Travel photo created by jcomp - www.freepik.com

Sejak tahun lalu, berbasikal dilihat berkembang menjadi aktiviti yang sangat popular. Pelbagai bentuk basikal kini mula jadi pilihan ramai rakyat Malaysia untuk dijadikan sebagai aktiviti kecergasan, hobi serta senaman.

Penglibatan ramai selebriti di dalam aktiviti berbasikal juga menjadi salah satu penyumbang popularitinya. Maka tidak hairanlah ia kini menjadi trend hangat. Sehinggakan ada yang dikatakan jadi mangsa ‘trend’.

Tapi sebenarnya salahkah untuk kita ikut trend?

Bagi MASKULIN, tidak salah kerana ia satu perkembangan yang baik kerana berbasikal merupakan antara aktviti yang sangat menyihatkan. Cuma apa yang penting perlu menitik beratkan aspek keselamatan dengan perlatan sesuai dan mematuhi peraturan jalan raya.

Tak Salah Ikut Trend, Asalkan Diri Sendiri Boleh Enjoy Kayuh Basikal
Man photo created by gpointstudio – www.freepik.com

Jika anda masih baru dan cuba berjinak-jinak dengan aktiviti berbasikal ada beberapa perkara perlu anda ambil tahu. Usah main beli dan kayuh semberono sahaja ya. Ikuti beberapa tip penting buat newbie berbasikal.

IKLAN

KETINGGIAN SESUAI

Buat newbie berbasikal salah satu perkara penting perlu mereka tahu adalah memilih ketinggian semasa berbasikal dengan betul. Ketinggian yang tidak sesuai boleh menyebabkan lutut sakit dan cedera. Ini adalah antara kesilapan sering dilakukan oleh orang-orang baru.

USAH TERLALU GOPOH

Gopoh yang MASKULIN maksudkan di sini ialah dari segi membeli peralatan dan basikal yang canggih dan mahal. Ingat apa yang paling penting ialah anda berada di atas jalan melakukan kayuhan. Guna peralatan yang sesuai untuk newbie seperti anda. Asalkan lengkap dengan helmet pun sudah okay.

Tak Salah Ikut Trend, Asalkan Diri Sendiri Boleh Enjoy Kayuh Basikal
Man photo created by jcomp – www.freepik.com

BASIKAL SESUAI

Memilih basikal yang sesuai untuk jenis aktviti kayuhan juga penting. Sebagai contoh jika ingin melakukan kayuhan di kawasan bandar anda boleh memilih road bike atau basikal lipat. Mendapatkan saiz basikal sesuai dengan saiz badan anda juga sangat penting.

IKLAN

JAGA BASIKAL

Bila sudah aktif berbasikal usahlah diabaikan pula kondisinya. Perkara rutin seperti memasikan rantai basikal tidak berkarat dan sentiasa ada gris pun sudah memadai.

UKUR KEMAMPUAN DIRI

Buat newbie berbasikal usahlah terlalu gopoh untuk melakukan kayuhan jarak jauh. Usah terlalu teruja untuk ikut grup rakan-rakan anda yang sudah lama dan old timer. Pastikan anda sudah bina stamina dan cukup pengalaman untuk lakukan kayuhan jarak jauh.

IKLAN
Tak Salah Ikut Trend, Asalkan Diri Sendiri Boleh Enjoy Kayuh Basikal
Fitness photo created by wirestock – www.freepik.com

BIASAKAN DENGAN GEAR

Menggunakan basikal perlulah bijak untuk mengendalikan gear dengan sesuai. Sebagai contoh ketika mendaki bukit. Penggunaan gear sesuai membantu anda melakukan kayuhan lebih baik.

BERBASIKAL DALAM GRUP

Apabila sudah cukup sedikit pengalaman dan kemahiran anda boleh menyertai aktiviti kayuhan secara berkumpulan. Namun anda harus bijak untuk menjarakkan diri dengan rakan-rakan dan mematuhi peraturan jalan raya. Buat newbie, usah teruja untuk berada di barisan hadapan. Kayuhlah di belakang dan perhatikan apa yang rakan-rakan lakukan.

MINUM AIR SECUKUPNYA

Melakukan kayuhan boleh membuatkan anda berasa haus terutamanya dalam cuaca yang panas. Pastikan anda sentiasa membawa air minuman dan sedikit snek yang boleh memberi tenaga segera.

Anda boleh dapatkan aksesori basikal yang murah dan berpatutan di sini!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI