12 Idea makanan sihat Yang tidka buat badan anda gemuk!
Sudah larut malam, tapi perut terasa berkeroncong? Atau ketika berada di pejabat, tapi jam untuk makan tengah hari masih lama, lalu lapar mendera? Ingin makan makanan ringan, tapi takut gemuk. Jangan panik atau bingung, Anda boleh mengatasinya dengan membuat makanan ringan sendiri. Makanan ringan pada ketika waktu kerja atau larut malam boleh menjadi penahan lapar sebelum waktu makan utama atau sebelum tidur. Tetapi hati-hati, jika tidak bijak memilih bahan-bahannya, bakal menggagalkan diet anda.
Sekarang masanya mengambil langkah bijak dengan memilih dan menyiapkan sendiri makanan ringan anda. Selain tidak menggemukkan, makanan ringan pilihan ini dapat menjadi sumber gizi tubuh.
Kacang-kacangan
Kacang almond dapat menjadi makanan ringan yang mudah dibawa ke mana-mana, selain kaya protein dan serat. Selain itu, edamame dapat menjadi pilihan yang menyegarkan. Setengah cangkir edamame mengandungi 4 gram serat dan 8 gram protein, serta zat besi.
Puding rendah lemak
Buat sendiri puding dengan rasa kesukaan tersendiri yang kaya akan serat tanpa tambahan susu dan gula berlebihan.
Popcorn
Pilih popcorn mentah dengan label rendah lemak dan tanpa rasa. Masak popcorn dalam microwave bersama minyak tanpa menambahkan bahan apa pun, seperti karamel ataupun mentega. Anda dapat menambahkan sedikit saja mentega tanpa lemak trans. Jika suka pedas, anda boleh menambahkan sedikit serbuk cili. Ketahuilah bahawa popcorn tanpa tambahan mentega atau gula mengandungi serat tinggi yang sangat bermanfaat bagi pencernaan.
Biskutdan keju
Ads
Pilih biskut yang mengandungi biji-bijian utuh (seperti gandum utuh) dan rendah lemak. Anda boleh tambah dengan keju parut atau krim keju rendah lemak secukupnya.
Cereal
Cereal dapat menjadi pilihan makanan ringan sihat, terutama yang kaya serat dan rendah kadar gula.
Yogurt dan buah
Pilih yogurt tanpa rasa dan konsumsi bersama potongan buah. Makanan ringan ini dapat menjadi sumber kalsium yang lazat dan kaya manfaat. Anda juga dapat mencampurkan bahan-bahan sihat lain seperti biji bunga matahari.
Sayuran
Tidak hanya menjadi makanan utama, sayuran juga dapat menjadi makanan ringan, seperti dikukus dan dipotong-potong kecil atau hirisan paprika.
Panggang dua lembar roti tawar yang terbuat dari biji-bijian (misalnya gandum ), isi dengan tomato yang dipotong-potong dadu dan keju parut rendah lemak. Boleh juga ditambahkan dengan bawang bombay yang di cincang.
Salmon gulung keju
Sediakan empat lembar salmon. Lapisi dengan krim keju rendah lemak, kemudian gulung.
Smoothies/milkshake pisang
Ads
Smoothies dan milkshake dapat dikategorikan sebagai minuman sekali gus makanan ringan kerana teksturnya yang lebih kental daripada jus dan minuman lain pada umumnya. Kisar pisang bersama dengan susu rendah lemak. Jika suka, tambahkan serbuk kayu manis. Selain mengenyangkan, milkshake penuh dengan tenaga.
Ais krim
Ais krim memang tidak tepat untuk dijadikan makanan ringan sehari-hari, tetapi memilih ais krim rendah lemak ialah pilihan yang tepat dan menyenangkan, terutama jika dinikmati di siang hari yang panas.
Jika anda tidak punya cukup waktu untuk membuat makanan ringan dan hanya ingin membelinya di pasar raya, setidaknya pilihlah produk makanan dengan kriteria sebagai berikut.
Mengandungi biji-bijian asli yang kaya serat, nutrisi dan protein.
Kalori yang cukup, tapi tidak terlalu banyak.
Berlabel rendah lemak dan rendah gula.
Melengkapi standard makanan yang sihat, anda boleh menyiapkan yogurt, susu dan keju rendah lemak serta biskut yang kaya serat di dapur rumah atau di laci di pejabat. Bahan-bahan ini dapat dipadukan dengan mudah dengan berbagai-bagai buah-buahan menjadi makanan ringan sihat. Akhir sekali, selalu sediakan air minum di meja pejabat kerana sering kali perut anda sebenarnya tidak selalu perlu makanan ringan, melainkan perlukan cukup air putih saja.
