Korang perasan tak kenapa artis wanita yang melahirkan anak selalu nampak hot walau dimana saja tapi kenapa isteri atau kakak kita tak macam tu pun.

Mungkin korang boleh kongsikan 5 tip berguna dari saudara Taufiq Razif ini dekat mereka.

Ada 5 benda korang kena buat supaya korang tak jadi macam dalam gambar ni :

Tak Terurus Lepas Melahirkan Anak, Lelaki Ini Kongsi 5 Tip Yang Kaum Ibu Patut Buat

1. Ajar pasangan untuk memahami

Perkahwinan ni adalah proses berkenalan. Bukan berkenalan secara permukaan sahaja tetapi kita kena berkenalan dengan psikologi, fisiologi dan emosi pasangan kita juga

IKLAN

2. Belajar ilmu kawal emosi diri

Salah satu cara nak kawal emosi adalah dengan buat Deep Breathing ke Muscle Relaxation ke. Paling best adalah muscle relaxation. Samada dengan renggangan badan, senaman ringkas ataupun dengan urutan.

Nak lagi best suruh pasangan kita belajar mengurut. Spa percuma tu!

3. Belajar ilmu kawal emosi anak

Anak meragam tak berhenti boleh menyebabkan tekanan. Lebih parah lagi kalau tak belajar atau tak ada ilmu dan cara nak menenangkan. Bukankah anak yang tenang membuatkan kita lebih tenang?

IKLAN

4. Belajar ilmu urus rumahtangga

Kebanyakan stres ni datang juga daripada cara kita uruskan rumahtangga. Cuba fikirkan bersama pasangan kita bagaimana nak cepatkan dan mudahkan proses cuci baju, proses keringkan baju, proses memasak dan juga proses mengemaskan rumah.

Ingat tu, fikir bersama sama bukannya pendam memendam hingga akhirnya ia meletus menyebabkan perang dunia ke 3

IKLAN

5. Ambil WE TIME

Sesekali ambil masa berdua bersama pasangan. Selain daripada ME TIME, WE TIME juga penting kerana daripada WE TIME la perasaan positif kepada pasangan kita boleh kembali mekar dan subur.

Nak taknak kita kena belajar suburkan cinta pada pasangan kita. Wajah tu je kita nak hadap hari hari kan. Kalau boleh, kita nak hadap wajah yang menenangkan jiwa kita sentiasa walau kita sedang berduka lara

Selamat mencuba

Sumber : Facebook Taufiq Razif

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI