Kita selalu mendengar bahawa perempuan dinasihatkan untuk mengelak diri mereka daripada jatuh cinta terhadap lelaki kacak demi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa curang dan kecewa di kemudian hari.
Tapi sebenarnya bukan semua lelaki kacak itu sebenarnya bersifat buaya dan akan mengakhiri hubungannya disebabkan orang ketiga. Rasa cinta itu lahir dari dalam, bukannya berasaskan rupa luaran semata-mata.
Buktinya, 10 orang pelakon terkenal dan kacak ini telah berjaya mempertahankan perkahwinan masing-masing untuk tempoh yang cukup lama.
Lionel Messi
Saling mengenali sejak zaman kanak-kanak. Messi jatuh cinta pandang pertama dengan isterinya ketika usia mereka sembilan tahun, dan sejak itu mula kerap berhubung melalui surat dan panggilan telefon apabila meningkat remaja.
Sehingga kini biarpun Messi amat terkenal di seluruh dunia, dengan nilai kekayaan dianggarkan mencecah lebih RM2.5 billion sebagai pemain bola sepak profesional, duta produk, usahawan dan social media influencer, Messi memilih untuk berbahagia dengan kehidupan berkeluarga. Salute! Tahun Perkahwinan : 2017
Denzel Washington
Sebagai seorang suami yang berjaya mempertahankan perkahwinannya untuk bertahan selama 4 dekad, pelakon filem Flight & The Equalizer ini kekal bersama isterinya, Pauletta Pearson. Mereka bertemu di set penggambaran filem Wilma pada tahun 1977 dan sejak itu memiliki empat orang anak yang sedang mengikut jejak langkah Denzel. Tahun Perkahwinan : 1983
Dato’ Rosyam Nor
Mereka sememangnya sweet! Dato’ Rosyam Nor mengahwini teman wanitanya, Runika Mohd Yusoff pada waktu beliau baru 3 tahun bertapak dalam industri seni dan membuktikan bahawa status sebagai pelakon lelaki yang sudah berkahwin tidak sesekali akan merudumkan kerjaya seni sesiapa. Sehingga kini, mereka telah dikurniakan 5 orang anak perempuan. Tahun Perkahwinan : 1989
Ads
Tim McGraw
Oh such country sweethearts! Duo hebat dalam industri muzik Country iaitu Tim McGraw dan Faith Hill bertemu semasa sama-sama menjayakan jelajah konsert Spontaneous Combustion pada tahun 1996 dan terus berkahwin pada tahun yang sama! Sejak itu, masing-masing tidak dapat menidakkan rasa kasih sesama mereka selama 25 tahun dan kini mempunyai 3 anak perempuan. Tim dan Faith masih aktif berkolaborasi dan pernah melancarkan album bersama berjudul The Rest of Our Life. Tahun Perkahwinan : 1996
Hisyam Hamid
Wajah kacak Hisyam yang menghiasi skrin televisyen Malaysia dan Singapura sering membuatkan ramai orang percaya dia seorang yang masih single. Namun memasuki 2021, Hisyam dan isterinya Rosmawati Hanafi telahpun mempertahankan perkahwinan yang dibina selama 15 tahun!
Ada masanya, Hisyam mengakui hubungan mereka diuji. Dia lebih selesa duduk berbincang dengan isteri berbanding mencari pertolongan orang lain. Tahun Perkahwinan : 2006
Ads
Kevin Bacon
Tiga tahun bukanlah tempoh masa yang sekejap, namun pasangan selebriti Kevin Bacon dan Kyra Sedwick berjaya mengharungi segala cabaran sebagai pasangan. Menariknya, pada mulanya Kyra tidak begitu tertarik dengan Kevin setelah mereka berlakon bersama-sama menerusi filem Lemon Sky. But hey, love is blind.
Kevin pernah berkongsi tip bersama majalah People berkenaan rahsia mereka berdua masih bersama. “Dia tidak bersifat kompetitif apabila melihat graf karier saya. Kami sama-sama adalah pelakon tetapi kami tidak cuba untuk bertanding. She takes my successes as hers; I am the same way.” Tahun Perkahwinan : 1988
David Beckham
Okay, ‘Power Couple’ ini pernah berdepan dengan pelbagai skandal termasuklah satu dakwaan bahawa David pernah mencurangi Victoria sekitar tahun 2004. Ingat lagi dengan bekas pembantu peribadi David, Rebecca Loos?
Namun, masing-masing belajar daripada insiden yang hampir meruntuhkan rumah tangga mereka itu dan sehingga kini, Posh dan Becks masiih bertahan selama lebih 22 tahun dan memiliki 4 orang cahaya mata. Malah, David juga dikatakan cukup sentimental dan masih menyimpan tiket penerbangannya di mana tercatat nombor telefon yang diberikan oleh Victoria. Tahun Perkahwinan : 1999
Ads
Won Bin
Banyak sebenarnya selebriti kacak dari Korea Selatan yang telah memilih untuk berkahwin seperti Rain, Yeon Jung Hoon, Taeyang Big Bang, Lee Sang Woon dan ramai lagi. Namun kami merasakan perkahwinan pelakon popular, Won Bin kepada Lee Na-young setelah 3 tahun bercinta adalah sesuatu yang istimewa.
