Bukan mudah seseorang usahawan itu ingin sukses dalam bisnes. Anda perlu ada perancangan dan kepimpinan yang baik untuk meniti kejayaan. Jangan mimpi nak sukses dalam bisnes kalau anda sendiri tak punya semangat yang tinggi untuk berjuang.

Buat usahawan yang ingin berjaya, jadikan 7 amanat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ini untuk anda sukses dalam bisnes. Semoga rahsia yang dikongsikan ini bermanfaat untuk anda.

Jom ikuti perkongsian daripada blog mamaqaireen ini.

BACA: 6 Jenis Bisnes Modal Rendah Tapi Boleh Jana Pulangan Bersih RM10k Sebulan!

Semua orang tahu bahawa 9 daripada 10 punca rezeki adalah datangnya daripada perniagaan. Malah setiap orang yang berniaga tentunya mahukan kejayaan. Betul tak? Tapi ramai daripada mereka ni hanya hangat-hangat tahi ayam je. Mula berniaga, nak jadi itulah, nak jadi inilah. Lepas tu nak tolong mak ayah di kampung, nak tolong orang susah, nak majukan diri sendiri dan meninggatkan taraf hidup. Tapi akhirnya, sendiri jawab (amboi, laser pula entry kali ni)

Ok, kebetulan tadi saya ada terbaca tentang 7 amanat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kepada usahawan Muslim di laman web Peniaga Melayu. So, saya ringkaskan dan jadikan 7 Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan.

1. Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Kongsi 7 Rahsia Untuk Usahawan Sukses Dalam Bisnes!

Beliau nasihatkan agar para usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.

“Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan” – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah,” tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.

BACA: Lelaki Ini Turunkan 12 Rahsia Masak Burger Sedap, Sesuai Untuk Yang Nak Buka Bisnes!

2. Kejayaan Perlukan Masa

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Kongsi 7 Rahsia Untuk Usahawan Sukses Dalam Bisnes!

Beliau juga nasihatkan agar usahawan muda jangan cepat nak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.

Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang.

“Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

IKLAN

Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh.

“Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang,” jelas beliau ringkas.

3. Jangan Putus Asa

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Kongsi 7 Rahsia Untuk Usahawan Sukses Dalam Bisnes!

Ini adalah frasa yang kerap keluar darioada mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan kerenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah.

“Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan” – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Beliau ada berkongsi susah-payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera.

Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn. Bhd.

“Kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya masa tu, maka kami sekeluarga boleh kehilangan tempat tinggal,” jelas beliau.

BACA: Lelaki Kongsi Tip Tanam Nanas MD2 Jika Mahu Sukses Berbisnes & Ada Ladang 100 Ekar!

IKLAN

4. Jangan Sekadar Mengharap Dibantu

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Kongsi 7 Rahsia Untuk Usahawan Sukses Dalam Bisnes!

Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.

Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.

Ramai orang Melayu apabila kerajaan anugerahkan projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan memberikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub-company.

“Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti,” kata beliau.

5. Yakin Dengan Diri Sendiri

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Kongsi 7 Rahsia Untuk Usahawan Sukses Dalam Bisnes!

Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka.

“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita” – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

IKLAN

“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita,” jelas beliau.

BACA: Untuk Newbie Bisnes, Ini Cara Nak Asingkan Duit Modal & Duit Untung Agar Tak Bercampur!

6. Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Kongsi 7 Rahsia Untuk Usahawan Sukses Dalam Bisnes!

Beliau terkenal sebagai seorang usahawan yang banyak memberi kembali kepada masyarakat. Malah beliau mempunyai lebih kurang 260,000 pekerja yang berkait secara langsung ataupun tidak dengan semua syarikat milik beliau. 80% diperuntukkan untuk golongan bumiputera.

Apa yang lebih menarik, beliau tidak menjual perniagaan beliau kerana memikirkan nasib golongan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki.

“Jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan” – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan,” jelas beliau.

7. Usahawan Islam Ada Akhirat

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Kongsi 7 Rahsia Untuk Usahawan Sukses Dalam Bisnes!

Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.

“Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha” – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha,” jelas beliau mengingatkan semua hadirin.

Semoga dengan 7 Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan yang saya sharekan hari ni dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Sharing is Caring 😉

Sumber: mamaqaireen.blogspot.com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI