Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary masih kekal hartawan Melayu terkaya Malaysia. Tahun 2025 menyaksikan seramai 19 rakyat Malaysia tersenarai dalam Senarai Bilionair Dunia Forbes, dengan nilai kekayaan keseluruhan mencecah AS$57.3 bilion.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Masih Kekal Hartawan Melayu Terkaya Malaysia

Antara tokoh utama yang terus menguasai senarai tersebut termasuklah Robert Kuok, Tan Sri Quek Leng Chan, dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Mereka mewakili pelbagai sektor penting dalam ekonomi negara seperti logistik, hartanah dan peruncitan moden.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Masih Kekal Hartawan Melayu Terkaya Malaysia
Kredit foto: Sinar Harian

Berdasarkan laporan terkini majalah perniagaan antarabangsa itu, Robert Kuok, yang kini berusia 101 tahun, masih kekal sebagai individu paling kaya di Malaysia dengan jumlah kekayaan sebanyak AS$12.1 bilion. Beliau memiliki pelbagai perniagaan besar termasuk dalam sektor minyak sawit, gula, serta rangkaian hotel terkemuka seperti Shangri-La dan syarikat pertanian global Wilmar.

Sementara itu, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, seorang usahawan Melayu yang dikenali dengan gaya hidup sederhana namun pengaruh yang luas, masih berada dalam kelompok 10 teratas individu terkaya di Malaysia, dengan nilai kekayaan dianggarkan AS$2.2 bilion. Empayarnya meliputi pelbagai industri utama termasuk pelabuhan, logistik, automotif, pembinaan dan juga pendidikan melalui Yayasan Albukhary.

Salah satu kejutan tahun ini ialah penyenaraian nama Lee Thiam Wah, pengasas 99 Speed Mart, yang kini menduduki tempat keempat terkaya di Malaysia. Selepas syarikatnya tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun 2024, kekayaan beliau melonjak kepada AS$3.7 bilion.

Anak-anak kepada mendiang Tan Sri Teh Hong Piow, pengasas Public Bank, turut tersenarai dalam senarai tahun ini, masing-masing dengan kekayaan bernilai AS$1.6 bilion.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Masih Kekal Hartawan Melayu Terkaya Malaysia

Senarai Hartawan Malaysia Dalam Forbes 2025:

Robert Kuok – AS$12.1 bilion

Ads

Quek Leng Chan – AS$9.9 bilion

Koon Poh Keong – AS$4.2 bilion

Lee Thiam Wah – AS$3.7 bilion

Jeffrey Cheah – AS$3.5 bilion

Ads

Lee Yeow Chor – AS$3.1 bilion

Lee Yeow Seng – AS$2.3 bilion

Syed Mokhtar Al-Bukhary – AS$2.2 bilion

Lim Kok Thay – AS$1.8 bilion

Kie Chie Wong – AS$1.7 bilion

Ads

Senarai ini memperlihatkan kekayaan para usahawan Malaysia merentas pelbagai sektor dan menunjukkan betapa pentingnya kepelbagaian industri dalam membentuk landskap ekonomi negara.

Sumber: Harian Metro Kredit foto (top image): Sinar Harian 

BACA: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Kongsi 7 Rahsia Untuk Usahawan Sukses Dalam Bisnes!

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI