompak dan slim. Sesuai dengan itu, Newport Ultra Slim hadir dengan saiz yang sangat sesuai untuk komputer riba bersaiz 15 inci ke bawah.
Malah bagi pengguna Macbook Pro 16″ juga tidak perlu risau kerana saiznya memang cukup sesuai. Dengan saiznya yang slim dan tidak terlalu besar, kita dapat membawa beg ini dengan mudah serta tidak terlalu membebankan.
Buat seorang yang sentiasa bergerak dalam kerja seharian, penulis merasakan saiz beg ini sangat menepati kehendak serta cukup selesa digunakan sepanjang hari.
Ads
RUANG SIMPANAN YANG BANYAK
Apa gunanya kalau beg bersaiz besar tetapi tidak mempunyai compartment atau ruang simpanan yang sedikit. Oleh sebab itu jangan terpedaya dengan saiz Newport Ultra Slim yang nampak kompak.
Selain komputrer riba antara peranti atau peralatan eksktronik yang kita biasa bawa bersama ialah tetikus, power bank dan juga earphone. Setiap satunya boleh disimpan dengan baik di alam backpak ini dengan poket di dalam serta diluar beg.
Pada bahagian hadapan terdapat ruang simpanan yang cukup besar berzip terletak di bawah logo ‘Targus’. Ini ruangan yang cukup besar bagi simpanan pelbagai jenis barang serta dokumen.
Di bahagian belakang yang terletak di pinggang ketika beg di galas pula terdapat satu ruangan simpanan yang bersaiz sederhana atau poket panel sesuai untuk menyimpan dompet atau pun telefon pintar. Malah ia cukup mudah dicapaioleh tangan ketika beg ini digalas.
Manakala pada bahagian dalamnya pula terdapat ruang khas komputer riba, ruangan simpanan berzip, dua poket bersaiz kecil yang sesuai untuk diletakkan kad dan juga dua ruang meletak pen. Kesemua ruangan simpan dan poket ini direka letak dengan penggunaan yang cukup optimum.
Ads
Jadi tiada istilah tidak cukup ruang untuk meletakkan peranti serta barangan yang perlu anda bawa.
TALI BEG MUDAH ALIH
Di antara ciri-ciri unik yang terdapat pada Newport Ultra Slim Backpak ini ialah talinya yang bersifat mudah alih. Jika dilihat pada bahagian belakang beg, talinya terletak di dalam ruang yang mampu menyembunyikan atau menyimpannya ketika tidak digunakan.
Malah ruang simpanan tali beg ini juga terdapat magnet yang berfungsi untuk mengelakkannya daripada terbuka. Dan jika ingin menggunakan tali untuk digalas, hanya bawanya keluar dan sambungkan ke bahagian penyangkut di bahagian bawah.
Talinya juga diperbuat daripada material yang sangat tahan lasak. Manakala pemegang begnya pula mempuyai karakteristik yang selesa dan juga tahan lasak.
Ads
FABRIK KALIS AIR
Tinggal di sebuah negara bercuaca tropika yang sering hujan seperti di Malaysia menuntut kita menggunakan beg yang mempunyai ciri-ciri kalis air. Seperti kebanyakan beg berkualiti tinggi yang lain di pasaran Newport Ultra Slim Backpack juga dilengkapi dengan fabrik kalis air.
Hadir dengan fabrik nilon yang nipis tetapi berkualiti tinggi menjadikan ia sebagai beg galas yang paling simpanan komputer riba khususnya buat penulis yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Menurut Targus, fabrik nilon kalis air yang digunakan untuk beg galas ini dihasilkan dari proses tenunan material kulit berkualiti tinggi.
Ia kini boleh dapati di pasaran dengan dua varian warna iaitu hitam dan tan. Pada setiap bahagian zip pula ia itampilkan dengan perincian metalik yang nampak lebih premium serta berkualiti.
Newport Ultra Slim Backpack kini boleh didapati di pasaran pada harga RM499. Secara keseluruhan MASKULIN mendapati beg galas ini yang hadir dengan saiz kompak tidak mengecewakan. Dengan ruang simpanannya yang banyak serta strategik serta pametial fabrik berkualiti tinggi, ini merupakan antara beg galas terbaik di pasaran buat masa sekarang.
Selain itu, Targus turut memperkenalkan beberapa jenis beg menerusi koleksi ini seperti Newport Backpack, Newport Convertible Tote/Backpack, Newport Crossbody Pouch, Newport North-South Tote dan Newport Sleeve.
Kesemua koleksi ini boleh didapati di platform outlet sepert Harvey Norman, AEON. Isetan, SOGO dan Parkson Store. Manaka untuk secara di atas talian pula menerusi platform Shopee, Lazada, Bluelogic dan Zalora.
Untuk maklumat lanjut tentang backpack ini anda boleh ikutinya di sini.
