Telur ayam kampung memang sinonim dengan lelaki sebagai penambah tenaga batin. Namun manfaatnya bukan hanya itu, telur ayam kampung juga sebenarnya memiliki banyak khasiat lain untuk kesihatan tubuh badan.
Apabila sebut telur ayam kampung, kebiasaannya orang akan makan bersama madu asli. Selain inginkan khasiat daripada madu tersebut, ia juga boleh dijadikan sebagai penghilang rasa hanyir apabila anda mengambil telur ayam kampung mentah.
Namun menurut kajian yang dilakukan oleh seorang saintis bernama Dr Suri Roowi, madu sebaiknya tidak dimakan bersama makanan yang bersumberkan protein seperti telur. Kenapa?
Untuk mengetahui jawapannya dan mendedahkan anda dengan cara betul makan telur ayam kampung, apa kata anda ikuti perkongsian Zaharinah Hussin, Founder produk Dr Vee Formula yang juga isteri kepada Dr Suri Roowi.
Semoga dengan cara betul makan telur ayam kampung ini akan memberi anda lebih manfaat untuk kesihatan tubuh badan.
Jika anda pesakit gastrik tapi nak berdiet, tentu anda akan risau jika anda alami pedih perut bila makan sikit.
Walaupun prinsip nak berdiet masih lagi sama iaitu mengambil makanan teratur, mengurangkan lemak dan membuat rutin senaman, namun masih ada bezanya berdiet pesakit gastrik dengan berdiet orang sihat.
Dietitian dari Pusat Perubatan Universiti Malaya, Mohd Khairul Azuan ada kongsikan tip diet untuk pesakit gastritis (gastrik) menjaga kesihatan perut. Jom ikuti perkongsiannya.
Gastritis adalah keadaan di mana berlaku inflamasi pada bahagian dinding perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba atau ada juga yang kronik, maksudnya kerap berlaku dalam jangka masa panjang.
Berlari adalah salah satu senaman yang paling berkesan untuk melawan penyakit kardiovaskular dan disyorkan oleh pakar, saintis dan doktor. Berjalan 30 minit setiap hari boleh mengurangkan risiko anda mendapat serangan jantung. Apabila anda mula berlari dan menikmatinya, kemungkinan besar anda akan mahu berlari lebih laju. Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu anda bukan sahaja berlari lebih laju malah lebih efisyen.
Amalkan postur yang baik
Teknik yang betul dan postur yang baik bukan sahaja mempercepatkan langkah anda tetapi juga mencegah sebarang kecederaan yang tidak diingini. Lari dengan kaki anda betul-betul di bawah peha anda, pastikan tangan anda di sisi dan ayunkan tangan dari depan ke belakang dan bukannya sisi ke sisi. Kekalkan postur tegak, kempiskan perut anda dan condong sedikit ke hadapan. Tidak penting sama ada anda menapak dengan tapak depan atau tumit kaki selama mana kaki menapak lembut di atas tanah. Jangan melakukan gerakan melantun kerana ia menyebabkan daya yang tidak perlu yang membuang lebih banyak tenaga.
Senaman teras
Tambah 15 minit senaman teras (core exercise) dalam rancangan senaman harian anda, sasarkan otot bahagian bawah perut anda. Senaman teras akan membolehkan pelari bertambah laju apabila berlari.
Bernafas
Kebanyakan pelari bergelut dengan aspek ini kerana mereka seolah-olah tidak boleh mengimbangkan berlari dan bernafas pada masa yang sama. Caranya adalah dengan menarik nafas melalui hidung dan menghembus nafas melalui mulut anda, selarikan pernafasan anda dengan jejak langkah anda supaya anda tidak lupa atau terlepas nafas.
Langkah kombinasi
Jika matlamat anda adalah kelajuan, anda perlu cuba mencampurkan perlumbaan kelajuan dengan berjalan perlahan untuk melatih daya tahan anda untuk sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Tip ini akan membantu anda berlari dengan lebih berkesan dan menghalang anda daripada kehabisan nafas jika perlumbaan bakal menjadi lebih lama daripada jarak latihan biasa anda.
