Antara sebab kenapa anda sedang membaca artikel ini adalah kerana anda merasakan diri anda kurus dan telah banyak kali cuba untuk kelihatan berisi namun masih gagal.

Jika benar, tahniah kerana berada di saluran perkongsian yang betul dan dalam entri ini,  Maskulin ingin 4 tips yang boleh anda gunakan sepanjang masa.

Khas buat individu yang berbadan kurus, inilah masanya untuk anda betulkan cara penampilan agar lebih dipandang segak :

1. Pilih saiz baju yang tepat

Jika selama ini anda gemar memakai baju berkonsep ‘slim-fit’, anda perlu hentikannya. Anda boleh kelihatan berisi jika saiz baju yang dipilih sedang-sedang dengan tubuh anda. Dalam erti kata lain, jangan pakai baju terlalu kecil atau terlalu besar. Longgar tetapi sepadan molek dengan tubuh anda.

Ads

2. Mula gayakan pakaian yang sesuai

Jaket atau blazer boleh membuatkan anda kelihatan lebih kemas dan besar. Hal ini kerana jaket membantu bahu anda kelihatan lebih luas daripada biasa dan membuat anda kelihatan begitu tegap. Bagi sesetengah orang pula, seluar slack atau seluar jeans boleh melakukan keajaiban kepada kaki mereka yang panjang. Jadi, mari kenal pasti pakaian yang membuat anda kelihatan lebih besar dan gayakannya. Minta pendapat orang yang dipercayai.

3. Pakai baju berlapis (Layering)

Layering tidak semestinya anda harus memakai pakaian sehingga lima lapisan baju. Bagi cuaca dan suhu di Malaysia, anda digalakkan memakai pakaian dari kain yang berjenis ringan. Sehubungan itu, 2 hingga 3 lapisan baju sudah memadai dan lengkapkan lapisan teratas dengan jaket supaya anda boleh membuka butangnya. Pastikan anda memakai warna yang cerah di dalam dan selaraskan setiap lapisan dengan warna yang sesuai supaya anda tidak kelihatan seperti pelangi.

Ads

4. Warna dan corak main peranan

Perkara paling mudah yang anda boleh lakukan untuk kelihatan berisi adalah dengan memilih warna dan corak yang betul. Pilih warna, corak dan tekstur fabrik yang menambah jisim kepada penampilan keseluruhan anda.

Ads

Ramai orang tahu bahawa warna-warna gelap akan membuatkan pemakainya kelihatan kurus, tetapi hanya sedikit yang mengetahui warna yang lebih lembut mempunyai kesan yang bertentangan.

Satu lagi sebab warna lembut akan berfungsi dengan lebih baik untuk anda adalah kerana ia berfungsi untuk menonjolkan otot semulajadi anda. Anda mungkin tidak mempunyai otot yang besar, tetapi memakai pakaian yang berwarna lembut masih boleh memberi perhatian kepada mereka.

Memakai t-shirt dengan jalur mendatar pula boleh membuat dada anda kelihatan lebih besar dan bahu anda lebih luas kerana jalurnya akan lebih lebar pada bahagian badan atas sekaligus membantu menyerlahkan bentuk V anda.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI