Entri kali ini menyentuh topik yang agak panas dan menarik – Tips Untuk Meningkatkan Kesuburan,Khas Untuk Lelaki. Tips-tips yang akan saya kongsikan ini sesuai untuk…
Suami isteri yang dah lama menantikan kehadiran cahaya mata
Suami isteri yang teringin nak tambah lagi anak
Pasangan baru kahwin yang dah tak sabar menimang baby
Pasangan yang akan kahwin dan ingin memastikan diri subur ala-ala bunting pelamin
Setiap Ayah Inginkan Anak…
Jadi, jom kita mulakan!
Cara #1 – Elakkan Perkara Yang Boleh Mengurangkan Kesuburan
Biasa dengar tak pepatah di bawah?
Mencegah lebih baik daripada mengubati…
Haa, samalah kesnya dengan kesuburan. Elakkan perkara-perkara yang boleh menganggu kesuburan anda. Antaranya:
1. Jangan Pakai Seluar Yang Ketat
Ini termasuklah seluar dalam yang ketat dan juga seluar jeans. Pastikan ada pengudaraan di kawasan ‘tersebut. Ada juga kajian yang mengatakan pemakaian boxer adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding seluar dalam.
Pakai Boxer Lagi Bagus Dari Spender?
Nak lagi bagus, pakailah kain pelikat selalu. Dijamin pengudaraan terbaik punya!
2. Kurangkan Pendedahan Kepada Bahan Kimia dan Radiasi
Sinaran-X dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenalpasti boleh menganggu penghasilan sperma dan menyebabkan anda tidak subur.
Ads
Radiasi Sentiasa Berbahaya
3. Elakkan Suhu Yang Terlalu Panas
Sauna atau mandian air panas yang terlalu lama tidak elok untuk kesuburan kerana ia boleh menyebabkan kilang telur anda kepanasan sekaligus mematikan sperma yang sangat berharga.
Menggunakan laptop di atas riba juga dikatakan boleh menganggu kesuburan kerana haba yang dihasilkan akan terhala ke bahagian sulit lelaki. Seboleh mungkin, letak alas yang boleh menghalang haba tersebut membunuh sperma anda.
Cara #2 – Amalkan Pemakanan Yang Sihat
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk memastikan kesuburan anda terjaga. Berikut adalah 3 tips pemakanan yang boleh anda amalkan:
Ads
1. Dapatkan Banyak Antioksida
Kajian demi kajian menunjukkan antioksida boleh membantu meningkatkan kandungan sperma lelaki. Kandungan sperma yang tinggi (atau juga disebut sperm count) penting untuk kesuburan.
Dapatkan makanan yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E dan Coenzyme Q10 yang terbukti mampu meningkatkan kesuburan. Contoh makanan adalah seperti buah-buahan, sayuran-sayuran, bijiran, protin dari daging putih (ayam, ikan dan makanan laut) serta produk tenusu.
2. Amalkan Pengambilan Suplemen
Dapatkan suplemen yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E, Coenzyme Q10, selenium, zinc dan juga asid folik. Vitamin-vitamin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk lelaki.
3. Elakkan Makanan Yang Membunuh Sperma
Minuman beralkohol dan daging merah dikaitkan dengan sebagai pemakanan yang menganggu kesuburan. Sebagai orang Islam, memang sah-sah lah anda tak boleh minum minuman beralkohol.
Terlalu Kerap Makan Daging Tak Elok
Cara #3 – Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat
Gaya hidup yang sihat adalah antara cara yang paling mudah tapi selalu dipandang remeh.
1. Berhenti Merokok & Jauhi Perokok
Kalau anda seorang perokok dan inginkan anak, sila berhenti merokok sekarang. Rokok dan asap rokok boleh menganggu kesuburan suami dan juga isteri.
Ads
Sila Berhenti Merokok
Selain itu, memang tiada manfaat yang diperolehi daripada merokok selain daripada merosakkan badan yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Asap rokok juga sangat berbahaya kepada orang sekeliling.
2. Kurangkan Stres
Stres yang terlampau tinggi boleh menganggu penghasilan dan keseimbangan hormon di dalam badan. Ini termasuklah hormon-hormon yang membantu penghasilan sperma.
Stres Yang Keterlaluan Merugikan Anda
Cuba cari cara untuk mengurangkan stres seperti bersukan, melakukan aktiviti yang disukai dan pergi bercuti. Jangan terkejut kalau ada orang yang terus mengandung selepas bertukar kerja.
3. Dapatkan Berat Badan Yang Ideal
Orang yang terlalu kurus atau terlalu berisi dan obes adalah berkemungkinan tinggi untuk mempunyai kandungan sperma yang rendah serta menghasilkan sperma yang ‘cacat’. Kalau sperma cacat, macam mana dia nak tembus ovum?