Banyak sangat tanggapan, ada yang mengatakan bersenam di atas treadmill tidak bagus, namun bagi kami suatu perkara itu jika dilakukan secara keterlaluan pasti akan mendatangkan kesan negatif. Lakukan senaman di atas treadmill secara berkala dan ia sangat selamat dan membuatkan jantung anda lebih sihat dan cergas! Jom bersenam!
Berjalan atau berlari di atas treadmill adalah salah satu senaman yang baik untuk kesihatan kerana ia meletakkan tekanan yang kurang pada badan berbanding berjalan atau berlari di permukaan luar yang rata.
Selain itu, treadmill juga menawarkan maklumat untuk membantu pengguna menentukan berapa banyak senaman yang boleh dilakukan, jarak larian dan kadar kalori terbakar.
Tidak hanya untuk senaman, treadmill juga boleh digunakan untuk pemantauan kadar degupan jantung dan tekanan darah bagi pesakit yang berada dalam kesihatan yang kurang baik atau mempunyai masalah jantung.
Treadmill sangat berguna dalam proses diagnosis penyakit jantung, penyumbatan arteri koronari, dan isu-isu jantung lain. Tubuh seseorang tidak boleh menunjukkan tanda-tanda penyakit jantung atau tersumbat sehingga ia diletakkan di bawah tekanan. Dengan menggunakan treadmill, tubuh yang berada di bawah tekanan larian akan menunjukkan segala tanda penyakit.
Ujian treadmill bukan sahaja boleh dilakukan ke atas pesakit yang mengalami simptom masalah jantung, tetapi juga untuk mereka yang mempunyai faktor risiko seperti kolesterol tinggi.
Senaman aerobik seperti senaman treadmill dapat memperbaiki peredaran darah di dalam badan dan membantu menurunkan tekanan darah dengan menguatkan jantung. Ia juga membantu melindungi daripada penyakit salur darah dan penyakit jantung dengan mengurangkan lipoprotein berketumpatan rendah dan meningkatkan tahap lipoprotein ketumpatan tinggi.
Dengan hanya berjalan atau berlari menggunakan treadmill selama 30 minit sehari untuk lima hari seminggu sesiapa sahaja dapat mengelakkan diri daripada penyakit jantung.
Penat merupakan perkara biasa bagi manusia yang normal. Kalau tak pernah penat tu petanda korang tidak normal.Tiada siapa yang boleh menolak rasa penat, mengantuk dan tidur. Setiap orang punya rasa penat dari segi fizikal mahupun mental dan jalan terbaiknya ialah berehat tapi ada juga yang menolak berehat kerana kekangan masa.
Selain bekerja seperti biasa, ini lagi 6 perkara yang patut stop lakukan untuk sementara waktu.
1. Bersenam
Tiada guna kalau anda sudah penat tapi masih lagi mahu tetap ke gim. Bersenam ketika penat hanyalah membuang masa kerana anda langsung tidak punya tenaga. Lebih teruk lagi, anda boleh membahayakan anggota badan terutamanya bahagian otot dan belakang badan.
2. Minum Kopi
Pengambilan kopi hanya berkesan dalam lima jam, jika anda mengambil kopi untuk mengawal rasa penat ia akan menganggu sistem semulajadi badan anda terutamanya pada tidur malam.
3. Bergaduh dengan Pasangan
Bila penat, emosi mulalah terganggu dan mengeluarkan adrenalin amarah. Sebaiknya jangan memulakan pergaduhan kerana anda penat. Lambat-laun ia boleh memburukkan keadaan hubungan anda dan pasangan.
4. Tidur Sekejap (Nap)
Tidur sekejap atau tidur siang selama 20 hingga 30 minit adalah baik untuk boost tenaga. Apa yang salah bila ada yang terlajak tidur sehingga satu atau dua jam. Tidur siang yang panjang boleh menganggu jadual tidur malam seterusnya menggangu sistem tidur yang sebenarnya.
5. Makan Mengikut Nafsu
Ramai yang buat amalan ini, bila rasa mengantuk atau penat mulalah dengan aktiviti kunyah-kunyah makanan ringan. Seeloknya ambil makanan seperti buah-buahan atau sayuran-sayuran dari makanan ringan.
6. Menafikan Diri Penat
Jangan sesekali cuba untuk menafikan diri anda penat ia akan membahayakan kesihatan mental. Mungkin pada mulanya anda boleh tapi lama-kelamaan, badan mula akan mula lemah kerana tidak cukup rehat. Perkara yang terbaik untuk mendapatkan segar ialah dengan berehat bukan dengan menafikannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
‘Fad diet’ adalah pelan diet yang menjanjikan penurunan berat badan dalam masa cepat dan biasanya diamalkan mereka yang terdesak untuk mengurangkan berat badan.
