Seiring dengan peredaran zaman lebih ramai lelaki kini mementingkan penampilan dan penjagaan diri. Lambkana produk grooming kini ditawarkan di pasaran kepada lelaki.
Bermula daripada hujung rambut sampai ke hujung kaki. Segala macam produk boleh didapati dengan mudah.
Namun malangnya masih ramai yang mengambil remeh perkara-perkara asas penjagaan diri. Kadang-kadang kami di MASKULIN kecewa juga dengan sesetengah orang yang semakan tak menmpedulikan penjagaan diri.
Lebih teruk jika perbuatan tak endah mereka itu turut menjejaskan kehidupan orang lain. MASKULIN tertarik dengan perkongsian Abdul Muiez Ruslee yang juga merupakan seorang guru kaunselor di sebuah sekolah menengah tempatan.
Perkongsiannya itu menyenaraikan beberapa perkara asa penjagaan diri yang sering diremehkan oleh ramai orang. Baginya penjagaan diri adalah sesuatu yang perlu dilakukan dengan disiplin dan penuh tanggungjawab.
Dan penjagaan diri itu tak semestinya perlu menggunakan produk mahal semata. Jom ikuti tip yang dikongsikan beliau di bawah:
Ads
Bila sebut tentang penjagaan diri, teringat zaman berhingus dulu. Rasa macam, eiiii, gelilah nak cuci muka, pakai deodoran, bedak bagai. Bila dah pandai melawa, barulah tahu yang penjagaan diri ini sangat penting.
Penjagaan diri tak semestinya kena pakai perfume yang mahal. Atau pomade yang berpuluh ringgit. Tapi cukup dengan jaga perkara asas.
1.
Rambut. Kita sendiri tahu bila rambut perlu dipotong. Agak kalau sudah panjang, potong sajalah. Tak perlu nak tunggu orang suruh. Lainlah kalau kita jenis menyimpan rambut.
2.
Rambut panjang. Bila sudah berambut panjang, jangan lupa cuci. Berapa kali nak kena cuci seminggu? Bergantung kepada individu. Kalau rambut kerinting dan lebat, mungkin seminggu 3 kali. Terutama yang memakai songkok atau topi. Jangan sampai, bila buka songkok, boleh pengsan orang sebelah.
Ads
3.
Kuku. Potonglah setiap minggu. Terutamanya hari Jumaat. Tak susah pun. Takkan nak tunggu kuku berkerak baru nak potong, kan?
4.
Gigi. Masalah utama ialah bila ada makanan terlekat pada gigi. Seharian baru nak gosok. Dia punya bau. Nahhhh. Nak jaga gigi, mudah saja. Beli dental floss. Tak mahal pun. Buang makanan yang tersekat di celah gigi. Kita pun rasa selesa.
5.
Karang gigi. Ini yang ramai tak ambil berat. Alasan, kita gosok gigi hari-hari. Sebenarnya walaupun kita gosok gigi dengan kerap, karang gigi masih boleh terbentuk, terutama di kawasan yang tak sampai diberus. Buruk weh bila senyum nampak gigi berkerak. Nak buang senang saja. Pergi klinik gigi kerajaan untuk mendapatkan rawatan penskaleran. Bayarannya hanya 2 ringgit. Selesai. Confirm tahap kekacakan kita naik 20%
6.
Misai. Rapikanlah misai tu bila dah panjang. Tak susah pun. Potong hingga atas bibir. Baru orang tengok tak serabut.
Ads
7.
Bulu hidung. Kalau rasa bulu hidung terkeluar, tolak perlahan-lahan masuk ke dalam. Kalau terjojol juga, potonglah. Takkan nak bela.
8.
Ketiak. Bab ini, saya sarankan pakailah deodoran. Peluh itu membuatkan ketiak kita masam. Sekurang-kurangnya, bila.pakai pewangi, kuranglah baunya.
Bila kita jaga penampilan diri, kita rasa muka tak hensem pun akan jadi hensem. Orang pun senang nak dekat dengan kita. Kan?
Abdul Muiez Ruslee
Terima kasih saudara Abdul Muiez Ruslee yang menguhubungi MASKULIN untuk berkongsi tip yang baik ini. Semoga perkongsian beliau boleh memberikan manfaat kepada anda semua.
Perkongsian asal beliau di Facebook:
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai orang terutamanya wanita beranggapan bahawa lelaki ini kurang cerewet dalam bab pemilihan minyak wangi.
Jika ada yang beranggapan begitu nampaknya mereka silap sama sekali. Lelaki pada zaman kini sangat mementingkan kesesuaian baua yang melekat pada tubuh mereka. Pelbagai faktor boleh menentukan bagaimana seorang lelaki itu memilih minyak wangi tertentu.
Ada yang disebabkan bau kegemaran dan ada juga yang ingin menyembunyikan bau badan yang kuat. Tapi anda sebagai lelaki juga harus ingat bahawa tidak semua pilihan anda itu bersesuaian dengan diri sendiri.
Sebelum membeli minyak wangi adalah lebih baik anda ikuti beberapa tip yang MASKULIN kongsikan di bawah.
