Tampil Hip & Trendy Di Pagi Raya Dengan 5 Sneakers Paling Hype 2019!

Share

Nampaknya lagu-lagu Raya sudah mula berkumandang di corong-corong radio dan televisyen. Malah gedung membeli-belah kinimulai sesak dengan pengunjung yang ingin shopping raya.

Selain baju raya antara yang sering mendapat perhatian daripada golongan lelaki ialah sneakers. Bila tiba Raya inilah masanya untuk serlahkan gaya yang serba trendy.

Jika anda buntu idea, di sini MASKULIN kongsikan 5 sneakers paling hype untuk musim perayaan kali ini!

 

1.PUMA Thunder Spectra Sneakers

Inspirasi dari siluet 90s Cell system kerjasama antara PUMA x Mc Queen. Memberikan stail yang sangat bulky, chunky, unapologetic look dan sememangnya selesa untuk digayakan.

 

2.ADIDAS YEEZY BOOST 700

Wow, sentuhan yang diilhamkan dari haiwan ganas di laut dalam ini sangat dinamis, kami yakin anda juga ingin menggayakan kasut ini bukan?

BACA: Pakai Kasut Tak Betul Boleh Kena Kaki ‘Bunian’, Ikuti Penjelasan Doktor Tentang Punca & Cara Merawatnya

3. UNDER ARMOUR FORGE 96

Olahan dari gaya 1996 di mana tahun jenama ini diperkenalkan.  Mengenakan material berkuliti dan sangat selesa untuk ketahanan tambahan.

4. FENDI

Direka dari kulit nappa putih, ia memberikan corak dan elemen berombak dan lebih tebal. Eksklusif dan semua orang akan meminati stail ini.

 

5. COACH

 

Ramai yang tidak menyangka jenama ini turut mengeluarkan kasut sneakers yang lebih bersifat santai selain terkenal dengan gaya minimal dan classy. Satu pujian untuk rekaan ini, transisi trend mereka semakin dekat dengan jiwa generasi muda kini.

 

Published by
Farizul Izwany