Rating MASKULIN: 4/5
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nak glamor tidak akan berlaku secara mendadak. Para selebriti ini seringkali bergelut dengan tidur (dan dalam sesetengah kes insomnia) sama seperti anda. Insomnia merupakan salah satu penyakit yang boleh menjejaskan semua orang dan sesiapa sahaja. Insomnia mempunyai definisi ringkas iaitu mengalami kesulitan tidur atau tak boleh tidur pada waktu malam. Ini boleh menjadi masalah sementara, jangka pendek yang disebabkan oleh tekanan atau pengalaman traumatik. Insomnia boleh menjadi kronik, dimana anda mempunyai masalah tidur sekurang-kurangnya tiga malam dalam masa seminggu dalam tempoh tiga bulan.
Faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada insomnia adalah kita semua mungkin menghadapi pada satu ketika dalam kehidupan kita iaitu kemurungan, kegelisahan, melalui peristiwa yang menjejaskan emosi seperti perceraian atau kematian pasangan, atau mempunyai keadaan perubatan tertentu (seperti yang menyebabkan sakit kronik, seperti arthritis, atau yang menyebabkan masalah pernafasan, seperti asma). Menopaus atau masalah gastrousus, seperti pedih ulu hati, dan perkara-perkara yang seumpama yang boleh menyumbang kepada Insomnia. Ini termasuk perjalanan jarak jauh yang bermain dengan perubahan masa yang berlainan boleh mendatangkan kesukaran untuk tidur juga.
Sekiranya anda mempunyai masalah tidur, penting untuk mendapatkan bantuan secepat mungkin. Masalah tidur yang tidak diselesaikan boleh cenderung menjadi semakin teruk dan semakin sukar untuk dirawat. Anda tak perlu risau, bukan anda saja yang hidap penyakit susah tidur ini, ramai lagi orang yang bergelut dengan tidur seperti anda, termasuk selebriti yang kini turut membantu meningkatkan kesedaran tentang bagaimana sakitnya apabila tidak dapat tidur,dan betapa pentingnya untuk anda mendapatkan rawatan jika ia sudah kronik.
1. George Clooney
Dalam temu bual dengan The Hollywood Reporter pada tahun 2012, pelakon, pengarah dan penerbit George Clooney mendedahkan bahawa dia secara rutin mempunyai “masa yang sukar untuk tidur,” dan dia bangun sebanyak lima kali setiap malam. Dalam wawancara lain pada tahun 2017, yang diterbitkan tiga bulan selepas kelahiran anak kembarnya, Clooney berkongsi bahawa dia telah menyelesaikan masalahnya yang terdahulu dengan insomnia, tetapi datang kembali setelah menjadi ayah kepada pasangan kembar itu.
Seperti mana-mana ibu bapa kanak-kanak kecil yang tahu semuanya dengan baik, tugas-tugas seperti banyak penyusuan dan perubahan lampin pada waktu malam boleh menyebabkan sukar tidur pada waktu malam, dan dengan anak-anak kembar, Clooney dan isterinya, Amal Clooney, sudah pasti tidak cukup rehat yang mereka perlukan, menurutnya kepada The Hollywood Reporter.
2. Mariah Carey
Penyanyi dan juga penulis lagu, Mariah Carey telah bercakap mengenai masalah untuk tidur selama bertahun-tahun. Dalam wawancara dengan The Guardian pada 16 November 2002, Carey telah membincangkan mengenai masalah baru-baru ini, katanya, dengan terlalu banyak bekerja.
“Puncanya kerana saya sangat letih, “kata Carey. “Saya selalu mengalami masalah dengan insomnia. Jika saya tidur, saya akan terlebih tidur berjam-jam lamanya, terutama ketika saya sedang melakukan wawancara, dan apabila saya akhirnya berehat dan tidur saya akan terbangun kerana kerja pada sistem masa yang berbeza. Bangun-bangun saja sudah berada di Australia, dan kemudian mereka berkata ‘Oh, anda akan ada beberapa wawancara dengan media dan ia tidak membolehkan anda untuk tidur dengan aman.
Baru-baru ini, Carey mendedahkan bahawa dia telah didiagnosis dengan gangguan bipolar pada tahun 2001, yang mungkin menjadi sebab utama masalah tidurnya yang terdahulu. Dia ada menyebut dalam temubual bahawa dia sudah mendapatkan rawatan yang mengurangkan dirinya rasa letih atau lesu,dan kesihatannya semakin pilih.
3. Renée Zellweger
Jetleg ke serata dunia untuk penggambaran dan tayangan perdana mungkin kedengaran glamor. Tetapi perjalanan berterusan tanpa rehat dengan mempromosikan filem (zon waktu yang sentiasa beralih dan tidur di tempat-tempat yang tidak dikenali) sebenarnya boleh menjadi resipi untuk insomnia. Pada tahun 2005, pelakon Renée Zellweger berkongsi dengan majalah W bahawa kerana jadual sibuknya, dia sering tidak mempunyai masa untuk tidur.
