Beruntunglah walaupun hanya guna kereta kecil. Kecil atau besar sekalipun bukanlah untuk tunjuan menunjuk tapi dapat membantu kita dalam memudahkan kerja-kerja harian.
Namun, mungkin pandangan berbeza bagi anak muda. Semakin besar kerta mereka miliki di usia muda, ia menjadi titik tolak untuk mendapatkan penghargaan dan kebanggaan orang yang melihatnya.
Sedangkan kita tak tahu komitmen yang perlu dibayar setiap bula. Guna kereta kecil tak mengapa sebab, lebihan wang itu boleh digunakan untuk komitmen lain. Buat aa nak malu dengan apa yang kita ada.
Antara kupasan daripada Ahmad Nizar Azham ini cukup menarik. Tak perlu malu pun bila guna kereta kecil. Malah, pesanan ini juga buat anak muda sekarang.
Guna Kereta Kecil, Tentukan Matlamat Hidup
Khas buat anak muda.
Inilah kereta yang saya gunakan ke tempat kerja setiap hari. Dari Nilai ke Putrajaya.
Ads
Hampir 60km ulang alik setiap hari. Sebuah kereta kecil yang sangat jimat serba serbi. Minyak, komitmen bulanan, kos penyelanggaraan, roadtax dan sebagainya.
Perodua Axia E 1.0 (M). Komitmen bulanan hanya RM250 sebulan. Macam bayar motor sahaja. Alhamdulillah tak struggle bulan-bulan nak bayar sampai 700-800 tu.
Jumlah tu boleh guna kot tempat lain yang lebih bermanfaat kan. Kita boleh buat saving ASB ke TH ke kan. Ataupun kita ada plan takaful untuk medical.
Orang nak kutuk tu biasalah. Dulu saya ingat lagi masa mula-mula bawa kereta ini di UUM kawan saya kata, ‘eh kereta kecik, tapi bila tuan badan keluar kereta badan besar, tak sesuai’. Tapi lepas tu, rajin pula dia tumpang kereta saya.
Ada juga kawan-kawan dok kata kosongnya kereta hang. Apa pun tak ada. Yelah masa saya saya beli Axia E ni mula-mula dulu radio dia tak bagi, central lock dia tak bagi, alarm dia tak bagi, assist grip tak bagi. Kemudian saya buat semua tu kat luar kos tak sampai pun 1k. Benda boleh jimat, kenapa nak membazir?
Ads
Orang nak kutuk biarlah. Kita bukan guna duit dia beli kereta kita ni. Eheh. Bagi saya kereta ini tak lebih sebagai sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B. Tak lebih dari itu.
Jangan Habiskan Gaji Pada Kereta
Buat kawan-kawan saya fresh graduate yang baru nak mulakan hidup, nasihat saya jangan habiskan gaji kita pada kereta hanya untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling.
Ada kereta mahal bukan petanda hidup anda berjaya. Jangan terikut-ikut dengan sekeliling. Selalu amalkan formula setahun gaji untuk tahu harga kereta yang sesuai untuk kita. Usah malu untuk guna kereta second hand pun atau cuma ada motor sahaja. Biar kereta tak lawa, janji kita tahu apa tujuan hidup kita.
Ads
Fokus kumpulkan aset, bukan liability. Sekarang zamannya untuk kita banyakkan simpanan. Kita tak tahu apa pula yang akan terjadi nanti. Jelaskan matlamat hidup kita teman.
MASKULIN: Kalau asyik nak ikut cara orang memang tak akan habis. Hidup cara kita dan bahagia cara kita.
Percaya atau tidak, menurut hasil kajian sebuah universiti di Amerika Syarikat, menyebutkan ada beberapa faktor kekurangan kaum Adam yang sebaliknya menjadi daya tarikan kaum wanita!
Kesan Luka
Mungkin tidak ada yang menyangka bahawa kesan luka mampu menjadi sebuah daya tarikan. Dan uniknya bekas luka pada lelaki kadang-kadang dianggap sebagai lambang kejantanan oleh ramai wanita. Apatah lagi jika mereka merasa tertekan dengan cerita di sebalik luka tersebut. Pasti si wanita akan lebih bersimpati.