Kegemukan Boleh Mengundang Ketidak-Suburan
4. Jangan Ketagih Dadah
Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan sperma mati. Ada juga dadah yang boleh mengecutkan ‘kilang sperma’ sekaligus menghilangkan kelelakian seorang lelaki.
Cara #4 – Dapatkan Khidmat Pakar
Dapatkan Konsultasi Pakar
Kadang-kadang anda dah cuba semua cara di atas tetapi masih gagal untuk mendapatkan cahaya mata. Sebelum anda pasrah dan menyerahkan kepada ‘soal rezeki’ semata-mata, silalah bertanya pada yang pakar. Ada kemungkinan masalah anda berpunya daripada penyakit-penyakit tertentu yang perlu diubati terlebih dahulu.
sumber: firdausazizi.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menemukan pasangan hidup bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi jika anda bekerja dalam industri hiburan yang sibuk dan penuh cabaran.
Ini diakui sendiri oleh selebriti terkenal, Sherry Alhadad, yang terbuka berkongsi tentang cabaran peribadinya mencari jodoh.
Dalam satu perbualan santai, Sherry mendedahkan faktor-faktor yang membuatkan perjalanan mencari pasangan hidup menjadi lebih mencabar.
Fokus Kerjaya Hingga Tiada Masa Bersosial
Sherry mengakui bahawa salah satu sebab dia sukar menemui pasangan adalah kerana tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya.
Jadual kerja yang padat membuatkan dia kekurangan masa untuk keluar bersosial atau mengenali orang baharu.
“Saya jarang ada masa untuk keluar lepak atau jalan-jalan. Circle saya pun kecil, jadi nak kenal orang baru tu memang susah. Kalau nak cuba aplikasi dating yang swipe kanan, kiri tu, saya tak nak pula. Saya lebih prefer jumpa orang depan-depan,” jelasnya.
Cabaran Bertemu Pasangan yang Sesuai
Bekerja dalam industri hiburan turut mempersempitkan pilihan pasangan hidup.
Sherry berkongsi bahawa kebanyakan lelaki yang dia jumpa sama ada sudah berkahwin atau tidak sesuai dengan apa yang dia cari.
“Mungkin la saya kena buat kajian kenapa saya tak jumpa jodoh. Sebab ramai yang saya jumpa dalam industri ni suami orang. Tapi kalau duda, saya okay je. Lagipun saya suka budak-budak, jadi kalau dia ada anak pun, saya anggap itu bonus,” katanya sambil bergurau.
Minat Menjaga Kanak-Kanak Jadi Tarikan
Meskipun belum bertemu pasangan, Sherry tidak terburu-buru.
Dia menyatakan minatnya yang mendalam terhadap kanak-kanak, yang sering menjadi perhatian ketika berkumpul bersama rakan-rakan.
“Kalau ada gathering kawan-kawan, saya la yang akan jaga anak-anak mereka. Saya tak rasa tertekan, saya suka jaga budak. Sebab tu kalau ada pasangan yang ada anak, saya rasa okay je. Itu bonus untuk saya,” tambahnya dengan senyuman.
@maskulinmyKerja memang penting, tapi adakah ia menjadi alasan utama untuk jodoh lambat tiba? Sherry kongsi pandangan tentang cabaran mencari pasangan dalam kesibukan kerjaya. #maskulin #majalahmaskulin #fyp♬ original sound – Maskulin
Perjuangan masyarakat global dalam membanteras penularan COVID-19 masih lagi belum berakhir. Namun dengan pengenalan vaksin yang mula diedarkan di seluruh dunia memberikan harapan baru untuk kita semua.
Di negara kita, program vaksinasi terbesar dalam sejarah telah pun dilancarkan dengan fasa pertama memberi tumpuan kepada vaksinasi anggota barisan hadapan.
Namun di sebalik ketibaan vaksin di negara kita ada juga yang mengambil kesempatan untuk menipu dan mendakwa menjualnya di pasaran.
Memetik laporan Astro Awani, pihak polis telah menerima dua laporang berhubung penipuan penjualan vaksin COVID-19. Penipuan tersebut melibatkan kerugian bernilai RM285,499.95. Satu jumlah yang sangat besar.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kes ini masih lagi di dalam siasatan.
“Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengesan terdapat penularan informasi di media sosial berkenaan penjualan vaksin COVID-19 secara dalam talian.
“Walaupun pihak pengendali perkhidmatan jualan berkenaan telah mengeluarkan kenyataan bagi menafikan terdapatnya iklan tersebut, namun polis tidak menolak kemungkinan wujudnya iklan-iklan palsu berkenaan penjualan vaksin COVID-19 pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
PERINGATAN KEPADA MASYARAKAT
Beliau turut berkata kerajaan telah mengumumkan pemberian vaksin COVID-19 akan dilaksanakan secara percuma kepada rakyat Malaysia dan memberikan peringatan untuk masyarakat.
