Negara Korea Selatan mempunyai polisi yang cukup unik membabitkan warganegara lelaki. Dengan ketidaktentuan sengketa yang kadangkala panas kadangkala sejuk dengan Korea Utara, mereka sejak sekian lama mewajibkan setiap lelaki dewasa yang sihat tubuh badan untuk menyertai pekhidmatan wajib ketenteraan.
Setiap lelaki Korea Selatan wajib menyertainya sebelum usia 28 tahun dengan minimun 18 bulan tempoh latihan atau perkhidmatan. Terbaru, Jin ahli paling senior dalam grup lelaki paling popular di dunia iaitu BTS telah memulakan latihan ketenteraannya.
Dua hari lalu Jin atau nama sebenarnya Kim Seok Jin berkongsi sekepin fotonya dengan rambut hampir botak gaya ala-tentera di platform media sosial, Weverse.
Jin dilaporkan akan ditugaskan di bahagian unit hadapan. Seperti dijangka berita ini telah membuatkan peminatnya tidak senang duduk. Terdahulu, laporan media menyatakan Jin akan ditugaskan di sebuah pusat latihan Yeoncheon, Gyeonggido.
Akan tetapi agensinya, BIGHIT Music menerusi satu kenyataan menyatakan pihak mereka tidak dapat mengesahkan laporan berkenan dan meminta peminat memahami situasi itu dan mendoakan yang terbaik buat idol kesayangan mereka.
“Kami meminta anda semua untuk memberikan kata-kata semangat dan sokongan dan mengucapkan selamat jalan kepadanya,” jelas BIGHIT Music lagi.
All the best buat Jin BTS! Buat peminat Jin, usahlah terlalu bersedih ya. Dia akan kembali dengan lebih mantap.