Tambah Koleksi Kasut Anda. Kini Larrie Memperkenalkan Koleksi Terbaru Dengan Gaya Serbia.

Share

 

Larrie menyambut ulang tahunnya yang ke-40 pada tahun ini. Bagi meraikan peristiwa istimewa ini, Larrie telah memperkenalkan koleksi bertemakan “Musim Bunga Serbia”. Terkenal dengan bandar yang meriah di Eropah Timur, “City That Never Sleeps” ini popular dengan seni bina sejarahnya, fesyen jalanan dan keceriaan suasana pada waktu malam.

Ciri-ciri yang ditampilkan dalam koleksi “Musim Bunga Serbia” Larrie dapat memberi kelainan kepada si pemakai. Warna-warna utama pada kali ini terdiri daripada ungu, hijau, biru, kelabu dan merah. Kelainan yang ditonjolkan kali ini adalah dari koleksi LaKnit Larrie, yang menampilkan kasut yang berteknologikan LaKnit.

 

Koleksi Larrie Untuk Lelaki

Dipengaruhi oleh kehidupan moden di bandar lama Belgrade, koleksi untuk lelaki bagi musim ini mengenengahkan rekaan kasual sukan dan sneakers dalam rona-rona gelap seperti coklat gelap, kelabu dan biru gelap. Loafers Larrie juga ditambah perincian seiring dengan transformasi dan pemodenan fesyen di Belgrade, Serbia. Rekaan klasik Larrie ini boleh didapati dalam warna biru laut, kelabu, coklat, dan hijau zaitun.

Rekaan utama bagi lelaki iaitu koleksi LaKnit Larrie direka sesuai untuk pelbagai jenis aktiviti, serta selesa kerana diperbuat daripada bahan yang ringan dan mempunyai peredaran udara. Diperbuat daripada fabrik yang berkualiti dan bermutu menjadikan ia tampak lebih kemas. Setiap rekaan direka dengan fungsi tertentu bagi memberikan keselesaan dan fleksibiliti kepada pemakai.

 

Koleksi Larrie Untuk Wanita

Diilhamkan oleh wanita-wanita moden di Belgrade, koleksi Larrie untuk perempuan menampilkan rekaan klasik dari warna-warna terang. Slip-ons, wedges dan sandal terbuka di bahagian jari dengan tapak yang nipis ini boleh didapati dalam warna gangsa, emas, ungu, putih, dan merah. Sandal kasual terbaru juga dilengkapi dengan straps boleh laras untuk keselesaan berganda buat pemakai.

Kasual sukan turut ditawarkan dalam rona-rona seperti merah, biru laut, merah gelap dan ungu. Rekaan Ballet

 ditambah dengan perincian untuk menambah gaya feminine pada koleksi tersebut. Kesemua kasut diperbuat daripada getah yang lembut dan mempunyai peredaran udara yang baik untuk memberi keselesaan kepada pemakai.

 

Koleksi terbaru Larrie boleh didapati di gedung-gedung membeli-belah utama di seluruh negara dan dalam talian di www.kutsukutsu.com . Harga bermula dari RM 89.00 hingga RM 179.00 bagi kasut lelaki dan dari RM 39.00 hingga RM 129.00 untuk kasut perempuan. Untuk keterangan lanjut, layari http://www.facebook.com/Larrie78 atau www.larrieshoes.com.

 

 

Published by
Maiya Deen