FAHAMI JENIS BAU DAN KARAKTERNYA
FRESH ATAU MENYEGARKAN
Antara bauan yang sinonim dengan karakter segar ialah Giorgio Armani Acqua di Gio. Sesuai untuk anda yang tak melakukan aktiviti terlalu lasak dan lebih banyak habiskan mada dalam pejabat.
FLORAL
Ya, lelaki juga boleh guna minyak wangi berbau bungaan. Tapi tidak semua jenis bau bunga yang sesuai. Buat lelaki bau bunga lavender mampu memberikan personaliti seksi kepada pemakainya. Dior Homme antara contoh perfume bau seperti ini.
WOODY ATAU KAYU
Minyak wangi yang paling sinonim dengan karakter maskulin dan kelelakian. Mampu menyerlahkan sifat kejantanan paling maksima kerana ia lebih keras dan mampu memberikan gaya keyakinan kepada pemakainya.
PENGGUNAAN HARIAN
Setiap minyak wangi mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh keberkesanannya di dalam kondisi atau persekitaran tertentu. Jika anda mahu elemen tarikan luar biasa di pejabat pilihlah bau woody. Manakala untuk lebih santai dan bersahaja, bauan fresh paling sesuai buat anda. Dan jika anda ingin tampil seksi pada janji temu pilihlah bauan floral.
PENGGUNAAN KE MAJLIS
Setiap majlis pastinya datang dengan tema berbeza. Sebagai seorang lelaki yang mementingkan karakteristik bauan pastinya anda ingin memilih minyak wangi sesuai dengan acara.
Majlis formal – bauan yang mempunyai sifat elegan dan eksklusif seperti Amouage, Creed atau Tom Ford
Majlis tak formal – sesuai dengan bauan woody atau fresh yang sesuai dengan karakter anda. Antara pilihan sesuai Polos Sport Extreme dan Bleu de Chanel.
Aktiviti luaran – pilihlah minyak wangi yang menyerlahkan bau ketika anda berpeluh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda bangun bagi dan mencuci muka menggunakan sabun dan air sahaja lantas, maka tibalah masanya untuk meningkatkan tahap penjagaan kulit anda. Tidak mengkhususkan pada mana-mana produk, rejim penjagaan lengkap kulit muka perlu dipandang serius. Mengapa? Kerana kulit muka lelaki memerlukan penjagaan lebih berbanding dengan wanita. Ia lebih kasar, sama ada anda bercukur atau pun tidak.
# Semudah membasuh muka
1. Curi masa setiap hari untuk membasuh muka sekurang-kurangnya dua kali sehari, pada waktu pagi dan malam. Pilih produk pencuci muka bersesuaian mengikut jenis kulit muka. Realitinya, kebanyakan daripada kita sering tersilap memilih produk pencuci muka. Contohnya menggunakan pencuci muka normal untuk kulit berminyak. Adalah disarankan untuk menggunakan skrub muka dua hingga tiga kali seminggu. Pastikan ia mempunyai hidrat pembersihan tinggi yang menanggalkan kotoran. Ringankan diri berjumpa dengan pakar dermatologi untuk memeriksa kulit muka anda.
# Jangan lupa bercukur!
2. Sudah-sudahlah membeli pisau cukur murah. Melainkan anda sedang bercuti dan menginap di hotel, pisau cukur murah bukan sahaja mencacatkan misai dan janggut yang tumbuh. Sensitiviti kulit juga akan terjejas. Perlu bijak memilih ‘senjata’ cukur bersesuaian. Sertakan sekali penggunaan gel pelembap atau buih pencukur. Tip berguna ketika bercukur? Gunakan air panas dan berwap. Liang pori yang terbuka akan memudahkan proses pencukuran. Hati-hati apabila menggunakan air panas ketika bercukur.
# Ulang Langkah No. 1 & 2
3. Ada kalanya anda ingin menyimpan janggut dan misai. Jangan sesekali lupa untuk membersihkan rambut yang tersimpan di bahagian wajah untuk mengelakkan kotoran melekat yang boleh menyebabkan kewujudan bakteria. Selepas bercukur, menghidrat dan menenangkan permukaan kulit adalah wajib. Elakkan daripada pengambilan alkohol. Ia akan membuatkan kulit muka cepat kering dan bertambah kusam. Inginkan kulit muka yang lebih segar? Elakkan makanan goreng atau berminyak. Ia bukan sahaja baik untuk kulit muka malah tubuh anda juga!
# Melembap Itu Macho!
4. Jangan terlupa untuk menggunakan pelembap muka. Sekali pun anda merasakan kulit muka bagaikan kertas pasir, melembapkan kulit adalah wajib untuk semua orang. Inginkan pelembap yang lebih maskulin? Pilih pelembap kulit yang bebas daripada sebarang bau atau wangian.
# Protect Your Skin!
5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa menyapu krim pelindung cahaya matahari. Jika anda menggunakan pelembap kulit yang mengandungi SPF 30 atau lebih, satu bonus untuk diri anda! Tidak rumit sekiranya anda turut menggunakan krim pelindung cahaya matahari secara berasingan. Ini bermakna anda mengambil berat tentang penampilan diri! Kadar risiko kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kanser serta permasalahan lain adalah tinggi jika tidak menggunakan krim pelindung cahaya matahari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.