Adakah Menambah Air Kosong Boleh Mengurangkan Gula?
Ramai yang percaya bahawa menambah air kosong ke dalam minuman manis boleh mengurangkan kandungan gula dan menjadikannya lebih sihat.
Namun, adakah ini benar atau sekadar mitos? Ramai yang beranggapan bahawa dengan mencairkan minuman, kandungan gulanya akan berkurang dan menjadi lebih selamat untuk diminum.
Tetapi hakikatnya, jumlah gula yang masuk ke dalam badan tetap sama, walaupun rasa manisnya mungkin berkurangan.
Foto : mStar
Air Kosong Hanya Mencairkan, Bukan Menghilangkan Gula
Apabila anda menambah air kosong ke dalam minuman manis, ia hanya mencairkan kepekatannya, menjadikan rasanya kurang manis.
Namun, kandungan gula sebenar dalam minuman tersebut tidak berubah.
Jika segelas teh tarik mengandungi tiga sudu gula, walaupun ditambah air, jumlah gula dalam minuman itu masih sama.
Tubuh kita memproses gula berdasarkan jumlah sebenar yang masuk ke dalam badan, bukan kepekatan rasa manis dalam minuman.
Ads
Oleh itu, menambah air tidak menjadikan minuman itu lebih sihat kerana jumlah gula yang diserap oleh badan tetap sama.
Kesan Pengambilan Gula Berlebihan
Pengambilan gula berlebihan boleh membawa pelbagai kesan negatif kepada kesihatan. Ia boleh menyebabkan obesiti, yang berpunca daripada lebihan kalori tanpa nutrien yang mencukupi.
Selain itu, gula yang berlebihan juga boleh meningkatkan risiko diabetes jenis 2 kerana ia menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah secara mendadak.
Malah, gula yang tinggi dalam diet juga dikaitkan dengan masalah jantung seperti tekanan darah tinggi dan keradangan yang boleh membawa kepada penyakit kronik.
Lelaki yang menghidap kanser prostat sebenarnya mampu untuk mencapai kesembuhan jika penyakit itu dikesan pada tahap awal.
Bagaimanapun, lebih ramai penghidap kanser itu yang tampil mendapatkan rawatan di hospital ketika penyakit mereka sudah berada di tahap lanjut.
Perkara itu dikongsikan oleh Pakar Urologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Madya Dr Shanggar Kuppusamy ketika ditemui MASKULIN.
“Lebih kurang 50 ke 60 peratus pesakit yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan prostate cancer adalah dalam tahap empat sebenarnya,” jelas Dr Shanggar.
Foto: Dr Shanggar (kanan) ketika ditemui MASKULIN.
“Pesakit yang datang dalam tahap empat biasanya their story is not a good news lah. Mungkin tidak dapat dirawat sampai sembuh, mungkin kita boleh control penyakit mereka sahaja”.
Menurut Dr Shanggar, rawatan bagi pesakit kanser prostat tahap empat kebiasaanya hanya sekadar untuk mengawal gejala sahaja dan bukannya untuk mencapai kesembuhan.
“Kalaulah kita dapat merawat patients dari tahap satu, dua, bahkan tahap tiga sekalipun, mungkin kita boleh rawat sampai sembuh”.
Penyakit kanser prostat ini juga bukan seperti kanser lain yang berkemungkinan untuk menyerang pesakit semula selepas menjalani rawatan, tambahnya.
“Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”
Dengan kerjasama dengan Universiti Malaya (UM), MASKULIN tampil dengan sebuah kempen kesedaran kanser prostat sepanjang bulan November ini.
Bertemakan “Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”, kempen ini bertujuan mendidik dan memberikan informasi yang tepat mengenai kanser prostat kepada masyarakat umum, khususnya lelaki. Ini termasuk maklumat mengenai faktor risiko, cara pencegahan dan pilihan rawatan yang ada.
Untuk maklumat lanjut mengenai kanser prostat, layari laman sesawang Beat Prostate Cancer.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Disengat serangga berbisa seperti tebuan boleh membawa bahaya kepada individu. Hal ini kerana tebuan mempunyai sengat yang menyebabkan rasa sakit dan mungkin membawa kepada reaksi alergi pada sesetengah orang. Selain itu, beberapa spesies tebuan juga boleh menghasilkan racun yang boleh menyebabkan kesan yang lebih serius.
Dr. Samhan berkongsi beberapa panduan yang boleh dilakukan jika ada ahli keluarga terkena sengatan tebuan. Maklumlah sarang tebuan ini boleh jadi ada berhampiran kawasan rumah tanpa kita sedar.
Tebuan beza dengan lebah
Sengatan tebuan berbeza dengan sengatan lebah. Sengatan tebuan boleh menyebabkan rabdomiolisis dan kegagalan buah pinggang sehingga membawa kepada kematian tetapi sengatan lebah tidak begitu.
