Bagi yang ingin diet tapi tak mahu makan berat di waktu malam, apa kata buat jus diet ini. Selain menggunakan bahan yang menyihatkan, jus diet ini juga boleh mengenyangkan perut.
Ingin tahu cara membuatnya? Ikuti perkongsian jus diet oleh Sharinaz Redwan menerusi laman Facebooknya. Cara nak membuatnya juga mudah dan hanya menggunakan lima bahan sahaja iaitu timun, epal hijau, lemon, madu dan air suam.
Jom ikuti perkongsiannya.
BACA: Kalau Nak Air Teh Hijau Lebih Berkesan, Amalkan Minum 2 Cara Yang Doktor Ini Kongsikan!
Pagi ni Kak Naz nak share satu resepi jus peberet Kak Naz ni. Lepas minum korang akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit je.
Bahan asas dia ada timun, epal hijau, lemon dengan madu.
Korang tau kan TIMUN ni ada banyak KHASIAT dia. Antaranya ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh buang toksin dalam badan dan bagi sejuk badan.
Untuk KHASIAT EPAL HIJAU pulak, ia dapat kurangkan kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Siapa yang ada masalah sembelit, elok makan epal hijau ni tau.
KHASIAT LEMON pulak tak dinafikan lagi ia tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
Kalau nak cerita ada banyak lagi khasiat buah-buah ni. Korang ringankan jari, tekan google tau. Satgi panjang berjela pulak posting Kak Naz ni, cemuih pulak nak baca. Kihkihkih.
Ok, ni sukatan jus yang Kak Naz buat untuk 1 gelas gedabak ni ye.
BACA: Kikis Lemak Degil & Dapatkan Badan Fit Hanya 15 Minit Sehari Dengan 7 Senaman Ini!
1 biji epal hijau
1/2 biji timun
2 slice lemon, amik jus je
1-2 sudu besar madu
Air suam untuk kisar
Semua atas ni blender. Nak tapis boleh. Kak Naz tak suka tapis. Minum macam tu je. Rugila kalau tapis. Sebab fiber tinggi hampas dia.
BACA: Pelan Diet 7 Hari Untuk Yang Nak Kurus. Kalau Konsisten, 2 Bulan Boleh Turun 10-15kg!
Ko pejam mata telan je. Air ni sedap tauuu. Bau fresh yakmat!
Ok, cuba tau.
Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak pakai pape skincare pun meletop dik.
Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit ,tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!