Siapa pernah ke salun untuk cuci dan syampu rambut. Selain kehebatan servis yang ditawarkan, rambut kita juga akan menjadi sangat licin, bersinar dan rasa lebih sihat.
Berbeza sangat dengan hasilnya bila syampu sendiri.
Nak tahu sebabnya mengapa? Selain produk profesional yang digunakan, cara pendandan rambut itu membasuh rambut anda juga memainkan peranan penting.
Mereka menggunakan air suam atau sejuk pada rambut anda. Urut rambut dengan lembut dengan syampu pada seluruh permukaan kulit kepala. Dan mengenakan perapi untuk hasil lebih hebat.
Tapi sebenarnya jika anda lakukan dengan betul ia boleh dilakukan sendiri di rumah. Bukan sahaja menjimatkan malah anda dapat rambut lebih bersinar dan licin! Ikuti tip cuci rambut gaya ala-salun di bawah!
Membasuh rambut terlalu kerap menghilangkan minyak semula jadi daripada kulit kepala anda, dan mengakibatkan kesan sebaliknya; akar rambut menjadi lebih berminyak.
Air seharusnya suam atau sejuk, jangan sekali-kali terlalu panas; haba berlebihan boleh menyebabkan rambut anda kering.
Amaun syampu yang sama dengan 1/4 daripada tapak tangan anda cukup untuk rambut anda. Hanya gunakannya sekali, agar rambut tidak menjadi berat.
BACA: Jangan Main Pakai Saja, Ini Beza Antara Pomade, Wax & Gel Rambut Perlu Anda Tahu
Dengan gerakan membulat, gosok syampu selama lebih kurang 20 saat. Biarkan syampu mengalir turun ke hujung rambut.
Tidak seperti syampu, perapi hanya perlu digosok pada rambut dan hujungnya. Biarkan perapi itu terperap pada rambut anda selama 5 hingga 7 minit.
Amaun yang bersamaan dengan satu sudu kecil sudah cukup untuk rambut pendek. Untuk rambut yang sederhana panjang hingga panjang, setengah sudu besar sudah memadai.
Pastikan semua sisa dibersihkan. Bilas rambut anda sekali lagi dengan air sejuk; kejutan terma daripada perubahan suhu menjadikannya lebih berkilat!
Semasa masih lagi berada di dalam bilik mandi, gunakan sikat untuk meleraikan kekusutan rambut perlahan-lahan, sentiasa dari hujung rambut ke bahagian tengah rambut.