Tak Perlu Risau Sakit Lutut Lagi! Panduan Larian Selamat dan Efektif

Share
Bagi seseorang yang aktif berlari, kecederaan lutut adalah ancaman utama yang boleh mengganggu prestasi dan mengurangkan keseronokan larian.
Namun, dengan pengalaman dan teknik yang betul, masalah ini boleh dielakkan. Tetapi, ada banyak lagi langkah yang boleh diambil untuk memastikan lutut anda kekal selamat dan bebas kecederaan.
Kali ini, MASKULIN akan berkongsi beberapa tip dan teknik mudah yang boleh anda amalkan untuk memastikan lutut anda sentiasa dalam keadaan terbaik.

Kenapa Lutut Sakit?

Jika anda merasa sakit di bawah tempurung lutut, terutama ketika berlari atau menaiki tangga, ia mungkin menandakan bahawa patella anda tidak berada dalam kedudukan yang betul di dalam ligamen. Mari kita lihat apa yang boleh anda lakukan untuk mencegah masalah ini!

Atasinya:

  • Kurangkan jarak larian
  • Selang-selikan dengan aktviti yang tak emlibatkan lutut
  • Ambil ubat anti-inflammatory
  • Jika sakit berterusan sila jumpa doktor
  • Lakukan senaman foam roll

Masalah Berat Badan dan Sakit Lutut

Tidak dinafikan, antara faktor utama yang menyumbang kepada sakit lutut bagi peminat larian adalah berat badan berlebihan. Setiap langkah menjadi lebih berat apabila lutut terpaksa menampung beban tambahan. Tekanan ini, bila digabungkan dengan impak larian, meningkatkan risiko kecederaan dalaman pada lutut.

Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, penting untuk memastikan kondisi lutut dalam keadaan baik sebelum memulakan larian. Ini bukan sahaja membantu mengelak kecederaan, tetapi juga memberi keselesaan dalam jangka masa panjang.

Elakkan daripada memaksa diri berlari jarak jauh pada permulaan. Sebaliknya, pilih pace yang sesuai dengan kemampuan anda. Walaupun perlahan, pastikan badan anda berasa selesa.

Contohnya, mulakan dengan berlari selama 5 hingga 10 minit sahaja. Apabila anda sudah biasa dan konsisten, secara perlahan-lahan tambahkan jarak atau tempoh larian sehingga mencapai 30 minit.

Jika anda berasa selesa pada tahap itu, ini menandakan tubuh anda semakin bersedia untuk larian yang lebih jauh.

BACA: Fakta Mengejutkan – Apa Sebenarnya Rambut Uban Dedahkan Tentang Kesihatan Lelaki

Pendekatan ini bukan sahaja menjaga kesihatan fizikal, tetapi juga membantu meningkatkan prestasi secara beransur-ansur.

SUSUN STRATEGI LARIAN

Bagi mengelakkan sakit lutut, perancangan corak larian adalah kunci utama. Mulakan dengan warm-up selama kira-kira 10 minit dengan berjalan laju (brisk walk) untuk meningkatkan kadar denyutan jantung dan mempersiapkan otot.

Kemudian, ketika memulakan larian, cuba lakukan larian selama satu minit, diikuti dengan berjalan selama dua minit. Ulang selang-seli ini untuk tempoh sekitar 15 hingga 20 minit. Akhir sekali, akhiri dengan cool down, berjalan santai selama 5 minit untuk membantu tubuh kembali ke keadaan rehat.

Dengan rutin ini, anda bukan sahaja mengurangkan risiko kecederaan lutut, tetapi juga memastikan larian lebih selesa dan efektif.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim