Tidak dinafikan masalah blackhead dan whitehead memang merimaskan. Ia mudah terjadi bila kulit wajah berminyak. Apabila liang terbuka, ia bakal mengundang masalah seperti blackhead, whitehead dan juga jerawat.
Selain melakukan rawatan di spa, ada beberapa petua mudah menggunakan bahan semula jadi yang anda boleh buat di rumah untuk hilangkan blackhead dan whitehead. Jadi selepas ini, anda tak perlu lagi picit sampai hidung naik merah. Buat sahaja 9 cara mudah ini.
BACA: Wanita Ini Ajar Cara Mudah Buang Whitehead & Blackhead Yang Degil, Guna 3 Bahan Murah!
Meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.
Caranya: Balut ketulan ais dalam kain dan tekapkan pada hidung selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Cara lain, anda boleh cuci muka dengan air berais sekali sehari. Untuk kesan yang lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.
Menegangkan kulit, mengurangkan pori dan mengembalikan kestabilan pH pada kulit muka.
Caranya: Campurkan cuka ke dalam air. Dengan menggunakan kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepasa anda mencuci muka.
Mengecutkan liang pori yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.
Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas anda menyapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.
Membuang minyak berlebihan pada kulit wajah dan mengurangkan pori-pori terbuka.
Caranya: Gaulkan dua sudu gula, satu madu dan sedikit jus lemon. Kemudian sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 30 minit, baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Anda juga boleh menambahkan aroma lain seperti kayu manis atau vanila. Lagi wangi!
Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit muka. Ia juga membantu dalam merawat masalah jerawat.
Caranya: Buat pes menggunakan dua sudu soda bikarbonat dan air. Sapukan pada kulit wajah dan urut secara perlahan-lahan agar bahannya mudah untuk menyerap.
BACA: Lelaki Ini Kongsi 16 Produk ‘Head To Toe’ Yang ‘Best Gila’ & Wajib Cari Di Drugstore!
Mengurangkan bukaan pori-pori dan blackhead serta mencerahkan wajah.
Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan dan hasilnya pasti menakjubkan!
Mengecutkan liang pori wajah yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.
Caranya:
Ekstrakkan jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap sehari selama sebulan.Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedutan di muka.
Caranya: Sapukan yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air. Lakukan sekerap mungkin.
Sesuai digunakan jika anda mempunyai kulit sensitif.
Caranya: Campurkan lima sudu madu, dua sudu susu tepung dan dua sudu oat. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut secara perlahan-lahan. Sesudah itu, biarkan ia kering dan barulah dibilas dengan bersih.