Masing-masing lebih selesa untuk menjaga privasi hubungan mereka. Won Bin juga sudah lama tidak muncul dengan projek baru sejak memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik bagi filem The Man From Nowhere dan dikatakan menolak peluang membintangi produksi K-drama premium pada tahun lalu. Namun dia masih aktif menjadi duta jenama dan dipercayai dibayar sehingga USD806,000 bagi satu iklan! Tahun Perkahwinan : 2005
Datuk Aaron Aziz
Belasan tahun membina bahtera perkahwinan, pelakon Datuk Aaron Azizi dan Datin Diyana Halik sememangnya merupakan di antara sweet couple dalam industri hiburan negara. Kata Aaron dalam satu temu ramah tak lama dahulu, beliau menganggap ketiga-tiga orang anaknya merupakan sebab utama mereka berdua boleh bertahan.
Hubungan mereka tidak pernah diganggu orang ketiga kerana kuota berkahwin untuk tiga lagi itu sudah dipenuhi oleh anak-anaknya. “Saya berpegang pada 3 prinsip iaitu cinta, kasih dan amanah yang dipertanggungjawabkan.” Tahun Perkahwinan : 2003
*Kesimpulannya, berdasarkan pengalaman kebanyakan orang, katanya lelaki kacak lebih setia berbanding yang tak berapa nak ‘elok’ tu. Apa pun, pokok pangkalnya adalah hati.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Johan Ghazali, atau lebih dikenali sebagai Jojo, baru-baru ini meluahkan rasa bangganya apabila dijemput oleh legenda MMA, Khabib Nurmagomedov, untuk berlatih bersama di Dagestan, Russia.
Khabib, yang baru-baru ini melawat Kuala Lumpur, sempat bertemu dengan Jojo dan menjemputnya untuk menyertai kem latihan yang terkenal dengan latihan disiplin ketat serta persiapan mental dan fizikal yang tinggi.
Jojo, seorang pejuang Muay Thai yang semakin dikenali di arena seni bela diri tempatan dan antarabangsa, menyatakan rasa syukur atas peluang ini. “Saya bersyukur dan tak akan lepaskan peluang ini.
“Bagi saya, Khabib dan Muhammad Ali adalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Mereka merupakan petarung Muslim yang ikonik,” katanya dengan penuh semangat.
TAWARAN LAKONAN
Selain perkembangan kerjaya dalam Muay Thai, Jojo turut berkongsi dia turut menerima tawaran untuk lakonan. Namun, buat masa sekarang, dia ingin fokus pada perkembangan karier pertarungannya.
“Buat masa sekarang, saya mahu beri sepenuh perhatian pada Muay Thai dan seni bela diri. Mungkin bila kerjaya ini sedikit perlahan, saya akan mempertimbangkan tawaran berlakon. Tapi, berlakon bukan mudah. Ia perlukan tenaga, masa, komitmen, dan latihan yang intensif, terutamanya bagi saya yang tak ada latar belakang bidang lakonan,” jelas Jojo.
Apabila ditanya tentang watak impiannya jika berpeluang berlakon, Jojo tanpa ragu-ragu menyebut: “Kalau boleh pilih, saya mahu berlakon watak seperti Tom Cruise.”
Dalam dunia sukan pula, Jojo mengidolakan Cristiano Ronaldo, atlet yang sentiasa memberi inspirasi kepadanya dengan kerja keras dan dedikasi luar biasa.
Baru-baru ini, Jojo turut mencuri tumpuan ramai apabila mengenakan baju Melayu ketika perlawanan di Amerika Syarikat baru-baru ini. Ditanya mengenai pemilihan pakaian tradisional itu, Jojo menjelaskan, “Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Saya mahu tunjuk kepada dunia budaya kita”.
Menjelang setiap perlawanan, Jojo mempunyai rutin tersendiri. Walaupun tidak tetap, dia berkongsi bahawa solat hajat dan solat sunat sering menjadi amalan sebelum melangkah ke gelanggang.
“Sebenarnya saya tak ada rutin yang sama sebelum perlawanan tapi saya akan lakukan solat – solat sunat, solat hajat untuk kosongkan minda bagi persiapan mental,” tambahnya lagi.
SUKAN MENCABAR
Untuk mereka yang baru ingin berjinak-jinak dengan sukan Muay Thai, Jojo memberikan pesanan ringkas tetapi mendalam.
“Sukan ini bukan mudah. Ia antara yang paling mencabar. Sukan ini menyakitkan dan boleh menyebabkan kecederaan serius, berbahaya dan memerlukan fokus sepenuhnya. Tak boleh buat separuh-separuh.”