Anda seorang yang pelik!
Geek atau si ulat buku mungkin selalu menjadi bahan cerita. Namun kini jangan terkejut jika lelaki yang anda anggap geek/pelik ini memiliki kekasih cantik dan super seksi! Kelakuan ‘aneh’ lelaki tersebut dianggap unik dan lain daripada yang lain. Para wanita dewasa ini mungkin bosan dengan lelaki yang nampak ‘biasa-biasa’ saja. Daripada memilih lelaki yang biasa mereka temui di tempat lepak, kini ramai wanita memilih untuk keluar berdua dengan lelaki ulat buku yang memiliki impian besar untuk mencipta roket dengan bahan bakar daripada air!
Peluh
Peluh berlebihan pasti membuat kepercayaan diri berkurangan. Namun bagi sebahagian wanita, peluh kononnya mampu membuatkan lelaki kelihatan seksi. Apalagi peluh itu keluar ketika lelaki sedang bersukan. Wanita yang melihatnya pasti terkesima. Menurut sebuah kajian, ketika berpeluh, lelaki mengeluarkan hormon androstadienone yang mampu memicu perempuan menjadi ghairah.
Namun yang perlu diperhatikan adalah kebersihan diri. Jika tubuh anda tidak bersih, peluh yang keluar akan menimbulkan bau yang kurang sedap. Bukannya kelihatan seksi, malah anda akan dijauhi oleh wanita!
Uban
Proses penuaan adalah hal yang pasti. Salah satu tanda-tandanya adalah timbulnya uban atau rambut putih. Kini tak perlu sibuk-sibuk menghitamkan rambut anda secara rutin. Anda pasti ingat aktor Richard Gere yang dianggap semakin seksi ketika rambutnya memutih. Kemunculan uban kini dijadikan lambang kematangan dan kedewasaan lelaki oleh sebahagian wanita. Jadi buat apa malu untuk memilikinya?
Cermin mata
Menurut sebuah kajian di Stockholm, Sweden, wanita kini lebih tertarik dengan lelaki bercermin mata. Kerana golongan ini kelihatan lebih bijak dan cerdas. Jadi bagi anda yang memiliki penglihatan kurang baik, tak perlu ragu-ragu memakai cermin mata. Yang penting, sesuaikan bentuk bingkainya dengan bentuk wajah anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Adakah anda bersetuju bahawa hidup single adalah sesuatu yang menakjubkan dalam hidup lelaki? Jika tidak, anda mungkin mempunyai alasan yang kukuh. Ketahui mengapa terdapat sebahagian lelaki lebih senang memilih hidup secara solo dari berpasangan.
Senang melakukan aktiviti sendiri
Jika diberi pilihan antara melawat rumah ibu mertua dari memancing, 80 peratus lelaki akan memilih untuk memancing! Hidup sendiri lebih mudah untuk melakukan aktiviti terutamanya melancong.
Philanthropist
iaitu perasaan belas kasihan(love of humanity). Lelaki solo lebih mudah menderma berbanding lelaki yang hidup secara berpasangan. (besarkan font ) Begitu juga wanita. Ini terjadi kerana individu solo tiada ikatan dengan dunia individu lain yakni pasangannya berbanding individu berpasangan yang perlu memikirkan ekonominya saat itu, kebenaran pasangan dan sebagainya. Kesimpulannya jika anda solo anda akan menjadi individu Philanthropist yang bagus.
Tidur Yang Cukup
Perasan atau tidak, dari kajian yang dijalankan lelaki yang berpasangan kurang nikmat tidur 49 minit setiap hari. Ini termasuklah gangguan berdengkur, berborak, terjaga di tengah malam kerana pasangan yang mengigau dan sebagainya. Rasanya setiap minit waktu tidur amat berharga terutamanya sewaktu snooze jam loceng pada waktu pagi. Untung la sesiapa yang masih single.
