Menjadi seorang lelaki memang agak terhad bila kita bercakap pilihan aksesori. Tak banyak yang boleh digayakan berbeza dengan golongan wnaita.
Disebabkan itulah jam tangan sentias amenjadi aksesori yang cukup bernilai dan dihargai oleh seorang lelaki. Ia kini bukan lagi berfungsi semata-mata menjadi menunjuk masa semata-mata tetapi lebih daripada itu.
Malah terdapat pelbagai jenis jam tangan ditawarkan di pasaran mengikut paras harga berbeza. Antara jam pilihan yang popular ialah jam klasik, semi automatik, mekanikal dan terkini jam pintar.
Jam juga muncul dalam pelbagai jenis bentuk. Ada yang berbentuk bulat, segi empat dan juga segi tiga. Tapi apakah cara terbaik untuk memilih jam sebelum anda membelinya?
Ikuti tip yang MASKULIN kongsi di bawah.
Sebelum membeli jam anda harus faham bahawa terdapat pelbagai jenis jam yang terdapat di pasaran. Jadi anda harus tahu adakah jam tersebut bakal memenuhi keperluan anda setiap hari. Sebagai contoh jika anda seornag yang sentiasa aktif melakukan aktiviti larian atau berbasikal, jam tangan pintar adalah pilihan paling tepat. Jika mahu tampil segak dan tampil elegan pula carilah jam dengan rekaan klasik.
Antara faktor utama pemilihan ialah perlu melihat apakah material atau bahan jam tangan itu diperbuat. Untuk jam ada dua bahagian yang penting iaitu body dan juga tali jam. Sama sepeeti di atas anda pilihlah material yang sesuai dengan gaya hidup anda. Jika sentiasa berpeluh elakkan membeli tali daripada jenis kulit.
BACA: Senarai Kombinasi Warna Yang Terbaik Untuk Pakaian Lelaki Elegan
Faktor ini sangat penting kerana anda perlu tahu jam tersebut digerakkan dengan salah satu daripada tiga jenis fungsi biasa iaitu bateri, quartz dan mekanikal. Ketiga-tiga ini membawa fungsi yang lebih kurang sama cuma berbeza daripada aplikasi dalaman jam sahaja. Namun, ini merupakan faktor penting bagi pengumpul jam.
Memilih jam berkualiti semestinya akan hadir dengan harga yang cukup mahal. Namun jika anda membuat survey lebih awal, pasti opsyen itu akan bertambah besar. Jangan tergesa-gesa membuat keputusan kelak nanti anda menyesal dengan pembelian. Bacalah review dari laman sesawang yang boleh dipercayai agar anda dapat gambaran awal tentang performance dan kualiti jam tersebut.
Setiap jenis jam mempunyai ukuran yang berbeza-beza sama ada body atau ukuran panjang tali. Untuk body jangan beli jam tangan yang mempunyai diameter melebihim lebar pergelangan tangan. Bagi tali pula jika ada memakai jam tangan pada laras paling besar tapi ia meninggalkan kesan selepas membukanya, itu bermakna jam sangat ketat. Bagi anda yang badan bersaiz besar carilah jam yang mempunyai rekaan lebar dan bulat.
Anda boleh membeli jam mengikut keperluan spesifik seperti bersukan, kerja, majlis formal atau untuk dipadankan dengan pakaian kasual. Apa yang penting anda harus tahu adakah ia memenuhi keperluan harian anda. Jnagan beli jam semata-mata ia trend terkini walhal ia senagat tak sesuai untuk anda.