“Justeru sebarang tawaran penjualan vaksin oleh mana-mana pihak adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab dan berkemungkinan satu penipuan.
“JSJK sentiasa akan melaksanakan pemantauan secara berterusan bagi mengesan dan membanteras mana-mana pihak yang cuba mengiklankan penjualan vaksin secara dalam talian,” jelasnya.
Menurutnya lagi, orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berwaspada dengan tindakan pihak tidak bertangungjawab dan sentiasa peka dengan pengumuman serta arahan dikeluarkan kerajaan berkaitan program vaksinasi.
Buat anda semua usahlah terpengaruh dengan penipuan seperti ini. Dapatkan maklumat sahih menerusi portal rasmi kerajaan seperti dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan juga palikasi MySejahtera.
Follow IG Maskulin untuk update terkini gaya hidup lelaki!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Topik kurus ini bukanlah perkara baru dalam bualan kita seharian. Tidak kiralah lelaki ataupun perempuan, pasti semua mengimpikan berat badan ideal. Bila dah kurus, keyakinan akan lebih tinggi. Yelah dah kacak katakan.
Namun, perkara ini selalu dianggap susah untuk dilakukan. Bukan senang nak kawal selera makan serta amalkan gaya hidup sihat. Kali ini kami nak kongsikan dengan anda tips kurus brader ini. Memang terbaik! Bayangkan berjaya menurunkan 34kg dalam masa 3 bulan mungkin boleh dijadikan rujukan dan inspirasi buat korang di luar sana. Terdapat beberapa tips penting yang kita selalu terlepas pandang dalam mendapatkan bentuk badan yang ideal.
HILANG 34KG DALAM 3 BULAN TANPA PIL KURUS
Saya nekad untuk kurangkan berat badan dan mulakan gaya hidup yang sihat selepas mendapati tahap kesihatan mula menurun dan tahap kolestrol yang tinggi.
Pencetus Inspirasi
Berbicara tentang bagaimana dia boleh terinspirasi untuk menguruskan badan, Syahmi berkata mungklin ia bermula dengan anak-anaknya.
“Saya melihat perubahan anak-anak saya bila waktu saya nak hantar mereka ke sekolah . Time tu mesti dorang akan menolak saya untuk menghantar mereka .Mungkin sebab malu dengan badan saya yang besar. Dan pernah sekali bila beriadah bersama anak di Mall, anak saya bertanya kepada saya’ kenapa ayah tak kurus macam orang tu. Dan bermula dari waktu tu saya cuba menukar cara hidup saya kepada yang lebih sihat. Saya mahu menurunkan berat badannya sekaligus mahu menjalani gaya hidup yang lebih sihat.”
Setiap orang memerlukan keperluan kalori yang berbeza jadi sebelum diet kenali dulu diri.
2. Jaga pemakanan
sebagai contoh ambil pemakanan sempurna yang mempunyai makro dan micro nutrisi.
3. Banyak minum air kosong
Hal ini kerana air kosong mempunyai kosong kalori dan mengenyangkan perut. Air manis & ais saya memang tak ambil langsung. Sila elak 3 in 1 & air bergas (soft drinks), tinggi gula
4. Jaga waktu makan
Jangan sesekali skip waktu makan dan sebaiknya makan 4 jam sebelum waktu tidur. Selain itu makan secara perlahan juga membantu dalam proses nak kuruskan badan dengan1/3 makanan 1/3 minuman dan 1/3 udara.
5. Jangan hanya fokus pada penimbang
Perlu juga mengambil ukuran lilit badan seminggu sekali dan jangan hanya fokus pada penanda pada timbang berat.
6. Banyakkan berjalan kaki
Perlu diingatkan jika korang nak turunkan berat badan seharusnya berjalan 1000 langkah atau sekurang-kurangnya 45 minit aktikan diri.
7. Pelbagaikan senaman
Perlu lakukan senaman yang pelbagai seperi senaman kardio+ senaman yoga atau meditasi.
8. Sediakan diari harian
Diari ini sangat penting untuk mencatit segala apa yang kita makan atau apa yang kita lakukan. Jadi jika berat kita tak turun kita boleh rujuk dengan diari ini apa yang silap dengan aktiviti harian.
9. Paling penting kena positifkan diri
Minda harus sentiasa positif sebabnya jika kita stress susah untuk turunkan berat bada. Atau tukar tabiat korang. Jika selalunya kalau stress kira akan makan kan. Jadi kena tak boleh kalau stress kite workout dan pergi gym.
10. Tukar snack tak sihat kepada snack yang sihat
Lebihkan buah-buahan dan sayuran untuk waktu korang rasa ingin mengunyah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.