Kasut baru
Kasut lari hanya boleh digunakan dalam 3 bulan jika anda kerap berlari tetapi bukan setiap hari. Pelari tegar biasanya menukar kasut mereka selepas setiap 300 hingga 500 batu larian memandangkan kasut lama dan haus adalah punca di sebalik banyak kecederaan.
Memanaskan badan dan menyejukkan
Renggangan badan selama 10 minit untuk memanaskan badan boleh mengurangkan risiko cedera. Gabungan harian regangan dan melompat tali boleh meningkatkan fleksibiliti dan langkah kaki.
Walaupun senaman menyejuk diri selalunya diperlukan selepas senaman memanaskan badan, kebanyakan orang cenderung untuk lupa mengenainya selepas selesai berlari kerana sudah terlalu kepenatan. Senaman renggangan menyejukkan diri berkesan untuk mengelakkan ketegangan pada waktu lain.
Kekal fokus
Berlari memerlukan banyak tumpuan, cuba untuk sentiasa melihat ke depan, bukan ke bawah pada kasut anda, bukan juga kepada pesaing anda. Memandang ke belakang dan sebagainya boleh membuang masa dan tenaga anda, jadi tumpukan perhatian anda dan terus belari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Apabila dalam mulut anda terkena ulser, sakitnya pasti sangat mengganggu kerana anda nak makan atau minum sekali pun, semua serba tak kena.
Ulser terjadi bukan sahaja kerana tergigit bibir sahaja malah ada kalanya akibat luka ketika memberus gigi, alergi dan sebagainya.
Paling lama ia akan hilang selepas 1 – 2 minggu tetapi untuk mempercepatkan proses penyembuhan, anda boleh gunakan bahan-bahan ini :
Garam
Kumurkan mulut anda dengan air garam selama 30 saat. Ulangi proses ini 2 hingga 3 kali sehari. Ini kerana sodium klorida yang tinggi akan menggalakkan proses osmosis lalu membantu luka ulser untuk segera sembuh.
Madu
Madu mempunyai sifat antibakteria yang sangat baik untuk menghilangkan ulser mulut. Madu boleh mengekalkan kelembapan mulut seterusnya menggalakkan proses pembentukan tisu baru. Sapukan sedikit madu asli pada tempat terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut.
Tuam uncang teh
Ambil uncang teh yang telah direndam dan letakkan pada bahagian mulut atau bibir yang terkena ulser. Biarkan selama 5 minit kerana teh adalah sejenis bahan beralkali. Sehubungan itu, teh dalam uncang dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.
Gel aloe vera
Selain madu, gel aloe vera juga merupakan sumber anti-bakteria dan anti-keradangan yang dapat membantu menghilangkan ulser mulut secara semulajadi. Gel aloe vera turut memiliki sifat anti-oksidan di samping sifatnya yang sejuk yang memulihkan rasa sakit dengan hampir serta-merta.
Baking soda
Baking soda boleh digunakan dengan mudah dengan menyapukannya di bahagian dalam mulut yang terkena ulser atau anda boleh mencampurkannya dengan sedikit air. Sapukan pada bahagian ulser dan biarkan seketika. Selepas beberapa minit, kumur dengan air bersih. Baking soda atau soda bikarbonat yang bersifat alkali membantu meneutralkan keasidan pada ulser mulut. Ia juga boleh membantu membunuh bakteria agar ulser sembuh dengan cepat.
Minyak vitamin E
Jika anda mempunyai minyak vitamin E, sapukan pada bahagian mulut yang terdapat ulser. Sebagai alternatif, boleh juga membuka kapsul vitamin E dan sapukan minyaknya. Minyak ini akan membantu mengelakkan luka ulser daripada jangkitan dan memulihkannya dengan pantas.
Sapukan gel oral
Gel oral seperti Bonjela atau Oral Aid adalah antara ubat yang sering disyorkan dan ia boleh didapati di farmasi. Gunakan mengikut arahan pada label dan ikut preskripsi daripada ahli farmasi.
Kumur dengan larutan antiseptik
Larutan antiseptik seperti Listerine dapat membantu mencegah bakteria daripada menjangkiti luka ulser. Baca arahan pada label dan gunakan setiap hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.