Jojo terus memberikan inspirasi kepada ramai peminat sukan dan seni bela diri dengan ketekunan, dedikasi, dan semangat juangnya.
Sebagai seorang atlet yang terus berkembang, Jojo melambangkan gabungan kekuatan, disiplin, dan rasa bangga terhadap akar budaya serta agama yang dipegang teguh.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Masyarakat Cina memang sangat terkenal kerana mempunyai pelbagai masakan asli. Malah, hidangan tradisional Cina juga terkenal dengan warna, aroma, rasa dan rupanya.
Jika dapat ‘menuntut’ resipi dan cara buat daripada orang Cina mesti menarik bukan? Barulah keaslian rasa dapat dihasilkan sama seperti kita makan di resotan Chinese Muslim.
Adam Corrie juga ada berkongsi resipi masakan Cina iaitu Ayam Masak Kicap Cendawan yang nampak cukup menyelerakan dan cara penyediaannya pun cukup mudah. Jadi apa kata anda cuba buat dengan resipi yang dikongsikan olehnya.
BAHAN-BAHAN
1. Ayam di perap dengan sos tiram, sos pekat dan kicap cair. Perap semalaman
2. Tumis halia, cili kering, cili padi. (Kepedasan ikut masing-masing)
3. Kemudian masukkan ayam perapan, satu per satu. Boleh tengok video live saya tempohari kalau tak pasti.
4. Kemudian tuang lebihan kicap perapan ayam dalam kuali.
5. Cendawan kering yang telah direndam sehingga kembang pula di masukkan di dalam kuali. masukkan satu labu bawang putih salai (yang telah dibasuh bersih) ke dalam kuali.
6. Masukkan garam bukit dan gula secukup rasa. Tambah air bagi berkuah.
7. Kemudian masukkan Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air. Kalau pekat Kuahnya boleh makan dengan mee sizzling..Kalau tak pekat makan dengan nasi.
Ini resipi ringkas dari bujang. Mungkin orang lain resipinya lebih grand. Saya bukan Cef, bukan pandai masak pon.. tapi masak untuk diri sendiri dan keluarga ok la..
Selamat mencuba.
Artikel diambil dan diolah dari Keluarga.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Sebentar tadi Malaysia telah kehilangan seorang tokoh yang unggul dan amat disegani.
Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Mahmud bin Taib telah dilaporkan meninggal dunia pagi ini. Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 4.28 pagi di Hospital Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur.
Tidak dinafikan allahyarham merupakan tokoh yang berpengaruh dan disegani ramai. Beliau terkenal dengan semangat patriotisme dengan cuba menyingkirkan tembok tradisi dan taraf sosial dalam kalangan masyarakat Sarawak.
Ini kami rangulkan 10 fakta menarik tentang figura ini.
1. Berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di Sarawak daripada kadar 70 peratus kepada serendah satu digit sahaja.Disebabkan itu, Allahyarham digelar sebagai Bapa Pembangunan dan Pemodenan Sarawak.
2. Memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak (kini dikenali sebagai Premier Sarawak) selama 33 tahun. 16 Mac 1981 hingga 28 Februari 2014.
Datuk Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri untuk penggal ketiga pada 17 April 1987. Foto via Sarawakdotcom
3. Menekankan polisi politik pembangunan yang berpaksikan kesaksamaan bagi mewujudkan pembangunan dan kemakmuran Sarawak agar sebarang perbalahan politik, sama ada dalaman atau luaran diketepikan.
4. Membawa masuk kampus universiti-universiti Barat dan Australia ke Sarawak amat dititikberatkan oleh Abdul Taib. Inisiatif ini bagi merapatkan jurang ketidaksamaan.
5. Memperkenalkan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui (SCORE) yang bertujuan mempelbagaikan ekonomi masa hadapan Sarawak.
6. Dilahirkan di bandar Miri, Sarawak pada 21 Mei 1936 dengan berdarah bangsawan.
Pehin Seri Abdul Taib Mahmud ketika muda. Foto via Sarawakdotcom
7. Cemerlang dalam bidang akademik kerana ditawarkan biasiswa Colombo Plan bagi melanjutkan pelajaran di menara gading dalam jurusan undang-undang di Universiti Adelaide Australia.
8. Menolak pelawaan berkerja sebagai hakim dan menjawat jawatan pendakwa raya di negeri tercinta Sarawak.
9. Melakar sejarah sebagai tokoh termuda dalam kancah politik Sarawak, pada 22 Julai 1963 beliau mengangkat sumpah sebagai seorang menteri.
10. Ketua Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Sarawak.
Innalillahiwainnailaihirojiun…Semoga roh Tun Pehin Sri Haji Mahmud bin Taib dicucuri rahmatNYA.
Lelaki kuat melatah selalunya seorang yang kelakar. Pernah tak korang jumpa seseorang yang kuat melatah? Baru je kita buat bunyi pelik sikit, terus dia terlompat sambil menyebut benda-benda yang kadang-kadang langsung tak masuk akal.