Tangani Masalah Kelemumur Bersepah Di Kepala Dengan 10 Syampu Terbaik Ini!

Share

Stesnya bila kelemumur bersepah di kepala. Paling memalukan bila anda menggaru kepala, ia jelas kelihatan bertaburan pada bahu.

Jika anda salah seorang yang berdepan dengan masalah kelemumur ini, pastikan anda tanganinya segera. Jangan biarkan kulit kepala anda tidak sihat. Bimbang jika dibiarkam boleh menyebabkan rambut anda gugur sedikit demi sedikit.

Pastikan anda pilih syampu yang terbaik untuk mengatasi masalah kelemumur dengan 10 pilihan yang tersenarai ini.

1. Dove Shampoo Dandruff Care

Selain melegakan kulit kepala yang gatal secara lembut, syampu ini juga dapat membersihkan serpihan dan melawan kelemumur dari basuhan yang pertama. Ia diformulasikan daripada zink pyrithione yang terbukti dapat menghilangkan kelemumur dan kegatalan pada kulit kepala serta membersihkan rambut dengan berkesan.

2. Safi Shayla Shampoo – Anti Dandruff

Selain lelaki, syampu ini juga sesuai digunakan untuk wanita bertudung. Bila rambut ditutup lama dan tiada pendedahan cahaya matahari boleh menyebabkan rambut menjadi busuk dan tidak sihat. Keadaan ini akan menyebabkan sebum dan peluh berlebihan pada kulit kepala sehingga menyebabkan kulit kepala gatal. Formulasi Habbatus Sauda yang dikenali sebagai ubat hebat sememangnya baik untuk kulit kepal, mengatasi rambut bermasalah, menanggalkan kepingan tanpa mengeringkan kulit kepala dan melembapkan rambut untuk lebih terurus.

3. L’Oreal Els Fall Resist Anti Dandruff Shampoo

Syampu ini menawarkan tiga formulasi iaitu rawatan penjagaan yang menyuburkan akar rambut dan folikel, memperkuatkan dan menggalakkan pertumbuhan rambut menjadi lebih tebal. Ia dirumuskan dengan arginine yang membantu menyuburkan rambut dari akar ke hujung. ZnPT pula bertindak untuk menyihatkan kulit kepala dari masalah kelemumur akibat kulit kepala yang tidak sihat.

4. Himalaya Anti-Dandruff Shampoo

Syampu anti-kelemumur ini menggunakan bahan semula jadi yang berkesan untuk merawat akar, penyebab masalah kelemumur. Ia berfungsi untuk mengurangkan serpihan, kegatalan, penurunan rambut dan mencegah kelemumur daripada muncul kembali.

5. Innisfree Green Tea Mint Fresh Shampoo

Syampu yang dengan bauan menyegarkan dan bebas silikon ini diformulasikan daripada jeju mint dan ekstrak teh hijau. Ia menggunakan tiga langkah untuk penjagaan rambut dan kulit kepala, Syampu ini berkesan untuk mengawal sebum kulit kepala yang berlebihan, membuang sisa dari rambut dan kulit kepala, menambahkan kelembapan pada rambut dan menyegarkan kulit kepala.

6. Bioaqua Natural Olive Essence Hair Care Silky Charming Hair Shampoo Anti Dandruff

Menggunakan minyak zaitun, syampu ini bermanfaat untuk melembutkan, melembapkan, menyuburkan rambut dan merawat kulit kepala yang berkelemumur. Anda dapat melihat hasil peningkatan yang lebih baik dalam 2-3 minggu. Rambut anda akan bebas daripada sel-sel kulit mati di kepala yang menyebabkan kelemumur.

7. VLCC Dandruff Control Shampoo

Syampu ini dirumuskan dengan gabungan unik rosemary dan pudina untuk mengurangkan kelemumur secara berkesan tanpa mengeluarkan kelembapan rambut. Minyak rosemary berfungsi sebagai anti-bakteria yang membantu melindungi jangkitan kulit kepala dan menghilangkang kelemumur. Manakala ekstrak daun pudina pula membantu melegakan kulit kepala.

8. GVC Anti-Dandruff Care Shampoo

Syampu penjagaan anti-kelemumur ini menggunakan pembersihan organik minyak habbatus sauda (Organik Minyak Benih Hitam) yang berfungsi untuk menyahtoksik rambut. Dengan campuran ekstrak maca root semula jadi dan vitamin B5, syampu ini berkesan untuk menghalang kemunculan semula kelemumur dan membantu menguatkan folikel. Menariknya, syampu ini bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, parabens, pewarna tambahan dan tidak diuji pada haiwan.

9. Pantene Pro-V Anti Dandruff Shampoo

Dengan cucian pertama sahaja syampu anti-kelemumur telah menunjukkan perbezaannya. Syampu ini dapat mengurangkan masalah kelemumur, tidak mengeringkan kulit kepala dan memberi sinaran pada warna rambut anda. Menggunakan formula pelembap, syampu ini mampu menyuburkan kulit kepala dan menjadikannya bersih serta sihat dengan penggunaan biasa.

10. Dalan d’Olive Anti-Dandruff Shampoo

Syampu ini menggunakan 100% sabun minyak zaitun. Ia juga diformulasikan daripada bahan yang kaya dengan aktif kompleks untuk membantu mencegah rambut gugur dan protein sutera pula menjadikan rambut lembut. Kesan anti-bakteria pada syampu ini dapat melawan mikroorganisma yang menjadi penyebab kelemumur sehingga kulit kepala jadi lebih sihat.

Sumber: productnation.co

Published by
Roselinda