Produk kecantikan wajah dari Switzerland, Swiss Image baru-baru ini tampil memperkenalkan beberapa produk baharu untuk kegunaan rakyat Malaysia.
Memahami ramai wanita berkerjaya tertarik dengan produk dari Switzerland namun tidak semua mampu memilikinya, satu penyelesaian mudah telah dilaksanakan.
Wakil Swiss Image International, Ambra Orsolini berkata, menerusi produk Swiss Image, harga yang ditawarkan sangat berpatutan meskipun kualitinya sangat tinggi.
“Ditambah pula menyedari Malaysia sebuah negara Islam dan menitik beratkan status halal, Swiss Image sememangnya memiliki pengiktirafan tersebut dan pengguna boleh menggunakannya tanpa was-was.
“Dalam masa sama, pihak kami mahu berkongsi rahsia bagaimana wanita Swiss mampu memiliki kulit yang cantik dan bersih meskipun cuaca di negara Switzerland sangat melampau panasnya,” ujar Ambra.
Katanya lagi, produk penjagaan kulit Swiss Image menghasilkan bahan aktif luar biasa yang mampu membaik pulih kulit wajah dengan baik.
“Produk Swiss Image menggabungkan produk mereka dengan air Alpine Glacier Melt yang sarat dengan vitamin dan mineral semula jadi.
“Misalnya Alga Salji yang digunakan dalam produk Anti-Penuaan dapat menganjalkan kulit dan mengurangkan proses penuaan,” katanya.
Bahan-bahan lain seperti Ekstrak Botanikal Swiss membantu menghidupkan radikal bebas dan melindungi kulit wajah.
Tiga pilihan Swiss Image terdiri daripada Essentiel Care, Whitening Care dan Anti-Aging datang dengan bahan-bahan yang berbeza dan menariknya, ia sesuai untuk semua jenis kulit.