Setiap orang pasti memiliki alasan mereka yang tersendiri mengapa mereka memulakan latihan di gimnasium. Ada yang berlatih khusus untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Mungkin dengan ini mereka akan mampu untuk berlari 5 kilometer tanpa kelelahan. Atau hanya ingin mempamerkan tubuh mereka di media sosial.
Pertanyaan yang sering admin dengar dari kaum lelaki adalah bagaimana cara membesarkan otot dada dan lengan. Seringkali, lelaki berasakan bahawa otot dada dan lengan akan membuat mereka kelihatan seolah-olah lebih fit atau besar. Sayangnya, mereka salah. Situasi paling ideal untuk badan adalah untuk melatih keseluruhan tubuh dengan simetri yang baik.
Tetapi memang ada beberapa otot yang memiliki peranan yang lebih besar dalam membuat anda kelihatan agar lebih fit.
Latih otot punggung
Wanita paling menggemari otot perut kaum lelaki. Tapi sememangnya kamu sering tidak berbaju untuk mempamerkan di khalayak ramai? Misalnya, kamu selalu mempamerkan otot perut, boleh membuatkan wanita goyah imannya. Otot yang memberikan badan kita kelihatan fit adalah otot punggung atas dan sayap.
Otot-otot tersebut yang memberikan ilusi bentuk V pada badan agar kelihatan lebih bidang dan lebar. Apakah contoh latihan punggung yang bagus? Tidak ada yang boleh mengalahkan latihan Bent-Over Row. Lakukan Bent-Over Row untuk 3 hingga 5 set, menggunakan 8 sampai 12 pengulangan.
Ads
Latih otot bahu
Selain otot punggung, otot bahu juga memiliki kesan yang membuatkan anda kelihatan besar dan bidang. Ingat, otot bahu itu pada umumnya sangat susah untuk dibesarkan. Oleh disebabkan itu, sebaiknya anda melakukan 2 jenis latihan yang berbeza untuk otot bahu agar ia lebih kuat dan kelihatan lebih lebar.
Bagaimana cara untuk membuatkan otot bahu anda agar kelihatan lebih lebar? Latih otot bahu pada bahagian sisi. Otot bahu bahagian sisi samping (lateral deltoids) sebaiknya dilatih dengan Overhead Press dan Dumbbell Lateral Raises.
Jangan lupa latihan kaki
Memang otot kaki itu tidak kelihatan menarik tapi apakah anda mahu kelihatan seperti ini? Sekali lagi, badan yang berbentuk simetri sempurna itu penting dan tidak ada latihan kaki yang dianggap sebagai lebih bagus dari mengamalkan latihan barbell high bar squat.
Ads
Gunakan baju yang ukurannya sesuai untuk anda
Tidak perlu gusar dalam memikirkan jenis baju untuk anda pakai. Jika ukurannya terlalu besar atau terlalu kecil, anda tidak akan kelihatan seolah-olah fit. Memang, otot memiliki peranan yang penting dalam menunjukkan badan anda yang sihat, tetapi jika otot itu ditutupi dengan baju yang tidak muat, tiada gunanya.
Ads
Pilih baju yang sesuai dengan mengikut ukuran tubuh anda, jangan terlalu besar atau terlalu kecil.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
1- Cari punca stres – Pertama sekali, cuba kenal pasti apa sebenarnya yang telah menyebabkan ada berasa stres di pejabat. Adakah kerana ketua anda, rakan-rakan sekerja, tugasan atau persekitaran? Setelah mengenal pasti punca, lebih mudah untuk anda fokus kepada solusi.
2- Berehat sebentar – Ambil 5-10 minit untuk merehatkan minda anda. Seboleh-bolehnya keluar dari pejabat sebentar untuk tenangkan diri atau tidur sebentar selama 10-15 minit pada waktu rehat. Cara ini juga dapat membantu anda mengurangkan kekusutan fikiran anda dan ternyata ia membantu!
3- Tarik nafas dalam-dalam – Pejamkan mata dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Ia dapat membantu anda supaya bernafas dengan betul dan mengurangkan tekanan dalam jangka masa yang pendek.
4- Berbincang dengan rakan – Masalah tidak akan selesai jika anda mendiamkan diri, merajuk dan membawa diri. Luahkan stres yang anda hadapi kepada rakan sekerja atau sahabat yang boleh dipercayai. Mungkin ada idea atau pendapat menarik daripadanya yang boleh membantu anda menghadapi tekanan di pejabat.
5- Buat aktiviti menarik semasa cuti – Walaupun anda menghadapi tekanan di tempat kerja, seeloknya jangan dibawa masalah itu ke rumah dan memberi kesan dalam perhubungan anda dengan ahli keluarga lain. Lupakan hal tersebut, lakukan aktiviti kegemaran anda bersama insan tersayang.
