Tampil bergaya dan maskulin dengan jam tangan Molveno, koleksi terbaharu dari jenama mewah, Cerruti 1881.
Nama Molveno diambil sempena perbandaran yang terletak di barat laut Trento, Itali yang terkenal dengan persekitaran yang indah di tengah-tengah keindahan semula jadi pergunungan Alps yang menakjubkan.
Koleksi jam tangan diberi nama ini susulan gaya maskulinnya yang unik melambangkan elemen reka bentuk Itali yang dipenuhi dengan personaliti yang berbeza.
Buat masa ini, koleksi itu ditawarkan dalam dua siri yang dibezakan melalui perincian dalam dail.
Pada siri pertama, terdapat dail sun-burst yang akan berkilau pada sudut yang berbeza. Siri yang kedua pula dilengkapi dail rangka yang memberi ruang intai ke komponen di dalam jam tangan.
Sarung keluli tahan karat yang tahan lama bagi jam tangan berukuran diameter 45.5mm ini juga telah diberi penyaduran ion kuat yang memancarkan aura lasak.
Dikuasakan oleh pergerakan quartz Jepun yang sama, Molveno menunjukkan waktu konvensional di tengah paparan bersama tiga sub-dail yang menunjukkan hari, masa pulang dalam 24 jam serta zon waktu kedua yang juga dalam 24 jam.
Sarung jam diberi kemasan gabungan brushed flat angle dan permukaan matte, ia turut menyerlahkan cermin muka jam berbentuk dodecagonal nipis yang unik.
Selain itu, Cerruti 1881 turut menghasilkan jam itu menggunakan keluli tahan karat yang boleh menampung tekanan air sehingga kedalaman 50 meter.
Dengan harga bermula RM1,759 hingga RM1,859, jam tangan elegan ini boleh didapati di butik Cerruti 1881 Timepieces, butik Solar Time, serta peruncit jam tangan terpilih di seluruh negara.