Mengimbas kembali lawatan promosi filem selama 10 hari untuk Bridget Jones: The Edge of Reason yang mengembara ke 10 negara, Zellweger memberitahu W, Tubuhnya tidak boleh proses dengan betul bahawa dia sepatutnya makan pada waktu tertentu, atau masa untuk tidur
4. Jennifer Aniston
Dalam wawancara 2016 dengan HuffPost, pelakon Jennifer Aniston bercakap tentang pertarungannya dengan insomnia dan rutin yang telah membantu memperbaiki tidurnya. Aniston menerangkan pengalaman insomnianya seperti mempunyai “jawatankuasa di kepala saya,” katanya. “Jika saya bangun pada pukul tiga pagi, saya hanya berfikir panjang dengan pelbagai masalah dan saya tidak boleh tidur semula.”
Aniston berkata beberapa perkara yang membantunya dengan insomnia termasuk tidur dengan telefon sekurang-kurangnya lima kaki jauhnya, melakukan meditasi dengan cepat sebelum tidur, dan melakukan beberapa stretches dan yoga. Beliau juga mengesyorkan mematikan peranti elektronik sejam sebelum mematikan lampu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu…Tanpa diduga seorang lelaki yang sering tak terurus dan kelihatan seperti orang gila dengan rambutnya yang panjang mengurai serta berpakaian seperti seorang gelandangan, akhirnya dapat berjalan di sebuah pentas peragaan ikonik Paris untuk jenama fesyen Balenciaga!
“Serabai, tak terurus dan kelihatan seperti orang gila”. Itu;lah tanggapan pertama porang ramai kala melihat penampilan lelaki yang sering berkeliaran di sekitar Tokyo ini.
Menurut sumber, semuanya bermula pada Mei lalu apabila lelaki Jepun yang dikenali dengan nama Plasma ini sedang bersiar-siar di Koenji.
Waktu itu, Plasma cuma mengenakan pakaian biasa -dengan rambut yang panjang serta gaya keningnya yang sudah diwarnakan dengan warna putih. Namun apa yang dia tidak tahu, hari itu sebenarnya dia akan disunting untuk menjadi seorang peragawati.
Tanpa diduga, beberapa orang krew global dari jenama Balenciaga sebenarnya ada disekitar Tokyo untuk mencari wajah-wajah baru bagi menggayakan koleksi-koleksi baharu mereka untuk sebuah pementasan fesyen di Paris dan akhirnya tuah menyebelahi Plasma, dia akhirnya ditemui bahkan gaya santai yang dibawakannya itu memikat ahli krew Balenciaga untuk mengenalinya lebih dekat lagi.
“Saya cuma berjalan di sekitar Koenji apabial tiba-tiba ada tiga orang warga asing mendekatinya, seterusnya mengatakan bahawa mereka datang dari Paris untuk menegelolakan uji bakat mewakili Balenciaga”, jelas Plasma menerusi posting di akaun Twitter.
“Mereka kemudian merakam foto saya dan meminta saya untuk menghantar alamat saya menerusi email… sejak itu saya tahu inilah saat yang paling hebat”, tambahnya.
Akhirnya selepas lima bulan menanti, Plasma berjaya megorak langkahnya di sebuah pertunjukan fesyen di Paris baru-baru ini.
Biarpun begitu, Plasma tidak sekalipun membangga diri bahkan turut berterima kasih kepada pihak Balenciaga kerana diberi peluang keemasan seumpamanya. Plasma juga gembira kerana gaji yang dibayar Balenciaga untuknya adalah lebih daripada cukup dan tersangat lumayan!
Terbaru peminat-peminat jam mewah tertarik dengan jam tangan yang dipakai oleh Ronaldo pada minggu lalu. Kemunculannya di 14th Dubai International Sport Conference berjaya dirakam lensa media antarabangsa.
Ronaldo dilihat memakai jam tangan Rolex GMT Master Ice. Bagi peminat jam Rolex siri ini sudah tidak asing lagi kerana ia merupakan antara jam termahal dihasilkan oleh jenama popular ini.
A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on Dec 27, 2019 at 10:24am PST
Jam tangan Rolex yang dipakai oleh Ronaldo dikatakan bernilai USD485,350 (RM1,989,935) dihiasi dengan emas putih 18-karat dan berlian 30 karat berlian.
Rolex GMT Master Ice yang dipakai oleh Ronaldo juga bahagian tali atau bracelet dilengkapi dengan berlian potongan eksklusif. Ia juga menggunakan kaliber 3186 yang menyaksikan ketahanan selama 48 jam penggunaan. Lebih menarik ia juga mempunyai ketahanan air sedalam 100 meter.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.