6- Layari laman web anti-stres – Terdapat pelbagai laman web yang boleh anda lawati untuk menghilangkan stres di pejabat contohnya menonton video humor. Ia sedikit sebanyak bagaikan ‘pil penenang’ kepada anda.
7- Bersukan – Jika anda bukan peminat sukan, anda harus mulakannya dari sekarang. Selain dari menyihatkan badan, ia dapat membantu anda menenangkan fikiran. Aktiviti sukan seperti berjoging, bermain badminton, sukan lasak, berenang atau berkunjung ke gimnasium juga baik untuk anda.
8- Ketawa dan senyum – memang sukar hendak ketawa jika sedang berada dalam keadaan stres. Tetapi ia tidak mustahil. Cuba fikirkan perkara yang boleh membuatkan anda tersenyum seperti hidangan kek coklat lazat, kekasih hati anda, kereta idaman anda, atau lawak-lawak yang dapat membuatkan anda tersenyum sekurang-kurangnya. Selain itu, tampal kata-kata semangat di bilik pejabat anda untuk menaikkan semangat anda.
9- Menu Makan Berkhasiat – Selalunya bila kita tertekan, kita mudah makan apa saja untuk menghilangkan tekanan. Tetapi ia akan memudaratkan jika anda gagal mengawal pemakanan anda. Seeloknya minum dan makan makanan yang berkhasiat. Makanan seperti ikan, sayur brokoli, pasta, almond, susu, daging, buah bluberi, bawang putih, chamomile merupakan antara menu yang dapat membantu anda mengurangkan stres.
10- Cari pekerjaan lain – Jika anda tidak gembira dengan pekerjaan anda sekarang, perlahan-lahan cuba cari pekerjaan yang sesuai dengan anda. Ini juga dapat membantu meringankan tekanan di pejabat yang ada sekarang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penularan wabak COVID-19 ternyata telah mengubah banyak lanskap pelbagai industri. Selain industri penerbangan yang terjejas teruk industri sukan juga menerima impak yang hampir sama.
Buat masa sekarang hampir keseluruhan perlawanan liga-liga utama di Eropah dan dunia telah digantung buat sementara waktu. Begitujuga dengan kejohanan utama seperti EURO 2020 dan juga Sukan Olimpik Tokyo yang telah diumumkana kan ditunda pada tahun hadapan.
Namun bagi liga-liha utama di Eropah ia dijangka bakal disambung dalam tempoh masa terdekat tetapi dengan syarat bermain di stadium tanpa penyokong.
Di antara liga yang dijangka disambung ialah liga utama Jerman, Bundesliga. Melihatkan perkembangan ini salah sebuah kelab utama liga tersebut, Borussia Monchengladbach mengambil pendekatan yang sedikit unik.
Borussia Monchengladbach telah memperkenalkan kempen ‘Stay at home. Be in the stands’. Kempen ini menyaksikan mereka memberi perluang kepada penyokong untuk meletakkan potongan kadbod foto di dalam stadium.
Dengan bayaran hanya EUR19 (RM90), penyokong boleh meletakkan keratan foto mereka dalam bentuk kadbod-stand di dalam stadium kebanggan mereka, BORUSSIA-PARK Stadium.
Kempen ini diperkenalkan untuk memberi peluang kepada penyokong memberikan sokogan kepad pasukan apabila liga kembali disambung. Liga di Jerman telah digantung sejak 13 Mac yang lalu dan besar kemungkinan ia akan dilanjutkan dalam tempoh yang bakal diumumkan nanti.
Apa yang menarik lagi kempen ini merupakan inisiatif tanpa untung yang diperkenalkan kelab berkenan bagi menyokong Fanprojekt Monchengladbach dan projek kebajikan yang dijalankan mereka.
Penjaga gol Borussia Monchengladbach, Yann Sommer menyambut baik projek ini dan percaya ia boleh memberikan suntikan semangat kepada dirinya dan rakan-rakan sepasukan di atas padang nanti.
“Ini merpakan idea yang sangat baik. Saya sudah melihat banyak potongan kadbod mula memeunhi tempat duduk stadium. Ia memberikan gambaran kami tidak berseorangan dan sentiasa ada,” jelasnya lagi.
Adakah langkah sama juga akan dilakukan oleh kelab-kelab lain di Jerman mahupun di liga-liga utama Eropah? Apa yang pasti bola sepak tidak akan lagi sama pasca COVID-19. Segalanya telah berubah sehinggalah wabak ini dibanteras sepenuhnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Guru lelaki kongsi kisah sedih, pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.