Menurut Senior Agronomist, Dato Mohd Anim Hosnan, ada kajian saintifik mendapati venom tebuan mengandungi bahan iaitu acetylcholine (5%) iaitu jatuh pada Tahap 3.0 daripada Tahap Maksimum 4.0 dalam ‘Shcmidt Sting Pain Index’. Memang sakit!
Antara komponen yang terdapat dalam sengatan tebuan adalah histamine yang menyebabkan anafilaksis.
Anafilaksis ialah reaksi alahan pada alergen yang teruk yang boleh membawa maut. Ia boleh berlaku dalam masa beberapa minit atau saat selepas pesakit tu terdedah kepada alahan yang tertentu.
Bila kena sengat tebuan ini yang berlaku
Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan, boleh menyebabkan sistem imunisasi badan memberikan reaksi yang melampau.
Tekanan darah turun dengan mendadak
Saluran pernafasan menjadi sempit dan tekak dan lidah bengkak maka pesakit susah bernafas
Denyutan nadi yang lemah dan laju, lebih dari biasa
Ruam yang gatal dan bengkak di bahagian tertentu seperti muka dan bibir.
Loya dan muntah atau cirit birit
Pening atau pengsan
Sengatan pada kanak-kanak berisiko kematian
Dos sengatan yang boleh membawa maut adalah 4.6mg/kg. Maka,kanak-kanak mempunyai risiko kematian lebih tinggi berbanding orang dewasa kerana saiz badan yang lebih kecil.
Lebih teruk, tebuan menyengat mangsanya berkali-kali berbanding lebah yang hanya menyengat hanya sekali.
Jika sengatan itu pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian muka, ia memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat risiko kematian lebih tinggi.
LANGKAH PENCEGAHAN
Elakkan anak bermain dalam hutan
Jika perlu bawa anak masuk hutan, pastikan anak pakai baju lengan panjang,seluar panjang dan bertopi.
Elakkan menggunakan pakaian bewarna-warni yang boleh menarik perhatian serangga.
Elakkan memakai bau-bauan atau minyak wangi.
Jika diserang, jangan berlari secara mengejut sebaliknya berjalan perlahan-lahan kerana akan menarik perhatian lebah/tebuan mengejar mangsa.
Jangan mengibas baju dan kain untuk menghalang serangan,ini akan lebih menarik perhatian tebuan/lebah.
LANGKAH KECEMASAN
Tanggalkan pundi sengat dengan menggunakan pengumpil atau penyepit.
Basuh dengan air dan sabun.
Letakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan.
Bawa mangsa ke Kecemasan dengan segera.
#SHARE info penting pada ahli keluarga sebab kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa dan tak diduga. Sudah banyak kes kematian disebabkan sengatan tebuan berlaku di negara kita. Berwaspadalah.
Gigi putih bersih menjadi idaman semua tidak kira wanita mahupun lelaki.
Ramai yang beranggapan menggosok gigi sahaja sudah cukup untuk merawat gigi kuning dan mencegah gigi ditumbuhi ‘karang’. Tetapi, sebenarnya menggosok gigi sahaja tidak mencukupi, apatah lagi jika anda memiliki gigi kuning.
Oleh sebab itu kita perlu menjaga gigi kita seperti bahagian lain kerana dengan senyuman kita itu membuat diri begitu berharga. Pastikan gigi kita sentiasa bersih agar tiada masalah ‘bau mulut’ yang boleh menghilangkan keyakinan diri.
Nyahkan ‘Karang Gigi’ Dengan Satu Bahan Ini!
Salah satu masalah bau mulut ini adalah berpunca dari karang gigi dan ia tidak boleh diambil ringan. Karang Gigi ini juga dikenali sebagai kalkulus merupakan plak yang menempel di bahagian dalam dan depan gigi.
Jika dibiarkan ia akan mengeras dan akan mendatangkan masalah lain seperti bau mulut, gangguan pencernaan dan juga jangkitan pada gusi. Untuk menghidari masalah tersebut, anda perlu membersihkan karang gigi yang sudah mengeras dan tebal.
Cara Terbaik Buang Karang Gigi Di Rumah!
Anda boleh atasi masalah ini dengan lakukan sendiri di rumah menggunakan bahan semula jadi iaitu garam.
Ditunjukkan di sini cara untuk menghilangkan karang gigi menggunakan garam.
1. Campurkan 1 sudu garam dan 1 sudu baking soda.
Tambahkan sedikit air dan kacau sehingga menjadi pes.
3. Basahkan berus gigi dan oleskan adunan pes tadi.
4. Gosok gigi anda dengan perlahan dan amalkan rutin ini hingga dapat kesan yang diinginkan.
Sumber: Petua Bonda
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.