Biasanya diet ini tidak sihat, tidak seimbang dan kemungkinan besar mempunyai kesan sampingan. Ia tidak boleh membentuk tabiat makan secara sihat.
Sesetengah jenis diet ini tidak menghilangkan lemak, tetapi hanya menghilangkan air. Kebanyakannya meningkatkan penghasilan urin yang menggalakkan pembuangan air melalui air kencing, jadi badan akan kehilangan air serta vitamin dan mineral penting.
Ada sesetengah diet mendadak ini popular kerana berkesan dalam masa singkat. Misalnya, diet tinggi protein dan diet tinggi lemak mencetuskan ketosis dan menyebabkan pengurangan berat badan dalam tempoh singkat.
Ketosis berlaku apabila tubuh mula memecahkan lemak untuk ditukar kepada tenaga. Lemak yang disimpan di dalam buah pinggang dan otot akan dipecahkan bagi membantu tubuh meneruskan proses fisiologinya dengan lancar.
Pengurangan berat badan juga berlaku kerana kesan diuretik akibat pengambilan karbohidrat yang rendah, kehilangan air dari badan, penggunaan glikogen dan proses ketosis.
Mereka yang mengamalkan diet mendadak ini biasanya mengalami pertambahan semula berat badan. Sesetengah pelan diet sukar untuk diikuti kerana ia membosankan dan mengehadkan pengambilan sesetengah jenis makanan.
Lama-kelamaan, individu itu mungkin mengalami pengurangan berat badan, tetapi akan mengalami masalah selera makan yang tidak dapat dikawal, sekali gus mengakibatkan pertambahan berat badan lebih daripada berat badan asal.
Sesetengah diet mendadak ini juga membahayakan diri. Diet yang terlalu rendah kalori boleh mengakibatkan keletihan, ketidakselesaan dan kekejangan otot.
Kekurangan protein dan karbohidrat pula menyebabkan rasa pening, keletihan dan pelbagai penyakit lain. Kita tidak sepatutnya mencuba diet sedemikian tanpa nasihat doktor.
Jika berasa sesuatu yang tidak kena, hentikan diet dengan segera. Perlu disedari tahap keberkesanan diet ini juga tipis dan boleh menyebabkan kesan sampingan.
Antara jenis diet mendadak dan risiko yang bakal dihadapi individu yang mengamalkannya termasuk
Diet terlalu rendah kalori.
Diet ini mengandungi kurang daripada 800 kalori sehari. Apabila pengambilan tenaga rendah, tubuh akan mendapatkan tenaga diperlukan daripada simpanan lemak.
Bagaimanapun, badan akan menjadi lebih efisien dan berfungsi menggunakan tenaga yang rendah dan kadar metabolisme tubuh akan menurun, sekali gus cenderung untuk menggunakan tisu tanpa lemak dari otot.
Diet terlalu rendah kalori dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan dan komplikasi seperti pembentukan batu dalam pundi hempedu, kehilangan jisim otot, ketosis dan peningkatan asid urik dalam darah akibat ketidakseimbangan tenaga.
Kematian mengejut boleh berlaku jika mereka berpenyakit lain terutama apabila pengambilan kalori kurang daripada 600 kalori sehari.
Diet rendah lemak.
Menghindari pengambilan makanan tinggi kandungan lemak akan mengakibatkan pengurangan pengambilan jumlah kalori harian.
Sesetengah individu yang mengamalkan diet rendah lemak memberi gambaran salah seperti menyebarkan mitos bahawa selulit disebabkan bahan toksik dan beranggapan amalan diet ini boleh membantu mengurangkan lemak terutama di bahagian paha atau pinggang.
Diet tinggi serat.
Ia boleh membantu penurunan berat badan kerana memberi rasa mengenyangkan dengan pengambilan kalori yang sedikit.
Jumlah serat yang disarankan biasanya terlalu tinggi dan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti senak perut (kembung) dan cirit-birit.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sistem penghadaman, ia akan memburukkan keadaan. Pengambilan bran yang banyak akan mengurangkan penyerapan mineral seperti zat besi dan zink.
Diet tinggi protein.
Pengambilan karbohidrat dihadkan kepada kurang daripada 30 gram sehari. Pengambilan protein dan lemak yang terlalu tinggi melambatkan perut kosong.
Ini mengurangkan keinginan untuk makan dan mengehadkan pengambilan tenaga. Diet ini mungkin meningkatkan pengambilan kolesterol dan lemak tepu.
Ia juga kurang kandungan serat daripada sumber berasaskan karbohidrat terutama bijirin penuh daripada tumbuhan. Pengamal diet ini mungkin mengalami sembelit dan fungsi kognitif yang terjejas.
Pengambilan protein yang tinggi meningkatkan paras asid urik dalam buah pinggang dan berisiko untuk pembentukan batu dalam buah pinggang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.