Tidak Kisah Kehilangan Kerja
Dalam banyak-banyak sebab, ini paling berkesan di hati individu solo. Lelaki solo tidak gusar sekiranya dia kehilangan pekerjaan. Tidak perlu risau tentang tanggungan yang lain kecuali dirinya sendiri. Fakta juga mengatakan bahawa lelaki atau wanita yang solo lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding yang sudah berkahwin.
Waktu Menabung
Single adalah waktu terbaik untuk menabung. Percaya atau tidak, lelaki jika ada matlamat dia lebih mudah menabung berbanding wanita manakala individu yang berkahwin atau berpasangan pula mempunyai hanya 20 persen untuk menabung. Jangan ditanya kenapa lelaki yang anda temui masih lagi single. Mungkin beliau sedang menabung untuk sesuatu urusan.
Bentuk Badan Masih Ok!
Bukan menafikan kebaikan berpasangan atau berkahwin tetapi hakikat sebenar dunia membujang didapati lebih mudah mengekalkan bentuk badan ideal. Nafsu makan pula tidak didorong oleh mana-mana individu. Bagi lelaki, waktu bujang matlamatnya tidak bercabang. Hanya kerja, sukan(mungkin ‘gila’ bermain futsal atau badminton) dan tidur, itu sahaja. Jika berkahwin, balik kerja makanan sudah tersedia. Nak tak nak anda harus makan dan makanan pula sedap. Apa lagi selera makin bertambah. Macam mana la anda tidak boroi lepas kahwin…
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bermula hari ini maka berkuatkuasalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibeberapa buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Dengan bermulanya PKPB, kerajaan telah membuka semula hampir kesemua sektor ekonomi dan aktiviti sosial.
Namun ia tidak bermakna PKP telah berkahir. Hari ini juga menyaksikan ramai yang akan mula masuk kerja semula buat pertama kali selepas kerajaan melaksanakan PKP sejak 18 Mac yang lalu.
Dan ada juga yang akan mula masuk pejabat dan ke tempat kerja dalan tempoh beberapa hari. Mereka yang berada di kampung juga dilaporkan akan dibenarkan balik semula dalam minggu ini.
Jadi pasti ramai yang meninggalkan kereta terbiar dan lama tidak dihidupkan. Ada kemungkinan anda akan berdepan dengan kesukaran untuk menghidupkan kenderaan. Jika perkara ini berlaku usah risau kerana terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi sedikit pengetahuan tentang apa yang boleh berlaku apabila kereta tidak digunakan atau dihidupkan dalam jangkamasa lebih seminggu dan seterusnya.
JENIS KEROSAKAN BIASA YANG BOLEH BERLAKU
BATERI LEMAH
Kenderaan yang ditinggalkan dan tidak dihidupkan pada tempoh seminggu ke atas boleh alami kemerosotan kuasa bateri. Ia berlaku sedikit demi sedikit sehinggalah bateri hilang kuasa sepenuhnya.
Masalah ini dapat diperbaiki seeloknya hanya dengan menukarkan bateri tersebut kepada yang lain atau baru.Kebarangkalian enjin kereta untuk hidup dan kembali pulih semula menggunakan kereta adalah kira-kira 20% sahaja dengan mengandaikan tiada kerosakan komponen lain berlaku.
AIR RADIATOR BERLUMUT
Ini juga salah satu masalah yang boleh berlaku. Air yang terdapat dalam radiator bercampur dan berlumut lalu membentuk kotoran. Apabila enjin dapat dihidupkan sistem penyejukan termasuk thermostat dan pam air bekerja dengan baik adalah hanya 70 % dari asalnya.
Enjin pula akan menjadi sedikit panas. Oleh itu air dalam radiator perlu dibuang dan diganti coolant dan air yang baru.
MASALAH FUEL PUMP
Bila lama tidak digunakan ini boleh menyebabkan semua minyak yang terdapat pada injector atau berkumpul pada fuel filter. Minyak ini memerlukan kuasa yang kuat dari fuel pump untuk naik semula bagi memulakan pembakaran enjin dan biasanya fuel pump akan tersentak apabila kuasanya digunakan menyeluruh dan motor dalamannya pula telah menjadi ketat setelah dibiarkan sekian lama tidak digunakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.