Lelaki dan perempuan diciptakan untuk melengkapi satu sama lain. Kalau isteri tiada di rumah siapalah suami jika semua kerja rumah isteri yang lakukan. Itulah yang dikongsikan oleh Dr. Say di Facebooknya.

“Saya ada maid dan maid ini ibarat second wife yang bila first wife tak ada, dia take over buat semua benda dari jaga Ace, masak dan kemas rumah.

“Senang cerita mungkin saya tak dapat menulis cerpen ini sebab mulut saya sedang berbuih (sawan akibat terlalu tertekan).” Guraunya di status miliknya.

“Bebel Lah Sepanjang Hayat As Long As U Teman I…” Dr Say Shazril ShaharuddinDia memberitahu dia sangat mengagumi sikap kehebatan isterinya dalam memahami perangai anaknya.

“Waktu bercuti baru-baru ini, Isteri saya sedang mandi, saya menjaga Ace sekejap. Ace mengangis, saya dukung Ace dan pasang lagu kegemarannya. Saya goyang-goyangkan Ace, tetapi Ace masih menangis.

IKLAN

“Selepas bini saya keluar bilik air terus dia tanya dah berikan susu kepada Ace ke? Masa itu Ace baru sahaja minum susu tak mungkin dia nak lagi, tetapi bini saya terus bancuh susu dan berikan pada Ace.

“Habis licin 6 ounce susu tu ibarat Thai Milk Tea Cha Tra Mue. Macam mane die tau Ace nak minum lagi?

IKLAN

“Bebel Lah Sepanjang Hayat As Long As U Teman I…” Dr Say Shazril ShaharuddinBukan itu sahaja, dia turut terpaku dan kagum dengan sikap isterinya yang hanya merehatkan diri selama 15minit dan kembali berkerja seperti biasa.

“Contoh lain, bini ngantuk di siang hari mintak sy tolong jaga Ace kejap maka saya turuti dukung Ace jenjalan dalam bilik.

IKLAN

“Sambil dukung Ace dalam kepala saya dok pikir bilalah isteri mahu bangun. Tup tap bini bangun dan tengok jam, dia berterima kasih kepada saya kerana menjaga Ace selama 15 minit.

“Terduduk lagi saya dibuatnya, biar betik 15 minit je? Apasal saya rasa macam 1 jam 15 minit! Bila turn saya tidur selepas satu jam, bini saya kejut. Padahal Saya rasa macam baru sahaja terlelap dan emosi kerana baru sahaja 15 minit saya tidur dan tak hilang lagi penat melayan Ace 15 minit tadi. Dari situ saya nampak kehebatan seorang bini ni.” Tulisnya lagi.

Kesimpulannya, dia berkata mungkin adakalanya seorang isteri agak ‘bising’ mulutnya tetapi hargailah pengorbanan mereka. Semua ini kerana dia bimbang suami zaman sekarang tukar bini seperti dia tukar kereta walhalnya ‘kereta lama’ itu lah yang banyak berjasa dengan kita.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI